Monday, July 28, 2008

Pakar motivasi bersama isteri dituduh terima deposit haram RM222 juta

KUALA LUMPUR 28 Julai - Seorang pakar motivasi dan isterinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tuduhan menerima deposit tanpa lesen yang melibatkan pelaburan sebanyak RM222 juta antara Januari dan Julai tahun lalu.

Dr. Jailani Jabar, 48, dan Dr. Latifah Taib, 47, didakwa melakukan perbuatan itu melalui syarikat milik mereka, Jai Network Systems Sdn. Bhd. yang beroperasi di Kuantan, Pahang.

Pasangan itu menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 250(1) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM10 juta atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Jailani dibenarkan ikat jamin RM1 juta manakala isterinya, Latifah dibenarkan jamin sebanyak RM500,000. Kes terhadap kedua-dua tertuduh itu akan disebut semula pada 29 Ogos depan.

Pada 23 Julai lalu, suami isteri itu telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan kerana menghadapi 189 pertuduhan terlibat dalam pengubahan wang haram bernilai hampir RM170 juta. - Utusan

Thursday, July 24, 2008

Zaid enggan umum bayaran ex-gratia kepada bekas hakim

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Zaid Ibrahim sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan tidak berhasrat untuk mengumumkan jumlah bayaran ex-gratia kepada bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas dan lima hakim kanan yang lain.

Beliau berkata tindakan itu sebagai menghormati permintaan hakim-hakim berkenaan yang memohon supaya jumlah berkenaan dirahsiakan daripada umum.

“Mereka (bekas hakim itu) bimbang jika jumlah itu disebut akan menimbulkan pelbagai persoalan. Mereka cakap boleh tak kalau tak umum dan kerajaan bersetuju. Bukan niat nak rahsiakan (jumlah ex-gratia)...sekarang nak tunai janji dengan hakim tersebut.



“Ini bukan soal takut nak dedahkan berapa jumlah bayaran ex-gratia yang diterima... tapi nak lindungi maruah dan menghormati permintaan mereka yang tercapai semasa perbincangan dengan mereka sebelum keputusan pembayaran itu dibuat,” katanya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Saraan Hakim (Pindaan) 2008 di Dewan Negara hari ini.

Antara mereka yang mendesak untuk mengetahui jumlah bayaran itu ialah Senator Datuk Abd Rashid Ngah, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee dan Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir.

Rang Undang-Undang Saraan Hakim (Pindaan) 2008 itu kemudiannya diluluskan Dewan Negara, yang antaranya bagi membolehkan seseorang hakim itu dihitung tempoh perkhidmatannya bermula dari tarikh beliau memegang jawatan sebagai Pesuruhjaya Kehakiman, bagi maksud perkiraan jumlah pencen.

Bekas hakim yang menerima pembayaran ex-gratia ialah bekas Hakim Mahkamah Agung iaitu Datuk George Seah dan Tan Sri Suleiman Pawanteh, Tan Sri Eusoffe Abdoolcader, Tan Sri Azmi Kamaruddin dan Tan Sri Wan Hamzah Mohamed Salleh.

Pada persidangan Dewan Rakyat 15 Julai lalu, Zaid yang didesak Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) turut enggan mendedahkan jumlah bayaran itu atas alasan sama. — Bernama

Wednesday, July 23, 2008

Mahkamah Pilihan Raya tolak petisyen DUN Simpang Empat

23/07/2008 3:01pm


KANGAR 23 Julai — Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak dengan kos, petisyen pilihan raya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Simpang Empat, yang dikemukakan oleh bekas anggota Exco kerajaan negeri Perlis, Zahari Bakar, berkaitan penggunaan poster dan lambang negeri Perlis semasa kempen pilihan raya.

Hakim Datuk Zainal Adzam Abdul Ghani ketika membacakan keputusan petisyen itu di sini hari ini berkata, pempetisyen yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi dewan undangan negeri kawasan Simpang Empat gagal membuktikan dengan memuaskan mengenai kesalahan pilihan raya yang berkaitan poster itu.

Pada 28 April lepas Zahari, 53, memfailkan petisyen bagi membatalkan keputusan pilihan raya 8 Mac itu dengan alasan responden mempamerkan poster yang tidak mempunyai nama dan alamat pencetak serta penerbit, selain penggunaan lambang negeri pada poster itu semasa tempoh kempen.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 itu, Zahari tewas kepada Rus’sele Eizan dengan majoriti 53 undi, apabila beliau memperolehi 2,825 undi dan Rus’sele mendapat 2,878 undi.

- Bernama

Tuesday, July 22, 2008

FTA: Rundingan catat kemajuan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Rundingan pusingan kelapan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) mencapai kemajuan, dengan kedua-dua pihak bersedia menyelesaikan isu-isu tertangguh.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, kedua-dua pihak juga menggariskan pelan kerja susulan khusus yang disasarkan siap menjelang 1 Oktober bagi mempermudahkan lagi siri rundingan pada masa depan.

Rundingan FTA Malaysia FTA-AS pusingan kelapan berlangsung dari 14 hingga 18 Julai di Washington yang memberi tumpuan terhadap enam kumpulan kerja yang kini menangani isu-isu mengenai perkhidmatan, pelaburan, hak harta intelektual, pertanian, sanitasi dan langkah- langkah fitosanitasi serta peruntukan perundangan muktamad.

Kumpulan terbabit meneruskan perbincangan mengenai isu-isu penting yang tertangguh, kata kementerian itu.

Mengenai perkhidmatan, Malaysia sedang menimbang untuk membenarkan penyertaan US dalam sektor-sektor pelaburan serta teknologi, dan kepakaran akan diperlukan untuk meningkatkannya.

Kedua-dua negara juga mengkaji kemungkinan meneroka peluang-peluang kerjasama dalam bidang perniagaan dan pembangunan kapasiti dalam sektor perkhidmatan dalam kerangka kerja FTA Malaysia-AS, katanya.

Katanya, Malaysia-AS juga bersetuju mengkaji semula kedudukan masing- masing dalam isu-isu tertangguh bagi mencapai penyelesaian yang boleh diterima kedua-dua pihak menjelang bulan depan.

Kementerian itu berkata kedua-dua negara juga bersetuju membekalkan maklumat tambahan bagi memudahkan pertimbangan mengenai kedudukan masing- masing.

Rayuan ditolak, hukuman penjara ditambah

22/07/2008 6:02pm


PUTRAJAYA 22 Julai - Mahkamah Rayuan menambah hukuman penjara terhadap seorang pemuda kepada 18 tahun setelah mendapati hukuman penjara 14 tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi tidak sepadan dengan pembunuhan kejam yang dilakukannya.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Gopal Sri Ram ketika menolak rayuan B. Kesavan, 24, turut menyifatkan mangsa dibunuh dengan cara yang paling mengerikan iaitu kepalanya dihentak dengan ketulan besi bertalu-talu sebelum mayatnya diikat dalam karung guni lalu dicampak dalam lombong. - Utusan

Singapura tuntut perairan wilayah dan EEZ di sekitar Batu Puteh

22/07/2008 5:15pm


SINGAPURA 22 Julai — Singapura menuntut kawasan perairan wilayah dan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) di sekitar Batu Puteh, yang diputuskan diberikan kepada republik itu oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Mei lepas dalam menyelesaikan satu pertikaian hak milik dengan Malaysia.

Menteri kanan republik itu Balaji Sadasivan berkata Singapura mempunyai kawasan perairan wilayah sehingga maksimum 12 batu nautika dan EEZ yang konsisten dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) pada 10 Dis 1982, di mana Singapura adalah sebuah pihak berkenaan.

Penyelaras perairan wilayah Singapura dan EEZ akan diumumkan jika tiba masanya, katanya menjawab soalan di Parlimen semalam.

Transkrip sesi soalan dan jawapan dikeluarkan kepada media oleh Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura.

Balaji berkata jika had perairan wilayah atau EEZ bertindih dengan tuntutan negara-negara jiran, Singapura akan berunding dengan negara-negara itu untuk mencapai persetujuan bagi menetapkan had atau batasan mengikut undang-undang antarabangsa.

ICJ memutuskan bahawa Singapura mempunyai hak kedaulatan terhadap Batu Puteh dan Malaysia bagi Terembu Karang Tengah dan Terumbu Karang Selatan, milik negara itu di perairan wilayah tersebut di mana ia terletak.

Malaysia telah menegaskan bahawa ia akan terus mencari bukti lagi mengenai kes Batu Puteh dengan pandangan untuk mendapatkan satu semakan penghakiman ICJ bahawa batuan itu milik Singapura.

Dalam rujukan ini, Balaji berkata di bawah statut ICJ, sesebuah pihak boleh memohon untuk satu kajian penghakiman ICJ jika “ia berdasarkan penemuan sesetengah fakta seperti ini menjadi satu faktor muktamad, yang pada hakikatnya semasa penghakiman diberikan, yang tidak diketahui oleh Mahkamah itu dan juga kepada parti yang menuntut semakan, sentiasa menyediakan bahawa kejahilan seperti itu bukan disebabkan kecuaian”.

Balaji berkata bahawa dengan penyelesaian pertikaian ini melalui penghukuman pihak ketiga, kedua-dua negara telah menunjukkan hormat mereka terhadap undang-undang antarabangsa dan komitmennya untuk menyelesaikan pertikaian ini dalam cara aman.

Kes ini memberikan contoh mengenai penggunaan mekanisme penyelesaian pertikaian pihak ketiga dan boleh menjadi satu contoh untuk menyelesaikan pertikaian dua hala lain, tambah beliau.— BERNAMA

Monday, July 21, 2008

Siri rundingan ke-8 FTA Malaysia-AS catat kemajuan

KUALA LUMPUR: Rundingan pusingan kelapan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) mencapai kemajuan, dengan kedua-dua pihak bersedia menyelesaikan isu tertangguh.

Menurut kenyataan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri hari ini, kedua-dua pihak juga menggariskan pelan kerja susulan khusus yang disasarkan siap menjelang 1 Oktober bagi mempermudahkan lagi siri rundingan pada masa depan.

Rundingan FTA Malaysia FTA-AS pusingan kelapan berlangsung dari 14 hingga 18 Julai di Washington DC, yang memberi tumpuan terhadap enam kumpulan kerja yang kini menangani isu mengenai perkhidmatan, pelaburan, hak harta intelektual, pertanian, sanitasi dan langkah-langkah fitosanitasi serta peruntukan perundangan muktamad.



Kumpulan terbabit meneruskan perbincangan mengenai isu penting yang tertangguh, kata kementerian itu.

Mengenai perkhidmatan, Malaysia sedang menimbang untuk membenarkan penyertaan AS dalam sektor pelaburan serta teknologi, dan kepakaran akan diprelukan untuk meningkatkannya.

Kedua-dua negara juga mengkaji kemungkinan meneroka peluang kerjasama dalam bidang perniagaan dan pembangunan kapasiti dalam sektor perkhidmatan dalam kerangka kerja FTA Malaysia-AS, katanya.

Malaysia-AS juga katanya, bersetuju mengkaji semula kedudukan masing-masing dalam isu tertangguh bagi mencapai penyelesaian yang boleh diterima kedua-dua pihak menjelang bulan depan.

Kementerian itu berkata kedua-dua negara juga bersetuju membekalkan maklumat tambahan bagi memudahkan pertimbangan mengenai kedudukan masing-masing. — Bernama

Bekas pengarah Perbadanan Putrajaya didakwa rasuah

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pengarah Perbadanan Putrajaya hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan menerima rasuah berupa tiket kapal terbang ke London.

Datuk Shahoran Johan Ariffin, 56, didakwa menerima tiket kapal terbang pergi balik dari Kuala Lumpur ke London bernilai RM3,022 daripada seorang kontraktor, Yaacob Hassan melalui Azizi Johan Ariffin sebagai dorongan untuk memberikan kerja projek Taman Putra Perdana kepada Fortress Synergy Sdn Bhd yang dimiliki Yaacob melalui Kenas Prima Sdn Bhd.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu ketika bertugas sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Landskap dan Taman Awam, Bahagian Perancangan Bandar, Perbadanan Putrajaya.



Shahoran turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan pilihan menerima rasuah daripada Yaacob yang diketahuinya adalah pemilik syarikat Fortress Synergy Sdn Bhd yang ada kena mengena dengan urusan rasminya sebagai pengerusi Mesyuarat Penilaian Tender bagi kerja penyelenggaraan projek Taman Putra Perdana di Putrajaya.

Syarikat Yaacob itu memperoleh kerja berkenaan melalui Kenas Prima Sdn Bhd.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di KL International Hotel, di sini pada 4 hingga 5 Mei 2005.

Bagi tuduhan utama, Shahoran didakwa mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, atau mana yang lebih tinggi dan bagi tuduhan pilihan dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Ketika rayuan, peguam Wong Kian Kheong yang mewakili Shahoran memohon anak guamnya dijamin sebanyak RM3,000 tanpa menyerahkan pasport antarabangsa.

Wong berkata Shahoran bakal menunaikan haji dalam masa terdekat dan beliau juga tiada kemungkinan untuk melarikan diri memandangkan sepanjang 28 tahun berkhidmat dalam jabatan kerajaan, Shahoran tidak pernah mempunyai rekod jenayah dan ini adalah kali pertama didakwa di mahkamah.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya dari Badan Pencegah Rasuah (BPR), Anthony Kevin Morais mencadangkan mahkamah menetapkan RM5,000 untuk kesemua tuduhan dan menyerahkan pasportnya dan tertuduh boleh membuat permohonan di mahkamah sekira memerlukan pasportnya.

