tag:blogger.com,1999:blog-79830796534160403182024-03-13T12:47:15.980-07:00Pengajian Am K1 900/1Selamat datang ke blog Pengajian Am. Semoga pencarian anda terhenti di sini. Tujuan dibangunkan adalah untuk berkongsi maklumat antara kalangan pengunjung, di samping menyediakan bahan-bahan berkaitan subjek Pengajian Am sama ada soalan-soalan latihan/peperiksaan, nota, modul, atau isu-isu yang boleh diketengahkan untuk manfaat bersama. Semoga anda berjaya dalam peperiksaan STPM..!!
AdminUnknownnoreply@blogger.comBlogger342125tag:blogger.com,1999:blog-7983079653416040318.post-24469326184464751492012-08-29T05:18:00.001-07:002012-08-29T05:18:34.526-07:00Rasuah: Peniaga dipenjara 6 tahun, denda RM1 juta
29 Ogos 2012
SHAH ALAM- Seorang peniaga dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM1 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah menawar dan memberi suapan RM100,000 kepada seorang pegawai polis, dua tahun lepas.
Hakim Asmadi Hussin membuat keputusan itu selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
Tertuduh, Wan Muhammad Azlan Wan Mahamod, 24, juga boleh dipenjara enam tahun lagi sekiranya dia gagal membayar denda.
Asmadi turut menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan denda RM500,000 atau dua tahun penjara ke atas bapa saudara tertuduh, Mohd Kamal Mohd Zin, 41, selepas dia didapati bersalah bersubahat dengan tertuduh memberi suapan kepada pegawai polis berkenaan.
Wan Muhammad Azlan didakwa menawarkan suapan itu kepada Inspektor V.Mohana Sundaram yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Subang Jaya, sebagai dorongan untuk tidak menyerahkan tertuduh kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan untuk siasatan lanjut berhubung pengakuannya sebagai pengedar dadah jenis pil kuda di Kelantan.
Wan Muhammad Azlan didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Subang Jaya, Balai Polis Bukit Puchong, kira-kira 7.30 malam pada 27 Sept 2010.
Dia juga didakwa memberi suapan RM100,000 kepada Mohana Sundaram melalui Mohd Kamal sebagai dorongan untuk melakukan perkara sama pada kira-kira 1.45 petang, 28 Sept 2010 di tempat sama.
Wan Muhammad Azlan dan Mohd Kamal didakwa mengikut Seksyen 17(b)Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.
Dalam penghakimannya, Asmadi berkata selepas membuat penilaian maksimum, beliau mendapati kedua-dua tertuduh gagal mematahkan tanggapan pertuduhan di bawah Akta SPRM itu.
"Jika betul dakwaan (pembelaan) bahawa saksi memasang perangkap, sudah pasti mereka tidak akan lapor kepada ketua masing-masing sebelum mengambil tindakan.
Jika saksi ada niat jahat, pasti mereka akan bertindak diam-diam dan tidak maklumkan pada ketua mereka.
"Tertuduh kedua (Mohd Kamal) bersubahat bantu tertuduh pertama (Wan Muhammad Azlan) dalam beri rasuah kepada saksi (Mohana Sundaram) dan dia (Mohd Kamal) turut mengira wang yang dibawa yang diberikan sebagai rasuah kepada saksi (Mohana Sundaram).
"Mahkamah dapati pendakwaan berjaya buktikan kes melampaui keraguan yang munasabah terhadap kedua-dua tertuduh," katanya.
Asmadi bagaimanapun membenarkan permohonan kedua-dua tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi tetapi menolak permohonan mereka untuk penangguhan pembayaran denda.
Beliau turut menaikkan jumlah jaminan ke atas Wan Muhammad Azlan daripada RM60,000 kepada RM80,000 dan Mohd Kamal dari RM30,000 kepada RM40,000 selain memerintahkan kedua-dua tertuduh melapor diri di pejabat SPRM Kota Baharu, Kelantan, pada Ahad pertama setiap bulan.
Sepanjang perbicaraan, seramai 11 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sementara pembelaan mengemukakan enam orang saksi.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM Mohd Zaki Mohd Salleh dan Pegawai Pendakwa Wan Ahmad Nidzam Wan Omar sementara Wan Muhammad Azlan diwakili peguam Ahmad Zaidi Zainal dan Mohd Kamal diwakili peguam Hanif Hassan. -BernamaUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7983079653416040318.post-19389281895347436752012-08-16T23:42:00.000-07:002012-08-16T23:42:53.835-07:00OIC ambil tiga ketetapan<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
<a href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg7vsahrENC89TWgNnfdGAqdlUbrXCTS56ucKDpFosfTwsxqdYKs5HLPL4PE41IxSsiaVEvVmXFYjibiY5s_tEzfts1kILzk_x3TncPQWX70GFdd8F945Lbpwr7DAq52YOQ8sYjDelJpmyB/s1600/najib+OIC.jpg" imageanchor="1" style="margin-left:1em; margin-right:1em"><img border="0" height="274" width="400" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg7vsahrENC89TWgNnfdGAqdlUbrXCTS56ucKDpFosfTwsxqdYKs5HLPL4PE41IxSsiaVEvVmXFYjibiY5s_tEzfts1kILzk_x3TncPQWX70GFdd8F945Lbpwr7DAq52YOQ8sYjDelJpmyB/s400/najib+OIC.jpg" /></a></div>
Najib Tun Razak mendengar ucapan daripada Setiausaha Agung Pertubuhan Persidangan Islam, Ekmeleddin Ihsanoglu pada sidang kemuncak luar biasa pertubuhan itu di Mekah, semalam. - BERNAMA
MEKAH 16 Ogos - Sidang Kemuncak Luar Biasa Ke-4 Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berakhir hari ini mengambil tiga ketetapan iaitu menggantung keanggotaan Syria, gesaan mengiktiraf Palestin sebagai negara berdaulat dan membela nasib umat Islam Rohingya.
Di samping ketetapan yang membayangkan kebimbangan terhadap masyarakat Islam di negara-negara berkenaan, sidang turut menyokong cadangan Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz Al Saud supaya diwujudkan Pusat Dialog Islam bagi membincangkan isu-isu berkaitan fahaman mazhab.
Malaysia yang turut serta dalam persidangan itu menyokong penuh ketetapan dan cadangan tersebut di samping menghargai bantuan kemanusiaan AS$50 juta oleh Raja Abdullah bagi membantu masyarakat Rohingya yang menjadi mangsa keganasan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia berharap pihak-pihak terlibat akan memberi sokongan untuk menjayakan ketetapan dan cadangan tersebut demi kepentingan Islam dan umat itu sendiri.
Lebih istimewa katanya, ketetapan dan cadangan itu dibuat sepanjang dua hari persidangan yang berlangsung di kota suci Mekah pada 26 dan 27 Ramadan, tarikh yang penuh fadilat bagi umat Islam sepanjang Ramadan ini.
''Pemilihan tarikh persidangan itu menimbulkan keinsafan dan kesedaran kepada pemimpin-pemimpin OIC betapa besarnya tanggungjawab dan amanah yang dipertanggungjawabkan terhadap mereka demi menjaga kesucian Islam dan kemajuan ummah," katanya pada sidang akhbar di sini pagi ini.
Sidang kemuncak itu berlangsung mulai 11 malam setiap hari iaitu sesudah selesai solat tarawih di Masjidilharam dan berakhir pada pukul 2 pagi diikuti dengan bersahur.
Sementara itu, Najib dalam ucapannya berkata, Malaysia menyokong penggantungan Syria daripada keanggotaan badan itu sambil menyifatkan keganasan di Syria amat menyedihkan, mengejutkan dan memalukan.
Perdana Menteri berkata, walaupun Malaysia berpegang kepada prinsip tidak campur tangan masalah dalaman sesebuah negara tetapi konflik berterusan yang boleh membawa kepada perang saudara yang lebih dahsyat memerlukan tindakan penyelesaian segera oleh Syria.
''Penggantungan itu diharap menjadi isyarat yang jelas kepada Syria supaya mengambil tindakan segera menghentikan pertumpahan darah dan memulakan usaha mencari keamanan," katanya.