Hakim Fathiyah Idris kemudiannya menetapkan jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin dan Shahoran juga tidak perlu menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Tarikh perbicaraan ditetapkan 9 hingga 11 Februari tahun depan. - Bernama

Mahkamah Khas bersidang dengar kes kerabat diraja Negeri Sembilan

PUTRAJAYA: Mahkamah Khas yang ditubuhkan untuk mendengar kes membabitkan kerabat diraja, bersidang buat pertama kalinya di sini hari ini untuk mendengar keterangan saksi dalam saman sivil sebuah bank terhadap seorang kerabat diraja Negeri Sembilan atas dakwaan gagal membayar AS$1 juta kepada bank itu.

Anggota kerabat diraja itu yang dinamakan sebagai defendan dalam saman berkenaan, juga mengemukakan saman balas terhadap bank itu, Standard Chartered Bank Malaysia Berhad (SCBMB), dan memohon diisytiharkan bank itu tidak berhak mengikut undang-undang untuk melepaskan simpanan tetapnya bagi menyelesaikan bayaran AS$1 juta itu.

Pendengaran itu dikendalikan panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad.

Anggota lain ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Alaudin Mohd Sheriff, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dan dua Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Arifin Zakaria dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin.

Saman itu dikemukakan selepas kerabat diraja itu pada atau sekitar 12 Februari 1999, memperoleh menerusi SCBMB, surat kredit (SBLC) tunggu sedia bernilai AS$1 juta untuk Connecticut Bank of Commerce (CBC) di Amerika Syarikat bagi kemudahan kredit yang akan diberikan oleh CBC kepada sebuah syarikat AS yang dikenali sebagai Texas Encore LLC (TEC).

Bank itu menyaman defendan selepas defendan gagal mematuhi terma yang terkandung dalam Permohonan Kredit Dokumentari (DCA).

Dalam pernyataan tuntutan, bank itu berkata defendan dalam DCA itu telah berjanji untuk melindungi plaintif (bank) daripada semua kerugian, kos, ganti rugi, pembiayaan dan tuntutan yang mungkin dihadapinya daripada pengeluaran atau pemberian kredit itu. — Bernama

Tuesday, July 15, 2008

Ibrahim, Karpal mahu kerajaan pecat hakim Ian Chin

KUALA LUMPUR: Dua Ahli Parlimen hari ini bersepakat meminta kerajaan memecat Hakim Datuk Ian Chin kerana membuat kenyataan yang boleh menjejaskan sistem kehakiman negara ini.

Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) dan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) yang biasanya sering bertelingkah pendapat, tetapi kali ini menyokong pandangan masing-masing berhubung perkara itu.

Ibrahim berkata kerajaan perlu mengambil tindakan sewajarnya dan menghentikan hakim itu daripada membuat kenyataan yang hanya menjejaskan kedudukan hakim.

“Sebagai hakim beliau tertakluk kepada kod etika hakim dan (membuat) kenyataan dengan secara terbuka seolah-olah tidak terkawal.

"Sejauh mana kerajaan menjaga kod etika di kalangan hakim-hakim ini,” katanya semasa membahaskan Rang Undang-undang Saraan Hakim (Pindaan) 2008 pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Pada 11 Jun lalu, Chin semasa mendengar kes pertikaian terhadap keputusan pada pilihan raya umum 8 Mac lalu di Sarawak, mendedahkan kononnya Tun Dr Mahathir Mohamad pada satu persidangan hakim pada 1997 pernah mengugut akan menggunakan tribunal khas untuk menyingkirkan hakim yang membuat keputusan tidak menyebelahi kerajaan.

Kenyataan Chin itu yang disiarkan di media massa menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak mengenai tujuan kenyataan bagi memburuk-burukkan bekas Perdana Menteri itu dibuat.

Karpal turut menyifatkan kenyataan Chin itu sebagai tidak matang dan mempunyai pemikiran sempit.

“Majlis Peguam pun tidak ada ambil tindakan. Adakah Ketua Hakim Negara rela ambil tindakan terhadap beliau. Lebih baik dia dipecat dari kehakiman,” katanya.

Ibrahim yang amat bersetuju dengan kenyataan Karpal Singh itu turut menyatakan rasa hairan kerana Majlis Peguam bersikap mendiamkan diri dalam kes itu sedangkan dalam kes lain mereka paling lantang membuat komen.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu juga tidak bersetuju kerajaan membayar ex-gratia kepada hakim yang dipecat dalam krisis kehakiman pada 1988, sambil menyifatkan bayaran itu seumpama rasuah yang menonjolkan bahawa kerajaan menyesal, tersilap dan bersalah terhadap mereka.

Beliau berkata pemecatan hakim-hakim itu dibuat mengikut prosedur iaitu melalui tribunal dan dengan nasihat Yang di-Pertuan Agong. - Bernama

Nada D-8, G8tangani krisis minyak

Pada minggu lepas Malaysia dan Jepun menjadi tumpuan dunia apabila kedua-dua negara menjadi tuan rumah bagi Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D-8) dan Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Maju (G8).

Walaupun kedua-dua persidangan mewakili dua kumpulan negara yang berbeza darjat, tetapi ia senada - mengetengahkan isu kenaikan harga minyak dan krisis makanan yang kini mengancam kehidupan penduduk dunia dan menjejaskan ekonomi kebanyakan negara.

Satu lagi isu yang mendapat perhatian pada kedua-dua sidang kemuncak itu ialah pemanasan global akibat perubahan iklim.

Sidang Kemuncak D-8 di Kuala Lumpur selama 4 hari terlebih dahulu membuka tirai dengan memulakan mesyuarat peringkat pegawai pada 5 Julai.

Kumpulan itu memperakui betapa seriusnya ancaman kenaikan harga makanan dan kekurangan bekalannya kepada kestabilan sosioekonomi negara-negara membangun.

Kumpulan D-8 juga merancang menubuhkan bank benih untuk mengatasi kekangan bekalan dan melipatgandakan pengeluaran makanan dalam jangka pendek, sederhana dan panjang.

Deklarasi 25 perenggan itu turut menyentuh komitmen D-8 untuk secara bersama meningkatkan kerjasama dalam pembinaan kapasiti, pemindahan teknologi dan penerokaan sumber tenaga baru termasuk penggunaan tenaga nuklear untuk tujuan keamanan.

Pemimpin-pemimpin D-8 menyuarakan kebimbangan penduduk negara membangun akan menghadapi kekurangan bekalan makanan dan kebuluran sekiranya masyarakat antarabangsa tidak segera menangani kenaikan harga makanan dan bahan bakar yang terus melambung.

Sementara itu, Sidang Kemuncak Kumpulan G8 di Toyako, utara Jepun yang menyusul dari 7 hingga 10 Julai, turut memberi tumpuan ke arah mencari penyelesaian bagi menangani masalah kenaikan harga minyak serta memastikan bekalan makanan dunia mencukupi.

Pemimpin-pemimpin G8 terdiri daripada Amerika Syarikat, Rusia, Britain, Perancis, Jepun, Jerman, Kanada dan Itali menegaskan kenaikan harga minyak menyebabkan berlaku inflasi dan mencetuskan krisis makanan dunia serta mengancam ekonomi global.

Sebagai kumpulan negara maju, mereka mempunyai tanggungjawab yang besar dan berat untuk menangani inflasi global dan menstabilkan pasaran kewangan dunia.

Tujuh pemimpin Afrika yang menyertai Sidang Kemuncak G8 itu turut mendesak supaya masalah kenaikan harga minyak dan makanan diatasi segera kerana ia menyukarkan lagi kehidupan pendudukan di benua yang miskin itu.

Pemimpin Afrika itu dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon turut mendesak Kumpulan G8 supaya menunaikan janji untuk memberi bantuan kepada benua itu.

THE TUN SALLEH ABAS

Laman Asal Klik Sini
(VERSI BAHASA MALAYSIA DI AKHIR ARTIKEL INI)


1. When the Government gave ex-gratia payments to the judges involved in the Tun Salleh Abas removal as the Lord President of Malaysian courts, the question that needs to be answered is whether it is because of Government regrets over something that happened not during the period this Government was in power or is it because of a desperate attempt to win support after the disastrous results of the election of 2008.

2. Had the present Government felt regret, it should have paid ex-gratia payment (for want of a better term) upon achieving power. But obviously it only felt regret lately, after its brand new de facto Minister of Law, who incidentally was suspended for money politics, suggested the move in order to win the approval of the Bar Council.

3. But what was at the back of this political feeling of guilt by this Government. Was it because of the injustice done? Or was something unfair and unlawful committed by the previous Government.

4. Most people know about Tun Salleh's dismissal but few care to find out what really happened. Some believe that the action against Tun Salleh was because he had proposed a panel of 12 judges to hear the appeal against Judge Harun Hashim's findings that UMNO was an illegal organisation. Others believe it was because he was biased against UMNO in his judgements.

5. None of these is true. Tun Salleh had not been biased against the Government. He dismissed the application by Lim Kit Siang in the case involving UEM and the Government, for an interim injunction made by a lower court in a lengthy judgement made by him as President of the Supreme Court. In numerous other cases his judgement favoured the Government. As to the panel to hear the appeal against Judge Harun Hashim's findings, a bigger panel could actually be good for UMNO, which wanted nothing more than the validation of the election results making me President and Ghafar Baba Deputy President. Whether the panel rejects or approves Judge Harun's decision, UMNO and UMNO Baru would not be affected.

6. The truth is that the case against Tun Salleh was triggered by his letters to the Yang di Pertuan Agong which were considered by the Agong as being highly improper and insulting to him.

7. In his first letter Tun Salleh had written to DYMM YDP Agong complaining about the noise made during some repair work at the Agong's palace near Salleh's house.

8. This alone can be considered as very improper. A man as senior as he was could have asked to see the Agong and verbally informed him about the noise.

9. But to compound the act of les majesté he sent copies of his letter to the other rulers. This implied that he did not have faith in the Agong and wanted the other Rulers to apply pressure on him.

10. This was followed by another letter to DYMM YDP Agong complaining about the behaviour of the executive i.e. the Prime Minister. Copies of this letter were also sent to the other Rulers.

11. In this letter Tun Salleh said inter alia, "All of us (the judges) are disappointed with the various comments and accusations made by the Prime Minister against the judiciary not only outside but inside Parliament."

12. He went on to say in his letter "the accusations and comments have brought shame to all of us and left us mentally disturbed to the extent of being unable to discharge our functions orderly and properly."

13. He asserted that he and all the judges "do not like to reply to the accusations publicly because such action is not compatible with our position as judges under the Constitution .... And as such it is only proper for us to be patient in the interest of the nation."

14. This statement was obviously untrue as before the letter was sent, in a speech at the University of Malaya when he was receiving his honorary doctorate, he complained about "the judiciary being placed in the social service category" inferring that this was not in keeping with "the rule of law" and that the "priority of the courts should be altered so that freedom is guaranteed and work is not disturbed."

15. He went on to say "the officers of the public service (i.e. judges) do not have a lesser role and function to play than the roles played by the politicians."

16. Further he said, "This matter becomes aggravated if the rights involved in a decision made by an official are related to judicial matters because this will result in a very important question that is interference with the independence of the judiciary."

17. Again when making a speech at the launching of a book "Law, Justice and the Judiciary, Transnational Trends" Tun Salleh had said, among other things, "The vital constitutional principle is so settled that no question should really arise concerning the position of the judiciary under the Constitution. But recently this guardianship has been made an issue and our independence appears to be under some kind of threat." He added, "This is amply borne out by some of the comments made recently which embarrassed the judiciary a great deal. These remarks not only question our neutrality and independence but the very value of it as an institution ..... Our responsibility of deciding the case without fear or favour .... does not mean that the court decision should be in favour of the Government all the time......."

18. "Apart from this," he continued, "the problem of maintaining judicial independence is further complicated by the fact that the judiciary is the weakest of all the three branches of the Government."

19. "What matters most in order to enable us to save the system from disastrous consequences is that we judges must act with responsibility and dignity and not be drawn or tempted into an impulsive action which could only result in aggravating the situation."

20. These two speeches were delivered on 1st August 1987 and 12th January 1988 respectively. But Tun Salleh's letter to the King was dated 26th March 1988. As I pointed out earlier it is not true that he did not speak about his accusations against the Government in public because he maintains that "such action is not compatible with our position as judges under the Constitution" and that "it is only proper for us to be patient in the interest of the nation."

21. All his statements in these two speeches clearly contain his criticisms of the Prime Minister and the Government long before he wrote his letter to the King.

22. Another point raised in his letter to the Agong is that "the accusations and comments have brought shame to all of us (judges) and left us mentally disturbed to the extent of being unable to discharge our functions orderly and properly."

23. In Section 125 of the Federal Constitution, under clause (3) the grounds for removing a judge, apart from misbehaviour include infirmity of body or mind or any other cause, properly to discharge the functions of his office."

24. By his own admission Tun Salleh was not able "to discharge his functions orderly and properly." He was therefore unfit to continue to be a judge.

25. Section 125, Clause 4 provides for "the Yang di Pertuan Agong to appoint a Tribunal .... and refer the representations to it, and may on the recommendation of the tribunal remove the judge from office."

26. The two letters from Tun Salleh were regarded by the Agong as being highly improper and insulting particularly the copies sent to the other Rulers.

27. During one of my weekly meetings with the Agong, DYMM expressed his annoyance over the letters and simply requested that I dismiss Tun Salleh Abas from being the Lord President of the Malaysian Courts. He writes in his own handwriting his request on the margin of Tun Salleh's first letter, regarding the noise made by the work on the Agong's residence.

28. To the Agong it was a simple matter. He had appointed the Lord President and therefore he was entitled to remove him. I thought it was best for me to inform Cabinet and seek the advice of the Attorney-General.