Dalam konteks ini juga, Malaysia menggesa negara anggota terutama dalam kalangan negara Arab terus memainkan peranan konstruktif dengan semua pihak di Syria untuk mencari keamanan dan penyelesaian berkekalan untuk negara itu.
Perdana Menteri memberitahu, adalah amat sukar untuk membayangkan bagaimana selepas begitu ramai yang dibunuh dan rakyat mengalami penderitaan yang teramat sangat, pemimpinnya masih terus memegang kuasa tanpa rasa bersalah dan bertanggungjawab.
Syria, menurut Najib, perlu diperingatkan supaya menghentikan pengeboman ke atas rakyatnya terutama di kawasan awam yang turut memaksa penduduk tempatan meninggalkan negara sendiri dan menjadi pelarian di negara orang.
Beliau juga menegaskan bahawa Malaysia masih percaya Pelan Damai Enam Perkara yang digariskan oleh Utusan Bersama PBB-Liga Arab ke Syria, Kofi Annan sebagai pilihan terbaik untuk menyelesaikan konflik di negara itu.
Justeru, beliau berharap, OIC dapat meneruskan usaha tersebut kerana yakin pelan itu dapat memulihkan keselamatan dan kestabilan di negara itu.
Beliau juga mahu semua pihak terutama pemimpin Syria supaya memberi sokongan penuh terhadap usaha mencari keamanan dan pada masa yang sama menghormati resolusi Perhimpunan Agung PBB (UNGA) pada 3 Ogos lalu yang mahu penduduk Syria menentukan sendiri masa depan negara mereka melalui demokrasi.
Dalam pada itu, Najib tidak mahu tumpuan terhadap konflik di Syria menjejaskan agenda membela nasib rakyat Palestin yang menghadapi ketidakadilan yang teruk sejak enam dekad lalu akibat kedegilan berterusan Israel.
Perdana Menteri juga mengajak OIC supaya tidak melupakan isu masyarakat Islam Rohingya di Myanmar dan sebagai jiran terdekat, Malaysia amat memberi perhatian berat terhadap penyalahgunaan hak asasi manusia terhadap Muslim Rohingya.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7983079653416040318.post-59248015950319123942012-08-01T20:24:00.000-07:002012-08-01T20:24:03.425-07:00Jawatan mahkamah: Ketua Hakim Negara tegur JPA1 Ogos 2012
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria
PUTRAJAYA - Hakim-hakim Mahkamah Sesyen dan majistret kanan tidak boleh dilantik bagi mendengar saman sivil membabitkan tuntutan wang yang tinggi kerana Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) masih belum meluluskan jawatan seperti yang diharapkan badan kehakiman, kata Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.
Beliau berharap perkara itu akan diselesaikan secepat mungkin kerana ia adalah penting bagi membolehkan pentadbiran badan kehakiman melaksanakan pindaan
kepada Akta Mahkamah Rendah 1948 yang diluluskan Parlimen dua tahun lalu.
"Saya berharap (JPA) tidak akan mengambil masa yang lama," katanya kepada pemberita selepas majlis mengangkat sumpah atas pelantikan Datuk Abdul Karim
Abdul Jalil sebagai pesuruhjaya kehakiman.
Arifin, yang kelihatan tidak gembira, berkata Kabinet meluluskan pelantikan hakim-hakim mahkamah sesyen dan majistret kanan.
"Kami mahu hakim mahkamah sesyen dan majistret dengan pengalaman empat hingga lima tahun sebelum mereka boleh mendengar kes-kes sivil agar keputusan
dan penghakiman yang diberikan di mahkamah-mahkamah rendah adalah berkualiti," katanya.
Badan kehakiman menunggu respons JPA berhubung rayuannya bagi menaikkan gred bagi jawatan hakim-hakim mahkamah sesyen dan majistret-majistret kanan yang tidak diluluskan seperti apa yang diharapkan badan kehakiman.
Majistret dengan kuasa yang ada sekarang terhad untuk mendengar tuntutan sivil sehingga RM25,000, akan mempunyai bidang kuasa untuk mendengar tuntutan sehingga RM100,000 mengikut pindaan itu.
Sementara itu pindaan itu memberi kuasa kepada hakim-hakim mahkamah sesyen untuk mendengar tuntutan sivil sehingga RM1 juta. Pada masa ini bidang kuasa
mereka terhad kepada RM250,000 dan ke bawah.
Arifin berkata pegawai badan kehakiman yang berpengalaman boleh dilantik bagi menguatkuasa pindaan itu yang mana akan mengurangkan bilangan hakim-hakim
mahkamah tinggi untuk mendengar tuntutan sivil dan dengan itu membantu kerajaan mengurangkan perbelanjaan ke atas badan kehakiman.
Dalam perkembangan lain, Arifin berkata versi rasmi bagi peraturan gabungan bagi Mahkamah Tinggi dan Mahkamah-Mahkamah Rendah yang baharu dikuatkuasakan adalah versi Bahasa Malaysia dan jika wujud sebarang pertikaian berhubung tafsiran peraturan-peratuan itu, mahkamah akan merujuk kepada versi Bahasa Malaysia.
Beliau berkata ini merupakan kali pertama versi Bahasa Malaysia dijadikan teks yang berwibawa.
Peraturan-peraturan mahkamah bertujuan bagi memudah dan menyeragamkan prosedur mengenai litigasi sivil bagi peguam-peguam dan orang awam mula berkuatkuasa hari ini.
Arifin berkata ia mengambil masa tiga tahun bagi badan kehakiman, Jabatan Peguam Negara dan wakil-wakil peguam Malaya, Sabah dan Sarawak untuk merumuskan
peraturan-peraturan itu.
Sebelum itu, Abdul Karim, 53, bekas ketua pengarah Jabatan Insolvensi di Pejabat Perdana Menteri menerima surat pelantikan daripada Arifin dan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin.
Beliau akan ditempatkan sebagai pesuruhjaya kehakiman di Mahkamah Tinggi Melaka. - BernamUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7983079653416040318.post-80120549523518271372012-07-19T04:51:00.004-07:002012-07-19T04:51:22.865-07:00Lepasan STPM dan matrikulasi dengan CGPA 2.8 ke atas ada tempat di IPTAPASIR MAS: pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Matrikulasi yang mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 2.8 ke atas, kini mempunyai tempat untuk memasuki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2012/2013, dengan syarat tidak menolak bidang pengajian yang ditawarkan kepada mereka.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan pertama kali yang dibuat kementeriannya itu, akan membolehkan 1,894 pelajar lepasan STPM dan Matrikulasi yang memperoleh CGPA 2.8 ke atas yang sebelum ini tidak mendapat tempat, kini dijanjikan tempat untuk mereka. "Kita sedia memberi mereka tempat dalam IPTA dengan syarat mereka terima apa sahaja tawaran bidang pengajian yang kita beri, jangan memilih," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan wang pendahuluan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan majlis bersama rakyat menyambut bulan Ramadan Parlimen Rantau Panjang di Kolej Kemahiran Tinggi Mara di sini, hari ini. - BERNAMAUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7983079653416040318.post-49223631240994124632012-07-13T21:11:00.001-07:002012-07-13T21:11:52.258-07:00Menggubal Akta Keharmonian NasionalArkib utusan online 12 Julai 2012
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya maka dapat kita bersama-sama pada malam yang penuh bermakna ini. Saya gembira pada malam ini kerana akhirnya saya dapat menunaikan janji saya untuk meraikan warga Jabatan Peguam Negara melalui makan malam yang diadakan di atas usaha gigih mereka untuk memudah cara kerajaan dalam merealisasikan Pelan Transformasi Politik Negara yang merupakan sebahagian daripada Dasar Transformasi Nasional ke arah sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi.
Saya dimaklumkan ramai yang menerima jemputan untuk ke majlis pada malam ini terkejut kerana Tan Sri terkenal dengan sifat frugal tetapi mulai yakin dengan kesahihan jemputan apabila dimaklumkan bahawa Perdana Menteri yang akan membiayainya' "One of the invitees is reported to have remarked "that's more like it".
Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada Tan Sri Abdul Gani Patail, Peguam Negara Malaysia dan seluruh warga Jabatan Peguam Negara.