29. I must admit that Tun Salleh's complaints against me in his letter annoyed me. It is true that I had criticised the judges for interpreting the laws passed by Government not in accordance with the intention or objective of the laws. I did suggest that if the laws were interpreted differently from what the Government and the legislators intended, then we would amend the laws. During a cabinet meeting I had in jest quoted Shakespeare's words, "The first thing we do we hang the lawyers." Only a nitwit would think that I meant what I said literally. But apparently lawyers and judges took umbrage over what I said and regarded me as their enemy (about to hang them, I suppose).

30. I also criticised judges for making laws themselves through their interpretations and subsequently citing these as their authority. I believed that the separation of powers meant the Legislators make laws and the judiciary apply them. Of course if the laws made by the legislators breach the provisions of the constitution, the supreme law of the land, then judges can reject them.

31. Again some judges simply refused to hear cases involving the death penalty, pushing these unfairly on to other judges.

32. It is the view of most jurists that "It is not wrong for any member of the public or the administration to criticise the judiciary. "Justice is not a cloistered virtue." (Peter Aldridge Williams QC).

33. The above writer quoted McKenna J "There is no difference between the judge and the Common Man except that one administers the law and the other endures it."

34. Yet Tun Salleh took the view that I was subverting the independence of the judiciary when I expressed views on how judges frustrated the objectives of the legislators.

35. Through the grapevine I heard of the judges' displeasure with me. But I did not take any action, certainly not to remove Tun Salleh. I only acted after the Agong complained about the two letters.

36. The Cabinet agreed that we must adhere strictly to the provisions of the Constitution. I therefore advised the Agong that Tun Salleh could not be removed unless the Agong appoints a Tribunal to hear the complaints against him and make recommendations to the Agong.

37. Upon the Agong agreeing, the Government selected six judges and former judges for His Majesty to consider. The members included foreign judges in the person of the Honourable the Justice K.A.P. Ranasinghe, Chief Justice Democratic Socialist Republic of Sri Lanka and the Honourable Mr Justice T.S. Sinnathuray, Senior Judge of the Supreme Court of Singapore.

38. The Chairman was the Chief Judge (Malaya), Tan Sri Dato Abdul Hamid bin Hj Omar. The other members were Dato Sri Lee Hun Hoe, Chief Justice (Borneo), Tan Sri Abdul Aziz bin Zain, Retired Judge and Tan Sri Mohd Zahir bin Ismail, Retired Judge.

39. The inclusion of foreign judges was to make sure the Tribunal would not be biased.

40. It is unfortunate that Tun Salleh Abas refused to appear before the Tribunal. Instead he depended on his colleagues to try to prevent the findings of the Tribunal from reaching the Yang di Pertuan Agong.

41. What the five judges who were sympathetic to him did was certainly not in keeping with Tun Salleh's expressed views in his talk during the launching of the book "Law, Justice and the Judiciary. Transnational Trend, "when he said "we as judges must act with responsibility and dignity and not be drawn or tempted into any impulsive action which could only result in aggravating the situation."

42. The five judges had ignored rules and procedures and the requirement to get the approval of the (Acting) Lord President, as well as wait for the findings by Mr Justice Ajaib Singh on the same matter. Instead they cancelled courts sittings in Kota Bahru which were scheduled for the judges, and held a sitting of the Supreme Court in Kuala Lumpur to hear an application by Tun Salleh Abbas for prohibition proceedings to determine his position.

43. The Supreme Court of five judges with Tan Sri Wan Sulaiman presiding heard an ex parte oral application by Tun Salleh's lawyer, retired for a few minutes, returned and unanimously made an order for stay restraining the Tribunal from submitting any recommendations, report or advice respecting the enquiry to His Majesty the Yang di Pertuan Agong until further order.

44. Subsequently the Acting Lord President, set up a Supreme Court of five judges which negated the decision of the Wan Suleiman Court.

45. I would like to repeat that despite public criticisms made against me by Tun Salleh, I did not take any action against him. I only did so after he insulted the Agong and the Agong requested me to have him removed. Of course some would still say I influenced the Agong. But throughout my 22 years I had never involved the rulers in politics or my personal problems. The records are there for all to see.

46. I was very concerned over the forcible removal of Tun Salleh. And so I tried to get Tun Salleh to resign on his own so as to avoid a scandal. He agreed at first but he withdrew the following day.

47. I then went about getting the Tribunal approved and set up. Naturally I had to consult the Attorney-General and others who were familiar with judges. Once the Tribunal was set up my involvement ended.

48. When Tun Salleh and the other judges had their services terminated, they should not be paid their pensions. But following appeals by Attorney-General I agreed that they should be paid their full pensions. They therefore did not suffer any financial loss and their pensions were computed from the time they left.

49. These are the facts relating to the dismissal of Tun Salleh. It was he and his fellow judges who brought disrepute to the judiciary.

50. I write this to record things as they happened. I do not expect my detractors to stop saying that I destroyed the judiciary. They are my prosecutors and they are also my judges. To them I will always be the Idi Amin of Malaysia as claimed in Tun Salleh's book "May Day for Justice". Sadly many who so readily condemn me were judges.


*****


KISAH TUN SALLEH

1. Apabila Kerajaan memberi bayaran ex-gratia kepada para hakim yang terlibat di dalam penyingkiran Tun Salleh Abas sebagai Ketua Hakim Mahkamah Malaysia, persoalan yang perlu dijawab ialah adakah ianya kerana Kerajaan kesal terhadap sesuatu yang berlaku di zaman sebelum Kerajaan ini berkuasa atau adakah ianya langkah terdesak untuk mengembalikan sokongan selepas keputusan buruk Pilihanraya Umum 2008.

2. Jika Kerajaan hari ini merasa kesal, bayaran ex-gratia (memandangkan tiada lagi perkataan yang lebih sesuai) sepatutnya dibuat selepas ianya mula berkuasa. Jelas sekali ia hanya merasa kesal baru-baru ini, selepas Menteri baru yang dipertanggungjwabkan ke atas hal-ehwal kehakiman (yang juga pernah digantung kerana penglibatan dalam politik wang) mencadangkannya sebagai langkah untuk memenangi hati Majlis Peguam.

3. Tetapi apakah yang menyebabkan perasaan kesal "politik" di pihak Kerajaan ini? Adakah kerana berlaku ketidak adilan? Atau adakah Kerajaan yang sebelumnya berlaku berat sebelah atau melanggar undang-undang?

4. Kebanyakan orang tahu tentang penyingkiran Tun Salleh tetapi tidak ramai yang mengambil berat tentang apa yang sebenarnya berlaku. Sesetengah pihak percaya yang tindakan terhadap Tun Salleh disebabkan cadangannya membentuk panel 12 hakim untuk mendengar rayuan terhadap keputusan Hakim Harun Hashim yang telah mendapati UMNO sebagai sebuah organisasi haram. Ada pihak lain yang percaya ianya kerana beliau tidak menyebelahi UMNO di dalam penghakimannya.

5. Tidak ada satu pun yang benar. Tun Salleh tidak berat sebelah terhadap Kerajaan. Dia telah menolak permohonan Lim Kit Siang di dalam kes yang melibatkan UEM dan Kerajaan, terhadap injunksi sementara yang dibuat mahkamah rendah di dalam keputusan penghakiman yang panjang yang dibuat olehnya sebagai Presiden Mahkamah Agong (sekarang Mahkamah Persekutuan). Di dalam kes-kes lain penghakiman beliau banyak berpihak kepada Kerajaan. Berkenaan dengan panel untuk mendengar rayuan terhadap keputusan Hakim Harun Hashim, panel yang lebih besar mungkin lebih baik bagi UMNO yang hanya mahukan pengesahan keputusan pemilihan yang akan menjadikan saya Presiden dan (Tun) Ghafar Baba Timbalan Presiden. Samada panel menolak atau menerima keputusan Hakim Harun, ianya tidak akan memberi kesan terhadap UMNO dan UMNO Baru.

6. Sebenarnya kes terhadap Tun Salleh tercetus kerana surat-suratnya kepada Yang di Pertuan Agong yang baginda anggap melanggar tatasusila serta menghina.

7. Di dalam surat pertamanya, Tun Salleh telah menulis kepada DYMM YDP Agong untuk mengadu berkenaan bunyi bising kerana kerja-kerja baikpulih di Istana YDP Agong yang terletak berdekatan dengan rumah Tun Salleh.

8. Ini sahaja boleh dianggap melanggar tatasusila. Seseorang yang begitu kanan kedudukannya boleh meminta izin untuk mengadap YDP Agong dan menyampaikan aduannya secara lisan.

9. Untuk memburukkan lagi perbuatan menghina Istana dia telah menghantar salinan suratnya kepada Raja-Raja lain. Ini seolah-olah menunjukkan yang dia tidak punyai keyakinan terhadap YDP Agong dan menghendakkan Raja-Raja Melayu lain untuk mengadakan tekanan terhadap YDP Agong.

10. Ini kemudiannya disusuli dengan satu lagi surat kepada YDP Agong yang mengadu berkenaan tindak-tanduk eksekutif iaitu Perdana Menteri. Salinan surat ini juga telah dihantar kepada Raja-Raja.

11. Di dalam surat ini, Tun Salleh telah menyatakan antara lain; "All of us (the judges) are disappointed with the various comments and accusations made by the Prime Minister against the judiciary not only outside but inside Parliament." [Kami (para hakim) kecewa dengan pelbagai kenyataan dan tuduhan yang dibuat Perdana Menteri terhadap badan kehakiman bukan sahaja di luar malahan di dalam Parlimen]

12. Dia seterusnya berkata di dalam suratnya "the accusations and comments have brought shame to all of us and left us mentally disturbed to the extent of being unable to discharge our functions orderly and properly." [tuduhan-tuduhan dan kenyataan-kenyataan yang dibuat telah memalukan kami semua dan telah meninggalkan kesan kekacauan mental sehinggakan kami tidak dapat menjalankan tugas kami dengan tertib dan teratur].

13. Dia menegaskan yang dia dan para hakim semua "do not like to reply to the accusations publicly because such action is not compatible with our position as judges under the Constitution .... And as such it is only proper for us to be patient in the interest of the nation." [tidak mahu membalas secara terbuka tuduhan kerana tindakan tersebut tidak bersesuaian dengan kedudukan kami sebagai hakim di bawah Perlembagaan...dan oleh itu adalah lebih baik kami bersabar demi kepentingan Negara].

14. Kenyataan ini nyata tidak benar kerana sebelum surat tersebut diutuskan, di dalam satu ucapan di Universiti Malaya di mana dia dianugerah ijazah doktor kehormat, dia telah merungut berkenaan "the judiciary being placed in the social service category" (badan kehakiman ditempatkan di bawah kategori perkhidmatan sosial) dengan membuat kesimpulan bahawa ini tidak bertepatan dengan "the rule of law" (kedaulatan undang-undang) dan oleh itu "priority of the courts should be altered so that freedom is guaranteed and work is not disturbed" (keutamaan mahkamah harus diperbetulkan agar kebebasan dijamin dan kerja tidak terganggu).

15. Dia seterusnya berkata "the officers of the public service (i.e. judges) do not have a lesser role and function to play then the roles played by the politicians" (pegawai perkhidmatan awam iaitu para hakim tidak memainkan peranan yang kurang pentingnya berbanding yang dimainkan ahli politik).

16. Beliau juga berkata, "This matter becomes aggravated if the rights involved in a decision made by an official are related to judicial matters because this will result in a very important question that is interference with the independence of the judiciary" (Keadaan ini diburukkan lagi jika hak yang terlibat dalam keputusan yang dibuat para pegawai adalah berkaitan soal penghakiman kerana ini akan menimbulkan soalan penting iaitu campur tangan dalam kebebasan kehakiman.

17. Sekali lagi apabila berucap semasa melancarkan buku "Law, Justice and the Judiciary, Transnational Trends" Tun Salleh berkata, antara lain, "The vital constitutional principle is so settled that no question should really arise concerning the position of the judiciary under the Constitution. But recently this guardianship has been made an issue and our independence appears to be under some kind of threat." (Prinsip Perlembagaan yang penting sudahpun termaktub oleh itu tidak timbul soal kedudukan kehakiman di bawah Perlembagaan. Tetapi baru-baru ini perlindungan ini telah menjadi satu isu dan kebebasan kita ternampak seolah-olah sedang dicabar) Beliau menambah, "This is amply borne out by some of the comments made recently which embarrassed the judiciary a great deal. These remarks not only question our neutrality and independence but the very value of it as an institution ..... Our responsibility of deciding the case without fear or favour .... does not mean that the court decision should be in favour of the Government all the time......." (Ini terhasil daripada sesetengah kenyataan yang dibuat baru-baru ini yang telah benar-benar memalukan badan kehakiman. Kenyataan tersebut bukan sahaja mempersoalkan keberkecualian dan kebebasan kita, tetapi juga nilai badan kehakiman sebagai sebuah institusi...tidak semestinya keputusan mahkamah harus sentiasa menyebelahi Kerajaan)

18. Selain itu beliau menyambung, "the problem of maintaining judicial independence is further complicated by the fact that the judiciary is the weakest of all the three branches of the Government." (Masalah mengekalkan kebebasan kehakiman dibuat lebih rumit kerana badan kehakiman adalah yang paling lemah diantara ketiga-tiga cabang Kerajaan).