JABATAN PEGUAM NEGARA
Jabatan Peguam Negara merupakan antara Jabatan yang merupakan tonggak utama pentadbiran Negara Malaysia. Jabatan Peguam Negara berperanan bukan sahaja selaku Penasihat Undang-undang kepada kerajaan tetapi juga selaku Pendakwa raya serta Penggubal Undang-undang, Jabatan ini bertindak ibarat kompas yang memberi petunjuk bagi memastikan prinsip-prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang sentiasa dijunjung.
Dalam melaksanakan amanah yang sebesar ini, sememangnya segala tindak-tanduk tuan-tuan dan puan-puan akan sentiasa menjadi perhatian umum. Saya sedar pujian dan celaan yang datang silih berganti telah menjadi asam garam kehidupan setiap warga Jabatan Peguam Negara.
Namun, saya amat berbangga kerana warga Jabatan Peguam Negara tidak pernah leka dengan sanjungan dan pujian serta tidak pula melatah setiap kali diasak dengan tohmah dan fitnah. Saya percaya, semua cabaran berjaya ditempuh dengan berpaksikan kepada semangat profesionalisme yang tinggi dan keikhlasan tuan-tuan dan puan-puan untuk berkhidmat demi negara yang tercinta.
PROGRAM TRANSFORMASI
POLITIK: JANJI DITEPATI
Pada 15 September 2011 yang lalu, saya telah pun berjanji di hadapan rakyat Malaysia untuk mengubah landskap politik negara sejajar dengan kehendak dan aspirasi rakyat. Program Transformasi Politik ini merupakan pelengkap kepada Dasar Transformasi Nasional yang bukan sahaja mendukung impian Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju malah menjadi sebuah negara yang sentiasa menjunjung prinsip Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang.
Saya boleh melaporkan kepada rakyat Malaysia bahawa kerajaan telah menepati janji-janjinya. Undang-undang lapuk yang telah ditelan waktu dan tidak lagi relevan seperti Akta Buang Negeri dan Akta Kediaman Terhad telah dimansuhkan. Undang-undang Baru seperti Akta Perhimpunan Aman telah digubal dalam rangka mengukuhkan hak rakyat yang telah dijamin Perlembagaan iaitu untuk berhimpun secara aman.
Beberapa undang-undang sedia ada pula telah dipinda seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan yang menghapuskan keperluan memperbaharui lesen secara tahunan serta Akta Universiti dan Kolej Universiti yang menjamin hak perlembagaan mahasiswa dan mahasiswi untuk menganggotai mana-mana parti politik.
Kerajaan juga telah bertindak untuk membatalkan tiga Proklamasi Darurat pada 20 Disember 2011. Namun, usaha kerajaan tidak terhenti setakat itu sahaja. Sebagai sebuah kerajaan yang sentiasa merasai denyut nadi rakyat, kita telah membuat keputusan bagi memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang telah berkuat kuasa semenjak lebih lima puluh tahun lalu. Dalam rangka untuk mengimbangi keselamatan negara dan hak kebebasan rakyat dalam abad ke-21, kerajaan telah menggubal Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.
JURANG ANTARA TUDUHAN
POLITIK DAN HAKIKAT SEBENAR
Kita mengambil langkah memansuhkan ISA kerana ia merupakan langkah yang betul dan kena pada masanya. Adalah tidak adil dan tidak benar sama sekali tuduhan liar yang mendakwa kita sebagai kerajaan bertindak secara opresif dan zalim. Bukankah kerajaan ini yang mengambil langkah memansuhkan, meminda dan menggantikan undang-undang seperti yang saya senaraikan di atas. Bukankah tindakan kita melambangkan sikap progresif dan memerlukan keberanian moral serta iltizam politik yang bukan sedikit. Seperti kata pepatah Inggeris "We need morale courage and we walk the talk". Nyata terdapat jurang besar antara tuduhan bersifat politik dan hakikat sebenar.
Begitu juga tuduhan bahawa kerajaan menyalahgunakan ISA untuk menangkap musuh-musuh politiknya. Ini tidak benar sama sekali. ISA telah diguna bagi menangani anasir yang cuba menggunakan cara tidak berperlembagaan sama ada secara halus atau terbuka untuk membahayakan demokrasi itu sendiri. Tidak dapat dinafikan ISA telah memainkan peranannya di dalam era yang lalu untuk menyelamatkan kebebasan individu, sistem Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan serta kemakmuran negara daripada ancaman totalitarianisme.