19. "What matters most in order to enable us to save the system from disastrous consequences is that we judges must act with responsibility and dignity and not be drawn or tempted into an impulsive action which could only result in aggravating the situation." (Apa yang penting untuk selamatkan system ini daripada malapetaka ialah kita para hakim mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab dan hormat dan tidak dipengaruhi tindakan gelojoh yang mungkin akan memburukkan lagi keadaan)

20. Kedua-dua ucapan tersebut disampaikan pada 1hb Ogos 1987 dan 12hb Januari 1988. Tetapi surat Tun Salleh kepada YDP Agong bertarikh 26hb Mac 1988. Seperti yang saya nyatakan tadi adalah tidak benar beliau tidak bercakap berkenaan tuduhannya terhadap Kerajaan di hadapan khalayak ramai hanya kerana dia mempertahankan yang "tindakan tersebut tidak bersesuaian dengan kedudukan kami sebagai hakim di bawah Perlembagaan" dan "oleh itu adalah lebih baik kami bersabar demi kepentingan Negara".

21. Semua kenyataannya di dalam dua ucapan yang disampaikan jelas mengandungi kecamannya terhadap Perdana Menteri dan Kerajaan, jauh lebih lama sebelum dianya menulis surat kepada YDP Agong.

22. Satu lagi perkara yang dibangkitkan di dalam suratnya kepada YDP Agong ialah "the accusations and comments have brought shame to all of us (judges) and left us mentally disturbed to the extent of being unable to discharge our functions orderly and properly." [tuduhan-tuduhan dan kenyataan-kenyataan yang dibuat telah memalukan kami dan telah meninggalkan kesan kekacauan mental sehinggakan kami tidak dapat menjalankan tugas kami dengan tertib dan teratur].

23. Di bawah Seksyen 125 Perlembagaan Persekutuan, klausa (3) peruntukan untuk memecat hakim, selain daripada salahlaku termasuk ketidakupayaan tubuh badan atau pemikiran atau lain lain sebab, untuk menjalankan tugas-tugas jawatan dengan saksama.

24. Tun Salleh sendiri mengakui yang beliau tidak terdaya untuk melakukan tugas-tugasnya dengan teratur dan tertib. Oleh itu beliau tidak layak untuk terus menjadi hakim.

25. Seksyen 125, klausa 4 memperuntukkan kuasa YDP Agong melantik Tribunal dan boleh atas nasihat Tribunal menyingkirkan hakim daripada kedudukannya.

26. Kedua-dua surat daripada Tun Salleh dianggap YDP Agong sebagai tidak sesuai dan menghina terutamanya kerana salinannya dihantar kepada Raja-Raja Melayu lain.

27. Di dalam salah satu daripada mesyuarat mingguan saya dengan YDP Agong, baginda telah menyatakan ketidak puasan hatinya terhadap surat-surat tersebut dan telah meminta saya menyingkir Tun Salleh Abas daripada jawtan Ketua Hakim Negara. Baginda telah menulis sendiri permintaan baginda di ruangan tepi (margin) surat pertama Tun Salleh berkenaan dengan bunyi bising daripada kerja-kerja yang sedang dijalankan di kediaman YDP Agong.

28. Bagi YDP Agong ianya adalah perkara mudah. Baginda yang melantik Ketua Hakim dan mempunyai hak untuk menyingkirkan beliau. Saya fikir adalah lebih baik bagi saya merujuk perkara ini ke Kabinet dan nasihat Peguam Negara didapati.

29. Saya mengaku rungutan Tun Salleh terhadap saya di dalam suratnya juga menimbulkan ketidak puasan hati saya. Adalah benar yang saya telah mengkritik hakim-hakim kerana mentafsir undang-undang yang dilulus Kerajaan yang tidak menepati matlamat atau objektif undang-undang itu. Saya ada mencadangkan bahawa jika undang-undang yang ditafsirkan berlainan lain daripada matlamat asal sepertimana yang Kerajaan dan penggubal undang-undang harapkan, maka undang-undang tersebut akan dipinda. Di dalam satu mesyuarat Kabinet saya berseloroh dengan memetik kata-kata Shakespeare, "The first thing we do we hang the lawyers." (Pertama sekali kita gantung semua peguam). Hanya orang yang dungu sahaja akan mengambil bulat-bulat apa yang saya katakan. Tetapi rupa-rupanya para peguam dan hakim telah merasa tersinggung akan apa yang saya kata dan telah menganggap saya sebagai musuh mereka (yang akan menggantung mereka agaknya!).

30. Saya juga telah mengkritik hakim kerana menggubal undang-undang sendiri menerusi tafsiran mereka dan kemudiannya mengguna tafsiran mereka untuk rujukan. Saya percaya pemisahan kuasa bermakna penggubal undang-undang akan menggubal undang-undang manakala hakim akan menggunapakai undang-undang tersebut. Sudah tentu jika undang-undang digubal melanggar peruntukan perlembagaan, yang merupakan undang-undang tertinggi Negara, maka hakim bolehlah menolaknya.

31. Didapati juga sesetengah hakim menolak membicarakan kes-kes melibat hukuman mati, dan diserah secara tidak adil kepada hakim-hakim lain.

32. Kebanyakan pakar undang-undang berpendapat "It is not wrong for any member of the public or the administration to criticise the judiciary. Justice is not a cloistered virtue." (Tidak salah bagi sesiapa samada dianya orang awam atau ahli pentadbiran untuk mengkritik kehakiman. Keadilan bukan kesucian yang terkurung) - Peter Aldridge Williams QC

33. Penulis di atas juga telah memetik McKenna J "There is no difference between the judge and the Common Man except that one administers the law and the other endures it" (Tidak ada perbezaan di antara hakim dan orang ramai kecuali yang satu mentadbir undang-undang dan yang satu lagi menerima kesannya).

34. Tetapi Tun Salleh berpendapat bahawa saya cuba menghakis kebebasan kehakiman apabila saya menyatakan pandangan saya bagaimana hakim mengecewakan matlamat asal penggubal undang-undang.

35. Menerusi pelbagai sumber saya dengar akan kemarahan hakim-hakim terhadap saya. Tetapi saya tidak mengambil apa-apa tindakan, jauh sekali untuk menyingkir Tun Salleh. Saya hanya bertindak apabila YDP Agong menyatakan rasa tidak puas hati berkenaan dua surat tersebut.

36. Kabinet bersetuju yang peruntukan perlembagaan haruslah dipatuhi. Oleh itu saya telahpun menasihatkan YDP Agong bahawa Tun Salleh hanya boleh disingkir jika YDP Agong melantik Tribunal untuk mendengar segala rungutan terhadapnya (Tun Salleh) dan membuat cadangan kepada YDP Agong.

37. Selepas YDP Agong bersetuju, Kerajaan memilih enam hakim dan bekas hakim untuk pertimbangan YDP Agong. Ahlinya termasuk hakim Negara asing yang diwakili Yang Arif Hakim K.A.P. Ranasinghe, Ketua Hakim Sri Lanka dan Yang Arif Hakim T.S. Sinnathuray, Hakim Kanan Mahkamah Agong Singapura.

38. Pengerusi tribunal ialah Hakim Besar (Malaya), Tan Sri Dato Abdul Hamid bin Hj Omar. Lain-lain ahli terdiri daripada Dato Sri Lee Hun Hoe, Hakim Besar (Borneo) dan dua orang bekas hakim iaitu Tan Sri Abdul Aziz bin Zain dan Tan Sri Mohd Zahir bin Ismail.

39. Penyertaan hakim asing adalah untuk mempastikan yang tribunal tidak mengambil sikap berat sebelah.

40. Malangnya Tun Salleh Abas enggan hadir di hadapan Tribunal. Sebaliknya dia mengharapkan yang rakan-rakannya akan cuba untuk menghalang keputusan Tribunal daripada disampaikan kepada YDP Agong.

41. Apa yang dilakukan kelima-lima hakim yang bersimpati kepadanya sudah tentu melanggar apa yang Tun Salleh utarakan semasa berucap di majlis pelancaran "Law, Justice and the Judiciary. Transnational Trend" apabila dia berkata; "we as judges must act with responsibility and dignity and not be drawn or tempted into any impulsive action which could only result in aggravating the situation" (kita para hakim mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab dan terhormat dan tidak dipengaruhi tindakan gelojoh yang mungkin akan memburukkan lagi keadaan).

42. Kelima-lima hakim tersebut telah mengenepikan peraturan dan prosidur dan keperluan untuk mendapat kelulusan Pemangku Ketua Hakim, disamping menunggu keputusan Hakim Ajaib Singh di atas perkara yang sama. Sebaliknya mereka membatalkan persidangan mahkamah di Kota Bahru yang telah dijadualkan untuk mereka dan telah mngadakan persidangan Mahkamah Agong di Kuala Lumpur untuk mendengar aplikasi Tun Salleh Abbas untuk mengenepikan prosiding bagi menentukan kedudukannya.

43. Lima hakim Mahkamah Agong yang diketuai Tan Sri Wan Sulaiman mendengar aplikasi ex-parte oleh peguam Tun Salleh, berehat seketika, dan kemudiannya kembali dan sebulat suara mengeluarkan arahan menghentikan Tribunal daripada menyerahkan apa-apa cadangan, laporan atau nasihat berkenaan siasatan kepada YDP Agong.

44. Berikutan itu, pemangku Ketua Hakim telah menubuhkan satu panel lima hakim Mahkamah Agong untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Wan Suleiman.

45. Saya ingin ulangi yang walaupun Tun Salleh mengkritik saya secara terbuka, saya tidak mengambil sebarang tindakan terhadapnya. Saya hanya berbuat demikian setelah dia menghina YDP Agong dan baginda meminta supaya dianya disingkirkan. Tentulah akan ada yang berkata bahawa saya telah mempengaruhi YDP Agong. Tetapi selama 22 tahun saya tidak pernah melibatkan Raja-Raja di dalam politik atau masalah peribadi. Rekod tertera untuk sesiapa menelitinya.

46. Saya amat mengambil berat terhadap penyingkiran Tun Salleh secara paksa. Saya telah cuba dapatkan Tun Salleh untuk meletak jawatan bagi mengelak sebarang skandal. Pada mulanya dia bersetuju, tetapi telah menarik balik keesokan harinya.

47. Saya telah mendapatkan kelulusan keahlian Tribunal. Saya telah mendapat nasihat Peguam Negara dan pihak lain yang rapat dengan hakim-hakim. Setelah Tribunal ditubuhkan, penglibatan saya berakhir.

48. Apabila Tun Salleh dan hakim-hakim yang lain diberhentikan perkhidmatan mereka, mereka tidak sepatutnya menerima pencen. Tetapi selepas menerima rayuan Peguam Negara, saya bersetuju yang mereka dibayar pencen penuh. Mereka tidak mengalami apa-apa kerugian wang ringgit dan pencen mereka dikira daripada tarikh mereka meninggalkan jawatan.

49. Inilah fakta bekaitan penyingkiran Tun Salleh. Beliau dan rakan-rakan hakimnyalah yang telah membawa penghinaan kepada badan kehakiman.

50. Saya menulis untuk merekodkan peristiwa sebagaimana ianya berlaku. Saya tidak harap pengkritik saya akan berhenti menuduh saya menghancurkan badan kehakiman. Mereka pendakwa saya dan mereka juga adalah hakim saya. Bagi mereka saya tetap Idi Amin Malaysia sebagaimana yang di dakwa Tun Salleh di dalam bukunya "May Day for Justice". Malangnya ramai yang begitu tersedia mengutuk saya terdiri daripada hakim-hakim.

Monday, July 14, 2008

Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia ditubuh tahun depan

14/07/2008 4:03pm


PUTRAJAYA 14 Julai - Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia (SARM) dijangka ditubuhkan tahun depan setelah ia dibentangkan di Dewan Rakyat, kata Timbalan Ketua Pengarah I, Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Abu Kassim Mohamed.

Menurut beliau, ketika ini pihaknya sedang berbincang dengan Peguam Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan beberapa jabatan yang berkaitan mengenai penubuhan suruhanjaya berkenaan.

``Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) mahu penubuhan suruhanjaya tersebut dipercepatkan dan kami akan mengambil suruhanjaya anti rasuah di Hong Kong sebagai model.

``Jadi, kami harap segala persiapan penubuhannya akan dapat diselesaikan menjelang hujung tahun ini bagi membolehkan ia beroperasi pada tahun depan. Bagaimanapun ia perlu dibawa ke Parlimen dahulu,'' katanya kepada pemberita di perkarangan Ibu Pejabat BPR di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai perkembangan penubuhan SARM yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 21 April lalu sekali gus menjadikan ia sebagai sebuah badan bebas bagi meningkatkan keberkesanan, ketelusan dan akauntabiliti awam dalam usaha membanteras gejala rasuah di negara ini.

Penubuhan suruhanjaya itu merupakan satu daripada empat inisiatif kerajaan untuk memerangi gejala rasuah di negara ini. - Utusan

Friday, July 11, 2008

Cabul atlet:Ramanathan jalani penjara 4 tahun

PUTRAJAYA 11 Julai – Bekas jurulatih olahraga kebangsaan, C. Ramanathan, 72, hari ini mula menjalani hukuman penjara empat tahun yang dikenakan terhadapnya selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan yang melepaskannya daripada tuduhan mencabul kehormatan dua atlet remaja wanita berusia 15 dan 16 tahun.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Zainun Ali memutuskan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Ramanathan daripada kedua-dua tuduhan itu pada 24 Februari 2005 selepas membenarkan rayuan pendakwa raya terhadap keputusan itu.

Zainun bersidang bersama Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Hakim Datuk Sulong Matjeraie. Rayuan pula dikemukakan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Eddie Yeo dan Jamhirah Ali.

Dengan keputusan itu, Mahkamah Rayuan sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang mensabitkan Ramanathan atas tuduhan mencabul 12 tahun lalu.

Bagi setiap tuduhan, jurulatih itu diperintah menjalani hukum penjara empat tahun secara serentak.

Ramanathan kelihatan gelisah ketika mahkamah membacakan keputusan itu. Selepas mahkamah bersidang, dia membuat beberapa panggilan telefon sebelum dibawa ke Penjara Kajang.

Dia didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen pada 1996 atas tuduhan mencabul kehormatan kedua-dua mangsa, ketika itu berusia 15 dan 16 tahun.

Ketika pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 4 Oktober 1994, dia didakwa melakukan perbuatan tersebut antara pukul 9 dan 10 malam 23 dan 27 Oktober 1992 di Bangunan Persatuan Bola Keranjang Amatur Malaysia (MABA), Jalan Hang Tuah di ibu negara.

Sehingga hari ini, Ramanathan tidak pernah dipenjarakan setelah Mahkamah Sesyen membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan dengan jaminan RM10,000.

Tiga tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan rayuan Ramanathan dan mengetepikan sabitan dan hukumannya atas dua alasan iaitu kelewatan Hakim Mahkamah Sesyen mengeluarkan alasan penghakiman serta perilaku saksi-saksi ketika memberi keterangan.

Sementara itu, peguam Karpal Singh yang mewakili Ramanathan memberitahu, pihaknya akan memfailkan permohonan di Mahkamah Persekutuan bagi menyemak keputusan Mahkamah Rayuan tersebut Isnin ini.

“Kami juga akan memfailkan notis perakuan segera pada Isnin ini supaya permohonan ikat jamin terhadap Ramanathan didengar secepat mungkin,” ujarnya.

Hakim Zainun ketika membacakan penghakiman tersebut berkata, kelewatan Hakim Mahkamah Sesyen mengeluarkan alasan penghakimannya selepas lima tahun keputusan disampaikan bukan satu penafian keadilan terhadap Ramanathan.

Menurut beliau, kelewatan itu tidak menyebabkan prejudis kepada Ramanathan kerana Hakim Mahkamah Sesyen menyampaikan keputusannya pada 8 November 1996 manakala penghakiman bertulis dikeluarkan pada 26 Oktober 2001.

“Keadilan terhadap perayu tidak dinafikan kerana Hakim Mahkamah Sesyen menyampaikan keputusannya kurang daripada tempoh sebulan selepas Ramanathan dipanggil membela diri,'' ujarnya.

Hakim Zainun turut menyatakan mahkamah membenarkan rayuan pendakwa raya selepas meneliti keseluruhan prosiding perbicaraan dan rayuan di peringkat Mahkamah Tinggi.

BPR boleh dakwa kes kepentingan awam tanpa rujuk Peguam Negara

PUTRAJAYA 11 Julai – Badan Pencegah Rasuah (BPR) kini memperoleh kuasa penuh untuk menyiasat dan mendakwa sendiri semua kes rasuah dan salah guna kuasa termasuk kes-kes berkepentingan awam tanpa perlu merujuk kepada Peguam Negara.

Dalam satu kenyataan hari ini, BPR menyatakan keputusan itu dibuat oleh Jabatan Peguam Negara bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengendalian kes-kes rasuah.

Menurut kenyataan itu, Jabatan Peguam Negara akan memperakukan seorang pegawai kanan dari jabatannya untuk ditempatkan sebagai Pengarah di Bahagian Perundangan dan Pendakwaan BPR bagi membuat keputusan berhubung semua kes siasatan BPR.

“Sebelum ini kes-kes yang melibatkan kepentingan awam dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara sementara kes-kes lain dikendalikan oleh Bahagian Perundangan dan Pendakwaan BPR.

“Oleh itu, pegawai dari Jabatan Peguam Negara berkenaan akan bertanggungjawab dari segi pentadbiran untuk melaporkan kepada Ketua Pengarah BPR,” katanya.

Kenyataan itu menyebut, keputusan memberi kuasa penuh pendakwaan kepada BPR itu dapat membantu meningkatkan ketelusan dan mengurangkan persepsi negatif terhadap Jabatan Peguam Negara.

Selain itu, ia turut memberikan gambaran positif terhadap kesungguhan kerajaan dalam memerangi jenayah rasuah.

“Secara tidak langsung ia akan meningkatkan kepercayaan dan imej BPR sebagai sebuah agensi penguatkuasaan yang benar-benar bebas dalam memerangi jenayah rasuah,” kata kenyataan itu.

Thursday, July 10, 2008

kerjasama anggota D-8 harus ditingkat

DIAM tak diam, sidang kemuncak yang berlangsung di Kuala Lumpur Selasa lalu adalah yang keenam sejak Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D-8) ditubuhkan di Istanbul, Turki, 11 tahun lalu.

Sedekad telah berlalu, pencapaian D-8 yang ditubuhkan di bawah payung Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) seperti kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam ucapan pembukaannya, adalah sederhana.

Setiausaha Agung D-8, Dr. Dipo Alam sendiri mengakui perlembagaan D-8 yang longgar antara penyebab langkah kumpulan itu agak perlahan dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Malah banyak cadangan dan idea yang dilontarkan tinggal di atas kertas selepas habis sidang tanpa ada susulan.

Justeru Deklarasi Kuala Lumpur yang diluluskan kelmarin patut menjadi kitab pegangan D-8 untuk merencana masa depan kumpulan itu, lebih-lebih lagi ketika menghadapi cabaran dunia hari ini termasuk krisis makanan dan harga minyak mentah yang melambung tinggi.

Pelbagai program praktikal yang telah digariskan untuk dilaksanakan di bawah peta haluan D-8 untuk tempoh 10 tahun akan datang, perlu dipastikan berjalan seperti yang dirancang.

Cadangan penubuhan Tabung Makanan, begitu juga usaha sama mengeluarkan baja, makanan ternakan dan benih, mungkin nampak remeh dan terlalu ringkas tetapi jika tidak ditangani, dari sinilah bermulanya peningkatan kos pengeluaran makanan yang kini menjerut poket rakyat dan memaksa kerajaan menstruktur semula perbelanjaan untuk pembangunan.

Bayangkan jika kelapan-lapan negara berganding bahu meningkatkan pengeluaran untuk keperluan pasaran sesama anggota, masalah kekurangan makanan sudah pasti tidak wujud dalam kamus kumpulan itu. D-8 yang mewakili kekuatan ummah lebih 900 juta orang sepatutnya mampu memberi lebih daripada itu.

Komitmen untuk menangani krisis tenaga termasuk membangunkan sumber alternatif perlu menjadi usaha bersama negara anggota D-8 dan tidak dilakukan bersendirian.

Walaupun Iran selaku pengeluar minyak dan gas dunia menganggap krisis sebenar tidak berlaku sebaliknya hanya suatu fenomena 'buatan' yang dicetuskan akibat kelemahan dolar Amerika Syarikat, keperitan yang ditanggung rakyat khususnya di negara membangun adalah situasi benar yang perlu mendapat pembelaan sewajarnya.

Di sini, idea mewujudkan satu mata wang dalam kalangan anggota D-8 yang pernah disuarakan di peringkat OIC dan dilontarkan semula oleh Presiden Mahmoud Ahmadinejad pada sidang kemuncak ini, mungkin sudah tiba masanya diberi pertimbangan secara serius.

Malaysia yang mempunyai pengalaman cemerlang mempengerusikan OIC dan kini diberi mandat memimpin D-8 untuk tempoh dua tahun akan datang, mungkin boleh menjadi perintis menggerakkan usaha itu.

Dunia tagih komitmen G8

Oleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
(Wartawan utusan)

SIDANG Kemuncak Kumpulan Lapan (G8) yang berlangsung di Toyako, Hokkaido, Jepun kelmarin dibuka dengan tekanan daripada negara-negara Afrika supaya G8 menunaikan janji untuk membantu benua itu.

Desakan secara bersama oleh tujuh pemimpin Afrika itu disuarakan bagi mengulangi komitmen meningkatkan bantuan pembangunan kepada negara-negara benua tersebut sebanyak AS$25 bilion (RM82.5 bilion) setahun sehingga 2010.

Malangnya, komitmen yang dibuat sewaktu persidangan serupa yang diadakan di Scotland, dua tahun lalu tidak ditepati sepenuhnya apabila hanya sebahagian kecil daripada peruntukan yang dijanjikan, diterima oleh negara-negara Afrika.

Dalam situasi ekonomi yang semakin menekan ketika ini, bantuan itu pastinya ditagih sepenuhnya oleh rakyat Afrika yang paling menderita kesan daripada krisis global ekoran kenaikan harga minyak dan kekurangan bekalan makanan.

Persidangan G8 hari kedua pula membawa kepada akar permasalahan utama dunia ketika ini iaitu kenaikan harga minyak dan kekurangan bekalan makanan serta peranan yang seharusnya dimainkan oleh negara-negara maju dalam mengurangkan kesannya terhadap inflasi global.

Selaku kuasa besar ekonomi dunia, peranan G8 dalam memulihkan krisis ekonomi yang menghimpit negara-negara membangun dan miskin ketika ini sememangnya ditagih, dan persidangan kali ini diharapkan mampu merintis ke arah kestabilan ekonomi tersebut.

Namun, harapan yang diletakkan pada persidangan kali ini dijangka sekali lagi berakhir dengan sia-sia sekiranya G8 masih dibelenggu doktrin kapitalisme yang menekan ekonomi dunia secara keseluruhannya.

Seperti yang dijelaskan oleh pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohamad Faisol Keling, sistem kapitalisme yang hanya memberi keuntungan kepada G8 itu turut menjadi punca kepada krisis kenaikan harga minyak dan kekurangan bekalan makanan dunia.

Dasar imperialisme itu secara tidak langsung menafikan hak kepada kebajikan dan kemajuan yang seharusnya dikecapi secara bersama oleh semua negara di seluruh dunia.

"Sistem kapitalisme yang diamalkan oleh G8 menyebabkan negara-negara dunia ketiga mengalami defisit yang melampau. Sekiranya doktrin kapitalisme itu tidak dihapuskan atau diubah, jurang ekonomi di antara negara maju dengan negara membangun akan semakin melebar dan terus menekan negara miskin," katanya.

Menurut Mohamad Faisol, negara-negara Afrika menerima kesan yang paling buruk daripada dasar mengawal ekonomi oleh G8, namun paling sedikit pula mendapat bantuan daripada negara-negara maju berkenaan.

Sebaliknya, sokongan G8 lebih tertumpu kepada negara-negara di Amerika Latin dan Asia yang secara relatifnya masih mampu bertahan di sebalik tekanan ekonomi dan defisit global ketika ini.

"Justeru, persidangan G8 kali ini seharusnya memberi perhatian yang khusus kepada keperluan di kalangan negara-negara dunia ketiga terutamanya berhubung bekalan minyak, sumber makanan dan teknologi, iaitu tiga elemen yang sangat diperlukan oleh negara ini dalam proses bergerak ke arah kemajuan dalam era global," katanya.

RealitiSejauh mana perhatian terhadap keperluan negara-negara dunia ketiga itu mampu menjadi realiti dan tidak berakhir dengan selesainya persidangan G8, pasti dinanti-nantikan seluruh dunia.

Ini kerana jika apa yang berlaku ke atas janji untuk membantu negara-negara Afrika yang dicapai oleh G8 dalam persidangan dua tahun lalu dijadikan ukuran, dunia mempunyai sebab untuk berasa bimbang terbelenggu dalam kemelut ekonomi yang lebih panjang.

Menguatkan lagi kebimbangan itu seperti yang dijelaskan oleh Dekan Pasca Siswazah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak, apabila G8 dalam komitmennya untuk membendung kenaikan harga minyak dan kekurangan bekalan makanan, tidak menyatakan secara khusus pelan pemulihan untuk tindakan segera.

Seolah-olah sebuah perancangan tanpa jentera penggerak, komitmen itu tidak membawa sebarang makna kepada negara-negara membangun dan miskin, dan persidangan G8 kali ini juga sekali lagi dilihat hanya medan pertemuan negara maju untuk membincangkan mengenai isu dalaman negara anggota sahaja.

"Tanpa asas untuk berasa tertekan dengan kemelut ekonomi global di sebalik kekayaan negara masing-masing, komitmen yang disuarakan G8 hanyalah retorik semata-mata kerana mereka tidak mempunyai agenda yang jelas untuk membantu meringankan penderitaan penduduk dunia secara keseluruhannya," katanya.

Mohamed Mustafa menambah, ketika negara-negara G8 tidak lagi dapat diletakkan penggantungan untuk membantu memulihkan krisis global, negara-negara membangun dan miskin perlu lebih efektif untuk meneruskan kelangsungan hidup rakyat secara bersama.

Mengambil contoh persidangan Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D-8) yang baru berakhir, ia seharusnya mampu meningkatkan kerjasama di kalangan negara-negara anggota dalam mendepani krisis global dengan lebih kuat dan efektif.

Menarik perhatian mengenai kehadiran negara-negara Afrika pada persidangan kali ini, Mohamed Mustafa berpendapat, ia bukanlah gambaran keprihatinan G8, sebaliknya tidak lebih daripada usaha untuk me- mastikan pengaruh mereka di rantau itu.

Ia juga bertujuan memastikan negara- negara Afrika tidak dipengaruhi oleh kuasa baru dari Asia terutamanya China dengan mengekang jalinan hubungan diplomatik yang semakin terbina kukuh lewat kebelakangan ini.

"Ia juga sebagai tindak balas terhadap usaha yang dilakukan oleh China yang lebih awal membina hubungan persahabatan berteraskan kekuatan ekonomi dan politik dengan negara-negara Afrika menerusi pertemuan yang diadakan sebelum perjumpaan negara-negara maju dengan negara Eropah pada 2007," katanya.