Namun cabaran keselamatan yang dihadapi negara dan dunia hari ini adalah berbeza dengan cabaran yang dihadapi negara dan dunia masa lalu. Masa telah berubah rakyat Malaysia hari ini lebih matang, tahap pendidikannya lebih tinggi, akses kepada maklumatnya lebih meluas serta taraf sosio ekonominya lebih baik. Gabung jalin semua faktor ini telah membawa cabaran yang berbeza, oleh itu ia perlu ditangani dengan kaedah yang sesuai dengan era kini.
Dalam mana-mana negara demokratik di dunia peranan akhbar amat penting. Bagi memastikan idea yang terbaik dapat memanfaatkan rakyat kerajaan juga telah mengambil keputusan untuk mengkaji semula undang-undang berkaitan dengan kawal selia media dan penerbitan sepertimana yang diumumkan dalam ucapan saya di Majlis Malam Penyampaian Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2011. Sudah tiba masanya para wartawan dan pemilik media di Malaysia diberi kepercayaan yang sewajarnya untuk mengawal selia tata kelakuan dan etika kewartawanan masing-masing. Peranan ini akan dilaksanakan melalui sebuah badan bebas yang dianggotai oleh pengamal media. Kuasa kawalan kendiri ini juga termasuk untuk membuat kaedah-kaedah dan peraturan bagi mengawal selia tata kelakuan para wartawan dan pemilik media.
Untuk melengkapkan fasa pertama Program Transformasi Politik ini suka saya mengumumkan bahawa kerajaan telah pun mengambil keputusan untuk menguatkuasakan secara serta-merta semua akta baru dan pindaan terhadap akta-akta sedia ada yang berkaitan termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Akta Universiti dan Kolej Universiti.
Hakikatnya, kerancakan untuk melakar warna dalam kanvas politik Malaysia baru sahaja bermula. Banyak lagi perubahan-perubahan yang telah dibariskan demi menenun benang-benang impian kita dalam membentuk sebuah masyarakat demokratik yang matang.
KENAPA AKTA HASUTAN 1948
PERLU DIGANTI AKTA
KEHARMONIAN NASIONAL
Semasa pembentangan Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) di Dewan Rakyat pada 16 April 2012 yang lalu, saya telah mengumumkan bahawa kerajaan akan mengkaji semula secara komprehensif Akta Hasutan 1948 tanpa mengetepikan apa-apa opsyen, yakni sama ada untuk meminda peruntukan-peruntukan yang sedia ada atau memansuhkan Akta yang sudah berusia lebih 64 tahun tersebut sama sekali.
Kerajaan telah membuat keputusan agar Akta Hasutan 1948 dimansuhkan dan digantikan dengan suatu rang undang-undang yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional. Keputusan menggantikan Akta Hasutan dibuat kerana kita mahu mencari mekanisme yang dapat menentukan keseimbangan terbaik di antara keperluan menjamin kebebasan bersuara setiap warganegara sesuai dan selaras dengan peruntukan dan jaminan yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan dan keperluan untuk menangani kompleksiti kemajmukan yang wujud di negara ini. With this new act we would be better equipped to manage our national fault lines. It will also help to strengthen national cohesion by protecting national unity and nurturing religious harmony.
Tanpa keseimbangan yang ideal kita berkemungkinan merencatkan hak bersuara yang dijamin Perlembagaan, menumpulkan daya kreativiti serta sifat inovatif ataupun membebaskan semangat cauvinisme dan ekstremis. Keseimbangan ini perlu dicapai dalam persekitaran masyarakat yang lebih terbuka dengan akses kepada lebuh raya maklumat yang mampu menyebabkan information overflow, taraf pendidikan dan sosio ekonomi yang semakin tinggi serta tahap ekspektasi yang semakin meningkat.
Peruntukan-peruntukan baru yang dicadangkan dalam Akta Keharmonian Nasional ini akan memberi penekanan kepada pemupukan semangat harmoni dan saling menghormati dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.