D-8 perlu pimpinan dinamik

Oleh Mohamed Mustafa Ishak

Sidang Kemuncak Keenam Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D-8) yang berlangsung di Kuala Lumpur bermula 5-8 Julai menyaksikan Malaysia sekali lagi diberi tanggungjawab penting di peringkat antarabangsa. Setelah menamatkan tugas memimpin Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) sebelum ini, tugas baru yang diamanah untuk memimpin D-8 adalah suatu peluang terbaik Malaysia untuk menyerlahkan kepemimpinan dan profil antarabangsanya di pentas global.

Kementerian Luar di bawah kepemimpinan Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Malaysia tidak seharusnya mempersia-siakan peluang yang diberikan ini. Untuk tempoh dua tahun dari sekarang (2008-2010), Malaysia akan menerajui D-8, sebuah pertubuhan kerjasama ekonomi lapan buah negara yang lahir di bawah payung OIC pada 15 Jun 1997.

D-8 ditubuhkan di Istanbul, Turki hasil daripada cetusan idea perdana menterinya pada waktu itu Necmetin Erbakan. Pertubuhan lapan buah negara membangun yang terdiri daripada Turki, Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Malaysia, Nigeria dan Pakistan bukan satu 'Kelab Elit' di kalangan negara Islam yang me- nganggotai OIC.

Sebaliknya kerana negara-negara tersebut dianggap sebagai sekumpulan negara yang boleh berkerjasama dan mampu berganding bahu membentuk satu mekanisme kerjasama dalam aspek pembangunan ekonomi dan perdagangan.

OIC dengan saiz anggotanya yang begitu besar (57 buah negara), ditambah pula dengan perbezaan pandangan dan sikap politik masing-masing sukar menjadi satu kumpulan kerja yang efektif. Justeru, penubuhan D-8 diharap dapat menjadi pemangkin kepada kewujudan sekumpulan negara Islam yang dapat bekerjasama dan bersepakat dalam memakmur serta memperkasakan kedudukan ekonomi ummah.

Harapan besarnya ialah supaya kekuatan ummah Islam dapat dibina menerusi kejayaan dan keupayaan ekonominya. Persoalannya sekarang, setelah sebelas tahun D-8 diwujudkan, apakah pertubuhan ini sudah mencapai apa yang diharapkan?

Inilah isu dan persoalan besar yang perlu ditangani oleh para pemimpin D-8 dalam sidang kemuncak mereka yang keenam di Kuala Lumpur dan selepas berakhirnya sidang tersebut. Secara jujur, D-8 harus mengakui bahawa mereka belum lagi mencapai suatu pencapaian yang benar-benar memberangsangkan setakat ini.

Namun ini tidak bererti bahawa D-8 harus dilihat sebagai 'Disaster-8', iaitu suatu momokan yang pernah diterimanya pada tahap awal penubuhannya. Tempoh satu dekad adalah terlalu pendek bagi sesebuah pertubuhan antarabangsa yang baru untuk mencapai tahap kecekapan dan keberkesanan.

Oleh itu, D-8 harus mempunyai hala tuju yang jelas tentang arah haluan yang ingin dilaluinya selepas ini. Kejayaan menghasilkan roadmap atau 'peta laluan 10 tahun' untuk D-8 dalam sidang di Kuala Lumpur ini bagi meningkatkan kerjasama ekonomi di kalangan negara anggotanya adalah sesuatu yang penting untuk masa depannya.

Kini dengan mandat yang diberikan, Malaysia sekali lagi berpeluang memimpin sebuah pertubuhan kerjasama ekonomi antarabangsa, yang walaupun kecil tetapi mewakili kekuatan ummah sekitar 950 juta orang.

Ertinya, jika D-8 berjaya diperkasakan dari segi ekonominya, maka majoriti umat Islam juga akan berjaya diangkat martabatnya di mata dunia keseluruhannya. Justeru, D-8 sebenarnya adalah satu pertubuhan yang penting dalam konteks kekuatan ummah.

Umat Islam yang berjaya dari segi ekonominya, pasti mampu melakar dan mencorak arah aliran ekonomi-politik global, seperti mana berkesannya negara-negara maju yang menganggotai Kumpulan Lapan (G8), yang mencorakkan arah aliran politik-ekonomi dunia sejak sekian lama.

Pada tahap awal penubuhan D-8, sebahagian daripada anggotanya sedang bergelut dengan krisis mata wang Asia yang tercetus hanya beberapa bulan selepas ia terbentuk.

Hari ini setelah lebih sedekad usia D-8, seluruh dunia berdepan pula dengan krisis harga minyak yang melambung tinggi sehingga memukul teruk dan meninggalkan kesan mendalam ke atas perkembangan ekonomi global untuk satu jangka waktu yang tidak dapat dipastikan.

Oleh yang demikian, walaupun terdapat kalangan negara anggota D-8 seperti Iran yang lebih cenderung dengan pendirian supaya isu harga minyak ini ditangani di peringkat Pertubuhan Negara- Negara Pengeluar Minyak (OPEC) dan bukannya D-8.

Tetapi isu ini tidak wajar dibiarkan tanpa perhatian penting D-8. Ini kerana isu harga minyak adalah isu global yang mampu menggugat kestabilan politik dan ekonomi dunia keseluruhannya. Betapa pula Iran, Nigeria dan Indonesia yang menjadi rakan kongsi D-8 adalah antara negara anggota OPEC yang penting.

MiskinHakikat betapa OPEC gagal mengawal peningkatan harga minyak yang dikeluarkan olehnya adalah sesuatu yang mengecewakan seluruh dunia, khususnya negara-negara miskin yang menjadi pengimport bahan itu.

Dalam konteks ini, usaha Malaysia supaya deklarasi penutup Sidang D-8 turut menyentuh isu mencari pendekatan praktikal bagi menangani peningkatan harga minyak global adalah satu langkah penting.

Malaysia yang amat menyedari bahawa harga minyak dunia kini jauh mengatasi harga sebenar berdasarkan kos pengeluarannya, mahu kegiatan pasaran hadapan dan spekulator minyak dikawal. Mereka inilah yang mengaut keuntungan besar dengan peningkatan harga minyak di tengah-tengah kesengsaraan rakyat di negara miskin yang terpaksa bertarung dengan peningkatan kos hidup yang tiba-tiba meningkat berkali ganda.

Mereka memanipulasi sentimen pasaran dengan isu-isu yang bersifat spekulatif seperti serangan ke atas Iran, kelembapan dolar Amerika Syarikat dan penguncupan ekonominya termasuk peningkatan keperluan minyak yang semakin besar oleh China dan India bagi menampung perkembangan ekonomi mereka. Lantas mereka melonjakkan harga minyak ke tahap yang boleh membawa malapetaka ekonomi dan sosio-politik kepada dunia keseluruhannya.

Harga minyak dijangka boleh mencecah sehingga AS$200 setong menjelang akhir tahun ini. Dunia sedang bersiap sedia menghadapi satu malapetaka ekonomi yang boleh membawa kepada satu ancaman sosial dan politik yang di luar jangkaan.

Semasa sebahagian negara Asia terpukul teruk dengan krisis mata wang sekitar 1997-1998 dahulu, kegiatan spekulator mata wang juga yang dikaitkan sebagai punca terpenting krisis tersebut. Kali ini minyak pula yang menjadi tumpuan spekulatif mereka.

Justeru, sesuatu mesti dilakukan ke atas perkara ini, walaupun ia mungkin mendapat tentangan sesetengah negara lain kerana ketaksuban mereka kepada ekonomi pasaran bebas. D-8 seharusnya bertindak lebih agresif dan efektif dalam memperjuangkan soal ini demi kesejahteraan ummah dan manfaat dunia umumnya.

Perkara ini satu tugas penting Malaysia sebagai pengerusi D-8 untuk tempoh dua tahun dari sekarang.

Iran sekurang-kurangnya telah berjaya mencuri perhatian D-8 dengan menekankan betapa kewajaran dan kebijaksanaan dasarnya mengenai tenaga dengan memajukan sumber nuklear sebagai sumber tenaga alternatif. Malahan Iran menekankan supaya isu nuklear untuk tenaga ini di masukkan dalam Deklarasi Kuala Lumpur.

Walaupun masih mewah dengan simpanan minyak mentahnya, Iran nyata tidak mahu bergantung kepada minyak selama-lamanya kerana menyedari bekalannya mungkin kering satu hari nanti. Justeru, memajukan sumber tenaga nuklear yang jauh lebih murah menjadi satu dasar nasional yang dipertahankannya.

Soalnya apakah D-8 bersedia untuk satu hari nanti menjadikan pendekatan Iran ini sebagai pendekatan bersama kumpulan itu? Hanya masa yang akan menentukannya, walaupun ternyata ini bukanlah sesuatu yang begitu mudah untuk dipersetujui dan dilaksanakan.

Langkah D-8 untuk menyentuh isu bekalan makanan dunia yang kini menjadi satu agenda 'keselamatan bukan tra- disional' (non-traditional security issues) juga merupakan sesuatu yang sangat penting. Dengan bilangan keseluruhan penduduk yang hampir mencecah satu bilion, isu bekalan makanan tidak boleh dipandang ringan oleh negara anggota D-8.

Peningkatan luar biasa harga minyak dan perubahan iklim dunia menjadikan bekalan makanan suatu isu penting manusia sejagat. Dunia telah menyaksikan betapa harga bijirin seperti beras dan gandum meningkat berkali ganda seperti mana meningkatnya harga minyak sejak kebelakangan ini.

MakananDunia perlu menambah stok atau bekalan makanannya segera jika tidak mahu menyaksikan berlaku fenomena kebuluran global. Pandangan Bangladesh supaya D-8 menubuhkan bank makanan bagi memastikan bekalan makanan mencukupi adalah suatu pandangan yang sangat tepat pada masa dan keadaan. Hanya mekanisme penubuhannya sahaja yang perlu diperhalusi dan diperincikan.

D-8 harus memikirkan program-program berkesan bagaimana mereka dapat menyumbang kepada penambahan makanan di kalangan negara anggota kerana saiz penduduknya yang besar. Ini adalah satu aspek bidang kerjasama ekonomi yang memerlukan penelitian rapi mereka.

Peta laluan D-8 untuk tempoh sepuluh tahun turut menggariskan keupayaan meningkatkan perdagangan sesama anggotanya yang pada masa ini berlegar sekitar daripada lima peratus kepada 15 hingga 20 peratus menjelang 2018. Peningkatan perdagangan antara negara anggota D-8 penting dalam usaha meningkatkan saling bergantungan antara negara-negara D-8 sekali gus dapat memperteguhkan ikatan kerjasama mereka.

Hubungan dagang dan ekonomi yang semakin mantap di kalangan anggota D-8 akan dapat menyerlahkan lagi nilai kerjasama kumpulan itu sekali gus menjayakan objektif penubuhannya yang asal. Selain itu kerjasama dalam menjayakan program secara usahasama di kalangan negara anggota juga dapat mengeratkan dan memperteguhkan kerjasama dalam D-8.

Bagi menjayakan tujuan tersebut, Malaysia harus menggunakan kelebihan dan pengalamannya dalam pembangunan modal insan untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang pendidikan dan latihan teknikal khususnya di peringkat pengajian tinggi di kalangan negara D-8.

Malaysia mempunyai banyak kelebihan dalam soal ini dan harus memanfaat sepenuhnya peluang memimpin D-8 dalam mewujudkan lebih banyak projek kerjasama pendidikan dan latihan teknikal dalam kumpulan itu. Kerjasama di antara universiti-universiti dalam D-8 belum lagi diterokai secara meluas. Malah sehingga kini kerjasama secara khusus di bawah payung D-8 dalam bidang ini belum lagi wujud. Maka 'peta laluan' Kuala Lumpur harus menunjuk jalan ke arah ini.

Kerjasama dalam aspek ini sebenarnya menguntungkan semua pihak dan tidak harus dipandang sebagai memihak kepada mana-mana negara semata-mata. Pengwujudan dana dan biasiswa bagi pembangunan modal insan di bawah program D-8 pasti amat dialu-alukan oleh semua Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia. Justeru, D-8 harus menangani isu-isu ini dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya seperti isu visa dan permit bagi melancarkan kerjasama dibidang ini.

Berdasarkan peta laluan dan deklarasi Kuala Lumpur 2008, D-8 yang kini dipimpin oleh Malaysia harus menggerakkan sekretariatnya secara lebih berkesan. Wisma Putra harus mengorak langkah lebih proaktif dan dinamik memastikan roadmap dan Deklarasi Kuala Lumpur yang dikeluarkan di akhir Sidang D-8 kali ini tidak terbiar tanpa perhatian. Di sinilah letaknya kepemimpinan dinamik Malaysia dalam menerajui pertubuhan ini.

Malaysia harus memanfaatkan sepenuhnya peluang ini dalam meletakkan profil antarabangsanya seperti yang pernah dilakukannya sebelum ini. Dunia membangun amat mengharapkan daya pimpinan Malaysia bagi menghadapi cabaran-cabaran global yang semakin mendesak.

Wednesday, July 9, 2008

G8 fokus usaha atasi inflasi global

TOYAKO, Jepun 8 Julai - Para pemimpin negara industri terkaya dunia bertemu hari ini dalam usaha mencari penyelesaian bagi menangani masalah kenaikan harga minyak dan makanan serta memastikan jaminan bekalan makanan dunia.

Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan (G8) yang masuk hari kedua akan memberi tumpuan kepada krisis yang menyebabkan inflasi, kekacauan berhubung kekurangan makanan dan ancaman kepada perkembangan ekonomi global.

"Pemimpin-pemimpin dijadual membincangkan keadaan ekonomi dunia dan memfokuskan kepada langkah mengatasi inflasi serta peningkatan harga komoditi penting," kata seorang pegawai Kementerian Luar Jepun.

Sehari selepas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon menyertai pemimpin Afrika mendesak G8 menunaikan janji untuk memberi bantuan kepada benua itu, kumpulan negara kaya ini akan menumpukan perbincangan kepada usaha menentang inflasi global dan menstabilkan pasaran kewangan.

Persetujuan untuk bersama dalam usaha menghentikan kenaikan harga minyak mentah menjadi tajuk utama persidangan yang berlangsung di sebuah hotel mewah di tepi tasik di bandar Toyako, Hokkaido ini.

Harga minyak meningkat lima kali ganda dalam tempoh lima tahun lalu dan dua kali ganda sejak tahun lalu.

Harga minyak mentah setakat semalam bernilai AS$141.37 (RM459.74) setong.

Pemimpin G8 juga dijangka membincangkan Pusingan Doha yang masih tertunggak dan peranan spekulasi dalam pasaran minyak dunia tetapi mereka masih belum mencapai kata sepakat.

Tujuh pemimpin Afrika turut menyertai pemimpin G8 semalam dan mendesak masalah kenaikan harga minyak dan barang makanan diatasi kerana ia menyukarkan lagi hidup benua yang sedia dalam kesusahan.

- AFP

498,800 isi rumah berpendapatan kurang RM1,000 sebulan

KUALA LUMPUR: Sebanyak 498,800 atau 8.6 peratus daripada 5.8 juta isi rumah di negara ini memperoleh pendapatan di bawah RM1,000 sebulan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Amirsham A Aziz.

Beliau berkata, perangkaan terkini itu berdasarkan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah atau Kemudahan Asas yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia tahun lalu.

“Penyiasatan ini meliputi kawasan bandar dan luar bandar dengan jumlah isi rumah Malaysia pada 2007 dianggar 5.8 juta,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Micheal Jeyakumar Devaraj (PKR-Sungai Siput) berhubung pendapatan isi rumah di negara ini.

Amirsham berkata, bagi kategori isi rumah berpendapatan RM1,000 hingga RM2,000 sebulan, terdapat 1,705,200 atau 29.4 peratus, RM2,001 hingga RM3,000 (1,148,400 atau 19.8 peratus) dan RM3,001 hingga RM4,000 (748,200 atau 12.9 peratus).

Katanya, sebanyak 731,000 atau 8.6 peratus isi rumah berpendapatan RM4,001 hingga RM5,000 sebulan, RM5,001 hingga RM10,000 (916,400 atau 15.8 peratus), dan RM10,001 ke atas (284,200 atau 4.9 peratus).

Menjawab soalan Jeyakumar mengenai mengurangkan jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin, Amirsham berkata perkara itu adalah sasaran kerajaan termasuk untuk mengurangkan jurang kemiskinan antara kaum.

“Ini adalah sasaran kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan kita akan menjayakannya,” katanya.

Beliau berkata, antara dasar RMK-9 ialah untuk menaikkan lagi pendapatan penduduk di negara ini dan menambah peluang pekerjaan bagi kaum yang tercicir. - Bernama

Menangani cabaran bersama


Abdullah Ahmad Badawi menyampaikan ucapan ketika membuka Sidang Kemuncak Keenam Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D-8), semalam.

--------------------------------------------------------------------------------



SAYA amat gembira dan mengalu-alukan kehadiran pemimpin-pemimpin yang dihormati ke Kuala Lumpur untuk pertemuan D-8 ini. Kehadiran tuan-tuan menunjukkan komitmen anda untuk terus memperkukuhkan kerjasama di antara kita melalui inisiatif yang kita namakan Developing Eight (D-8).

Kita kini bertemu ketika ekonomi dunia berdepan dengan ancaman serius terhadap kestabilannya kesan daripada pelbagai cabaran yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Harga minyak mentah telah meningkat secara drastik ke satu tahap yang tidak pernah diduga oleh perancang ekonomi dan strategik. Harga makanan juga telah meningkat melepasi keupayaan kuasa membayar biasa golongan miskin, yang merupakan majoriti penduduk dunia.

Dan masalah ini telah muncul ketika ekonomi dunia secara umum dan meluas berpotensi mengharungi kemelesetan ekonomi global.

Rakyat kita di kalangan negara kumpulan D-8 akan menjadi antara mereka yang paling merasai keperitan akibat kelembapan ekonomi antarabangsa semasa.

Kita perlu memperkukuh keadaan kita, mengenal pasti polisi yang betul dan mengambil langkah tepat dalam mengurangkan penderitaan rakyat kita, terutamanya mereka yang dalam kategori berpendapatan rendah.

Tanpa diragukan, setiap daripada kita akan melakukan yang terbaik setakat yang termampu bagi negara masing-masing. Tetapi usaha bersendirian hanya akan memberi kesan yang sedikit ke arah memperbaiki situasi ekonomi semasa antarabangsa secara keseluruhannya.

Situasi masalah dunia seperti yang saya tekankan secara jelas memerlukan penyelesaian bersifat global. Untuk itu, pada pertemuan ini, kita perlu mencapai konsensus kepada permasalahan dan bersetuju untuk menghantar mesej secara bersepadu kepada dunia bagi menyatakan pandangan kita berhubung masalah tersebut yang kini membelenggu komuniti antarabangsa.

Pada pandangan saya, cabaran paling utama yang perlu kita hadapi ialah kekurangan bekalan makanan dunia, yang menyebabkan peningkatan mendadak harga makanan. Dianggarkan harga makanan global telah meningkat sehingga 75 peratus sejak 2000. Peningkatan harga makanan itu secara jelas menambah beban kepada perbelanjaan keluarga, terutamanya di kalangan keluarga miskin di negara membangun.

Saya percaya keutamaan yang diberikan oleh banyak negara pada masa lalu kepada ekonomi berasaskan perindustrian telah menyebabkan sektor pertanian diabaikan. Pelaburan yang rendah terhadap sektor ini telah menyebabkan perkembangan dan modenisasi pertanian secara umumnya tidak mencukupi, mendorong kepada kekurangan bekalan makanan dan krisis makanan yang dihadapi ketika ini.

Di Malaysia, kami telah memberi penekanan kepada pembangunan sektor pertanian dalam pelan pembangunan kebangsaan dan kami akan meneruskannya dalam tahun-tahun mendatang.

Saya berpendapat, pertemuan kali ini seharusnya memberikan mesej yang sangat jelas kepada keperluan meningkatkan pengeluaran makanan dunia. Ini terutamanya diperlukan dalam kesukaran yang disebabkan oleh perubahan cuaca dan bencana alam. Bahaya krisis makanan turut mencetuskan ketidakstabilan politik di kebanyakan negara.

Ancaman Peningkatan harga minyak juga merupakan cabaran yang sama penting. Selain meningkatkan kos makanan, harga minyak mentah yang tinggi juga menjadi ancaman kritikal kepada kestabilan ekonomi dunia. Terdapat ramalan bahawa harga minyak boleh meningkat sehingga AS$170 setong menjelang hujung tahun ini, dan boleh meningkat sehingga AS$200 setong pada tahun hadapan.

Kami percaya bahawa negara pengeluar minyak utama mempunyai peranan yang sangat penting dalam mengenal pasti perkaitan masalah bekalan minyak dengan harga minyak. Dengan itu, kami mengalu-alukan pertemuan terkini mereka di Jeddah untuk mengenal pasti masalah ini serta masalah-masalah berkaitan yang lain.

Arab Saudi telah mengetuai ikrar untuk meningkatkan pengeluaran minyak mentah. Kami berharap negara-negara utama pengeluar minyak yang lain turut mencontohi langkah yang sama. Penyelesaian jangka masa panjang perlu dicari dalam menstabilkan harga minyak. Sebagai contoh, komuniti antarabangsa boleh menentukan bagaimana pasaran hadapan patut diurus dalam membantu menstabilkan harganya.

Konsensus kepada kaedah bersesuaian juga diperlukan dalam penghasilan atau pengeluaran sumber tenaga alternatif. Pembukaan tanah pertanian secara meluas dalam memenuhi penghasilan minyak bio perlu dihentikan kerana tindakan itu akan menambah kekurangan makanan global dan makin meningkatkan harga makanan. Kita seharusnya tidak membenarkan usaha memperkukuhkan keselamatan tenaga bertembung secara langsung dengan kehendak asas bagi pengeluaran makanan.

Krisis semasa dalam bekalan makanan dan peningkatan harga minyak telah memaksa kerajaan mengurangkan perbelanjaan atau mengkaji semula peruntukan untuk pembangunan dalam memenuhi keperluan segera rakyat. Kita perlu berkongsi idea mengenai bagaimana untuk meringankan impak negatif daripada tindakan jangka pendek ini terhadap keperluan mengekalkan perkembangan dan pembangunan dalam jangka masa panjang.

Langkah-langkahUntuk itu kita perlu mengenal pasti langkah-langkah jelas yang perlu diambil tindakan sekarang dalam menjamin kestabilan ekonomi dan rakyat kita pada masa depan. Mengekalkan kestabilan dan perkembangan berterusan ekonomi boleh menjadi sumbangan kita dalam melawan ancaman kemelesetan yang melanda ekonomi global.

Kumpulan kita, D-8 kini berada pada persimpangan. Satu dekad telah berlalu sejak kita muncul bersama dengan objektif utama menguatkan ekonomi dan perhubungan perdagangan. Pencapaian kita sebagai sebuah kumpulan adalah sederhana, dan kita perlu menerimanya. Kita perlu secara serius mengambil perhatian daripada apa yang kita capai dan apa yang seharusnya mampu kita capai.

Ini akan membolehkan kita untuk menentukan cara terbaik untuk menambah nilai kepada apa yang telah kita kecapi sehingga kini. Adalah bersesuaian untuk kita menerima pakai, pada Sidang Kemuncak Keenam ini, satu Pelan Tindakan Baru untuk dekad kerjasama yang akan datang.

Malaysia memilih untuk menjadi tuan rumah persidangan ini di bawah tema 'Mendepani Cabaran Global Menerusi Kerjasama Inovatif.' Kita juga perlu menjadi inovatif dalam mengenal pasti kumpulan aktiviti, program dan projek yang sesuai. Saya percaya satu perkara penting untuk dilakukan ialah mengambil usaha bersepadu bagi meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam aktiviti, program dan projek kita. Mereka adalah enjin pertumbuhan sebenar kepada perkembangan dan pembangunan dalam ekonomi kita. Saya suka untuk menambah bahawa kita juga perlu melibatkan masyarakat madani mengikut kesesuaian.

Kita perlu memilih inisiatif yang berorientasikan hasil. Dalam konteks kesedaran semasa, D-8 mungkin mahu memberikan keutamaan kepada projek dalam bidang tenaga yang boleh diperbaharui dan meningkatkan pembangunan industri halal. Saya percaya Forum Perniagaan D-8 yang telah membincangkan isu ini sebelum ini, dapat segera tampil dengan kerjasama yang kukuh dan boleh dilaksanakan.

Malaysia telah diberi kepercayaan untuk mempengerusikan D-8 selepas Indonesia. Kami telah bersedia untuk menjalankan tugas kami dalam meningkatkan jalinan kerjasama di antara dan di kalangan ahli negara kumpulan. Dengan kerjasama, sokongan dan komitmen penuh daripada setiap negara anggota, kita boleh mencapai sasaran.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghormatan dan penghargaan kepada Presiden Indonesia, Dr. Susilo Bambang Yudhoyono di atas dedikasi dan usaha sepanjang menjadi Pengerusi D-8 selama dua tahun lalu. Terlalu banyak yang dilakukan beliau dalam memastikan D-8 terus relevan.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha Agung, Dr. Dipo Alam dan kakitangannya atas kerja keras dan sumbangan mereka dalam memastikan kejayaan berterusan D-8.

Tabung makanan ditubuh Deklarasi Kuala Lumpur garis strategi tangani krisis peringkat global



BERSATU... Para pemimpin D-8 bergambar beramai-ramai sebelum majlis perasmian Sidang Kemuncak Keenam kumpulan itu di Kuala Lumpur, semalam. Dari kiri, Setiausaha Tetap Nigeria, R. N. Okenwa; Menteri Luar Turki, Ali Babacan; Perdana Menteri Pakistan, Makhdoom Syed Yousuf Raza Gillani; Presiden Indonesia, Dr. Susilo Bambang Yudhoyono; Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi; Presiden Iran, Dr. Mahmoud Ahmadinejad; Ketua Penasihat kerajaan Bangladesh, Dr. Fakhruddin Ahmed; Menteri Kerjasama Antarabangsa Mesir, Fayza Mohamed Aboul Naga; dan Setiausaha Agung D-8, Dipo Alam.

--------------------------------------------------------------------------------



KUALA LUMPUR 8 Julai – Sidang Kemuncak Keenam Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D-8) yang berakhir hari ini sepakat menerima Deklarasi Kuala Lumpur, yang antara lain menggariskan strategi khusus untuk menangani krisis makanan global termasuk menubuhkan Tabung Makanan D-8.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Pengerusi D-8 memberitahu, kumpulan tersebut memperakui betapa serius ancaman harga makanan yang melambung dan kekurangan bekalannya kepada kestabilan sosioekonomi negara-negara membangun.

Perdana Menteri berkata, D-8 bersetuju untuk mengatasi masalah itu melalui usaha sama dan penglibatan sektor swasta di bawah pelan tindakan yang telah dipersetujui untuk dekad akan datang (2008-2018).

“Pada sidang ini, kami mengadakan perbincangan menarik mengenai projek-projek praktikal yang akan dilaksanakan oleh negara anggota, antaranya dalam pengeluaran baja dan makanan ternakan.

“Kami juga merancang menubuhkan bank benih untuk mengatasi kekangan bekalan yang dihadapi bidang pertanian bagi melipatgandakan pengeluaran makanan dalam jangka masa pendek, sederhana dan panjang,” kata Abdullah pada sidang akhbar bersama ketua-ketua delegasi D-8 selepas menutup sidang kemuncak itu di sini.

Hadir sama ialah Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad dan Perdana Menteri Pakistan, Makhdoom Syed Yousuf Raza Gillani.

Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono yang sudah berlepas ke Jepun bagi menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Maju (G8), diwakili Menteri Luarnya, Dr. Hassan Wirajuda.

Turut hadir ialah Ketua Penasihat kerajaan Bangladesh, Dr. Fakhruddin Ahmed; Menteri Luar Turki, Ali Babacan; Menteri Kerjasama Antarabangsa Mesir, Fayza Mohamed Aboul Naga dan Setiausaha Tetap Nigeria, R. N. Okenwa.

Deklarasi 25 perenggan D-8 itu turut menyentuh komitmen D-8 untuk secara bersama meningkatkan kerjasama dalam pembinaan kapasiti, pemindahan teknologi dan penerokaan sumber tenaga baru termasuk penggunaan tenaga nuklear untuk tujuan keamanan.

Ia turut menyentuh gesaan untuk mengesahkan Perjanjian Perdagangan Keutamaan (PTA) oleh negara anggota D-8 secepat mungkin serta penubuhan pangkalan data tenaga selain cadangan penubuhan kumpulan kerja mengenai perlombongan dan logam.

Malaysia, selaku Pengerusi baru D-8 selepas Indonesia, akan memacu arah kumpulan itu untuk tempoh dua tahun akan datang.

D-8 yang ditubuhkan pada 1997 dianggotai Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Malaysia, Nigeria, Pakistan dan Turki.

Sidang Kemuncak D-8 hari ini juga meluluskan kemudahan syarat visa untuk mempermudahkan urusan ahli perniagaan D-8 dalam usaha meningkatkan nilai dagangan antara negara anggota.

Semasa Sidang Kemuncak Kelima D-8 di Bali, Indonesia dua tahun lalu, nilai dagangan kumpulan itu dilaporkan sebanyak AS$750 bilion dengan AS$34 bilion daripadanya adalah perdagangan kalangan negara anggota.

Mengikut statistik terbaru, nilai dagangan D-8 kini mencecah AS$1.15 trilion dengan AS$60.5 bilion daripadanya merupakan perdagangan antara negara anggota.

Monday, July 7, 2008

D-8 PTA asas FTA Islam sejagat

Oleh Abdul Rahim Anuar

Momentum pembangunan di bawah separuh penggal kedua Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) tergendala sementara apabila berlaku krisis politik di peringkat tertinggi pada masa ini. Krisis itu berlaku secara kebetulan selepas pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di Parlimen dan juga ketika negara sedang menganjur Sidang Kemuncak Keenam Lapan Negara Membangun (D-8).

Pengumuman pencapaian projek pembangunan di bawah Kajian Separuh Penggal RMK-9 itu ditenggelami dengan isu politik yang merunsingkan rakyat tentang masa depan negara kerana ia membabitkan kredibiliti dan integriti institusi kerajaan. Begitu juga personaliti politik yang terbabit.

Imej Malaysia yang selama ini menjadi model pembangunan ekonomi dan politik untuk dicontohi oleh negara membangun Islam lain boleh tercemar dengan kemelut politik semasa. Krisis politik itu juga mendapat perhatian masyarakat antarabangsa dan campur tangan politik daripada polis dunia, Amerika Syarikat (AS). Kerajaan membantah keras campur tangan kerajaan AS dalam hal ehwal negara.

Krisis politik negara diharapkan dapat diselesai dengan adil dan segera. Imej negara dipulihkan. Begitu juga keyakinan rakyat ke atas integriti institusi kerajaan. Semua ingin keadilan. Rakyat mahu keamanan. Pelabur mengharap kestabilan ekonomi.

Kerajaan pula ingin menumpu dan meneruskan agenda pembangunannya untuk kebajikan rakyat. Semua tidak mahu keperitan hidup. Ia menyusah dan membebankan, lebih-lebih di tengah-tengah tekanan inflasi yang hebat dalam negara dan keadaan geo-politik global yang tidak menentu pada masa depan.

Krisis ekonomi global juga sebahagiannya berpunca daripada campur tangan politik AS dalam negara pengeluar minyak di Asia Barat yang mengakibatkan harga minyak mentah dunia meningkat lebih AS$130 setong.

Situasi ekonomi politik yang stabil membolehkan kerajaan menjana aktiviti ekonomi baru, seperti pelaksanaan wilayah pembangunan koridor dan projek pembangunan berimpak tinggi dalam tempoh kedua RMK-9.

Aktiviti itu mewujudkan peluang pekerjaan. Mereka yang bekerja memperoleh upah dan gaji. Pendapatan itu dibelanja untuk maksud penggunaan, tabungan dan pelaburan. Kesan rantaian aktivitinya menjana lagi pendapatan kepada pelaku ekonomi. Masing-masing mendapat bahagiannya tanpa sikap prejudis apabila kekayaan negara diagihkan dengan adil dan saksama.

Kerajaan pula mendapat hasil melalui cukai yang dikenakan ke atas aktiviti pelaku ekonomi. Hasil kerajaan itu diguna semula untuk membiayai projek pembangunan untuk kepentingan pelaku ekonomi. Dasar kerajaan itu merapatkan jurang agihan pendapatan dan kekayaan rakyat. Semua berpuas hati. Itulah economics of life.

Pelaku ekonomi dalam negara juga mendapat faedah apabila kerajaan mengambil inisiatif menjalinkan hubungan antarabangsa. Ini dilakukan menerusi perjanjian perdagangan dan pelaburan antarabangsa sama ada dalam bentuk dua hala atau pelbagai hala.

Baru-baru ini kerajaan meningkatkan kerjasama ekonomi dengan Bosnia-Herzegovina yang majoriti penduduknya ialah Islam. Ahli perniagaan tempatan khususnya dalam industri makanan halal boleh mengambil kesempatan daripada peluang yang diwujudkan melalui kerjasama ekonomi itu.

KerjasamaPada hari ini pula Sidang Kemuncak Keenam Lapan Negara Membangun (D-8), dilangsungkan di Kuala Lumpur. D-8 terdiri daripada negara Islam dan dianggotai oleh Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Malaysia, Nigeria, Pakistan dan Turki.

Idea kerjasama antara negara Islam yang terpilih dari Asia Tenggara hingga Afrika dikemukakan oleh Perdana Menteri Turki Dr. Necmettin Erbakan di Persidangan 'Kerjasama dalam Pembangunan' di Istanbul pada 1996. Persidangan itu membuka laluan kepada pembentukan D-8 di Sidang Kemuncak Pertamanya di Istanbul pada 1997 dengan Deklarasi Istanbul.

Matlamat penubuhan D-8 adalah untuk meningkatkan kerjasama dalam bidang perdagangan, pelaburan, pembangunan luar bandar, pembangunan sumber manusia, sains dan teknologi, tenaga, pertanian dan kesihatan, bagi meningkatkan status ekonomi negara anggota.

Di kalangan negara D-8, enam daripada lapan negara iaitu Malaysia, Indonesia, Iran, Mesir, Nigeria dan Turki adalah negara pengeluar dan pengeskport minyak mentah dunia. Menurut data Pertubuhan Negara-Negara Pengeluar Minyak (OPEC) pada 2006, mereka menyumbang kira-kira 12 peratus daripada jumlah pengeluaran minyak mentah dunia.

Iran dan Nigeria adalah pengeluar utama dalam D-8 masing-masing dengan empat juta tong sehari (b/d) dan dua juta b/d. Malaysia dan Indonesia antara 700,000- 900,000 b/d, manakala Mesir dan Turki masing-masing mengeluar 533,000 b/d dan 42,000 b/d.

Kenaikan harga minyak dunia yang mencecah AS$140 b/d sudah pasti meningkatkan hasil eksport mereka. Hasil petrol itu boleh digunakan untuk membiayai projek pembangunan yang dikenal pasti oleh D-8 bagi meningkat kebajikan negara anggota. Ada di kalangan perwakilan D-8, mencadangkan supaya negara yang mendapat 'durian runtuh' susulan harga minyak yang melonjak naik, berkongsi keuntungan dengan negara anggota membangun lain yang terjejas akibat krisis tenaga semasa. Semangat ini bertepatan dengan matlamatnya.

Oleh itu pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Keutamaan D-8 (D-8 PTA) adalah wajar membantu negara Islam yang miskin menerusi ciptaan dagangan dan pelaburan sesama mereka. Dalam pada itu, merapatkan jurang agihan pendapatan dan kekayaan dalam kalangan negara Islam. Ia adalah jihad pembangunan di kalangan negara Islam.

D-8 PTA yang dimeterai dalam Sidang Kemuncak Kelima D-8 di Bali, Indonesia pada 2006 bertujuan memberikan konsesi tarif keutamaan ke atas barangan terpilih di kalangan negara anggota. Konsep PTA adalah asas kepada pembentukan kawasan perdagangan bebas (FTA). Tatacara pelaksanaan D-8 PTA adalah sama dengan konsep pembentukan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA). Tetapi, memfokus kepada FTA negara Islam terpilih pada permulaannya.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Malaysia pada Sidang Kemuncak Keenam ini akan membincangkan dengan lebih terperinci D-8 PTA khususnya mengenai Peraturan Negara Asal (RoO) dan Prosedur Persijilan Operasi (OCP) bagi RoO. Langkah memuktamadkan RoO dan OCP perlu bagi melaksanakan D-8 PTA dengan lebih efisien supaya dasar pengurangan tarif sesama negara anggota adalah mengikut jadual.

Pada skop yang lebih luas, sidang di Kuala Lumpur itu juga membincangkan pemeteraian Perjanjian Perdagangan Terpilih, Perjanjian Kastam dan Perjanjian Visa antara negara anggota, kesemuanya bermatlamat memperkukuhkan pertukaran dagangan di kalangan lapan negara anggota.

Perjanjian Perdagangan Terpilih merupakan jentera utama perdagangan sesama negara anggota manakala perjanjian kastam akan memudahkan pergerakan barangan manakala perjanjian visa membolehkan perjalanan yang lancar bagi masyarakat perniagaan di negara anggota. Ringkasnya, perbincangan di Sidang Kemuncak itu adalah untuk mengukuhkan sistem penyampaian D-8 PTA.

Oleh kerana negara D-8 adalah juga negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), D-8 PTA akan menjadi asas kepada negara Islam lain untuk menyertainya dan melebarkan sempadan FTA D-8 pada masa depan.

Gabungan penduduk D-8 yang hampir seramai 950 juta orang pada tahun 2007 mewujudkan pasaran yang sudah sedia ada kepada ahli perniagaan dalam negara anggota. Ini dapat mengurangkan pergantungan pasaran eksport negara Barat, khususnya di Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.

Kecuali Iran, negara D-8 lain banyak bergantung kepada pasaran AS. Eksport Nigeria ke AS adalah tertinggi, hampir 50 peratus daripada jumlah eksportnya. Ini diikuti dengan Mesir (32 peratus), Bangladesh (26 peratus), Pakistan (24 peratus), Malaysia (20 peratus), dan Indonesia (13 peratus).

Eksport Turki ke AS adalah yang terendah (empat peratus). Ini kerana sebahagian besar daripada eksport Turki adalah ke Kesatuan Eropah (EU), iaitu 35 peratus daripada eksportnya. Malah Turki bakal menjadi ahli EU pada masa depan.

Bagi Iran, AS telah mengenakan sekatan ekonomi ke atasnya. Bagaimanapun, pasaran eksportnya yang utama ialah Jepun (24 peratus), China (23 peratus) dan EU (20 peratus). Ini bererti Iran, masih dapat membangunkan ekonominya walaupun AS mengenakan sekatan ekonomi unilateral ke atasnya.

Sekatan ekonomi AS mempunyai implikasi dasar yang penting kepada negara Islam. Mempelbagai, mencari alternatif pasaran eksport dan membangunkan pasaran eksport baru adalah kritikal bagi mengelak pergantungan dengan Barat. Sebagai langkah pertama, D-8 PTA sudah menyedia alternatif pasaran baru apabila negara OIC lain menyertainya pada masa depan.

Dalam konteks Malaysia, adalah menjadi dasar kerajaan untuk meluaskan pasaran eksportnya menerusi carian pasaran baru dengan mewujudkan kawasan perdagangan yang berbentuk dua hala atau pelbagai hala. Contohnya, kerajaan komited dalam pembangunan D-8 PTA. Ini dibukti dengan data dagangannya.

Pada 2007, jumlah perdagangan Malaysia dengan negara D-8 adalah kira-kira RM55 bilion berbanding RM46 bilion dalam 2006. Eksport dan import meningkat masing-masing kepada RM31 bilion dan RM24 bilion. Perdagangan dengan negara anggota D-8 lain, memihak kepada Malaysia. Oleh itu, D-8 PTA adalah platform yang terbaik bagi kerajaan untuk meningkatkan hasil negara menerusi perolehan tukaran asing.

Meningkatkan perdagangan dan pelaburan sesama negara Islam adalah satu amanah bagi membantu negara Islam lain yang mundur. Pergantungan kepada negara Barat memberi implikasi yang tidak sihat, kerana negara pengeksport tidak bebas daripada pengaruh dasar luar negara Barat.

Oleh itu, OIC adalah platform terbaik untuk mengukuh dan meluaskan kawasan perdagangan bebasnya dan D-8 PTA adalah langkah pertama ke arah itu.