Peruntukkan-peruntukkan Akta baru ini akan mencerminkan komitmen jitu kerajaan untuk mempertahankan semua agama dan semua kaum yang membentuk negara bangsa Malaysia daripada perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab. Akta baru ini akan bersifat lebih spesifik dan membolehkan kita bertindak terhadap mereka yang menggunakan isu-isu sensitif untuk memecahbelahkan perpaduan nasional. Perbuatan adu domba seumpama ini akan dianggap sebagai satu jenayah terhadap rakyat Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia kita harus bersikap bahawa jika ada mana-mana kaum mahupun agama disakiti maka seolah-olah semua kaum dan semua agama rakyat Malaysia sama-sama disakiti bak kata pepatah Melayu cubit paha kanan maka paha kiri akan terasa.
Hari ini Malaysia ialah sebuah negara yang sedang berada dalam peralihan atau transisi daripada sebuah negara yang berstatus membangun kepada sebuah negara maju. Kestabilan politik, dasar-dasar yang progresif, sistem demokrasi berparlimen, kebebasan kehakiman dan penghormatan terhadap prinsip kedaulatan undang-undang semenjak merdeka lebih lima puluh tahun lalu telah membolehkan Malaysia mencipta kejayaan demi kejayaan.
Walau cabaran yang kita hadapi sebagai sebuah negara cukup kompleks dan unik kita masih mampu menggarap kejayaan. Bukan sedikit negara yang berbilang kaum yang menjadi negara gagal kerana tidak bijak menguruskan kepelbagaian yang ada. Apatah lagi negara sekompleks Malaysia yang bukan sahaja berbilang kaum tetapi juga agama, budaya, bahasa, status sosio ekonomi di samping dipisahkan secara fizikal oleh lautan.
Cerita kejayaan Malaysia dimungkinkan oleh sistem nilai yang meraikan kepelbagaian sebagai sumber kekuatan negara bukannya sebagai penyebab kelemahan. Kejayaan kita juga berpaksi kepada rakyat Malaysia yang mengamalkan sikap kesederhanaan dan pandangan hidup yang positif. Mereka melihat hari ini sebagai lebih baik daripada hari semalam dan hari esok sarat dengan harapan dan kemungkinan.
Pada kemuncaknya kita berjaya kerana kita rakyat Malaysia bersatu padu tanpa mengira perbezaan yang wujud. Perpaduan nasional ini diasaskan di atas titik persamaan dan pemersatuan yang wujud di antara kita. Bahawa kita semua merupakan warga Malaysia yang mencintai tanah airnya, Malaysia ialah tempat tumpah darah kita, tempat menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi, tempat kita mencari rezeki, tempat kita membesarkan anak-anak dan akhirnya dengan izin Tuhan tempat kita bersemadi selama-lamanya apabila tiba masanya. Kita mahukan Malaysia yang lebih baik, lebih aman dan lebih makmur untuk anak cucu kita.
Menjadi tanggungjawab setiap kita anak-anak Malaysia untuk bersama-sama membentuk negara yang kita dambakan. Sebuah Malaysia di mana individu akan dinilai berdasarkan bakat, kesanggupan untuk bekerja keras, kesanggupan mengambil risiko serta karakter yang dimiliki berbanding ras. Setiap anak Malaysia adalah penting untuk negara dan seharusnya mempunyai peluang yang sama untuk berjaya di bawah kibaran Jalur Gemilang. Kerajaan tidak boleh menentukan outcome yang sama namun kita bertanggungjawab menyediakan peluang yang equitable atau saksama.
Saya tidak mengatakan usaha kita ini akan sentiasa berjalan lancar atau kita akan sentiasa menemui kejayaan pada setiap peringkat namun ialah satu kesilapan jika hanya kerana perjalanan ini sukar maka kita tidak mempunyai keberanian moral dan iltizam politik untuk memulakannya. Kita sesungguhnya mempunyai tanggungjawab kepada generasi Malaysia mendatang untuk mewariskan kepada mereka Malaysia yang lebih baik.
Kerajaan sedar bahawa umum menganggap Akta Hasutan 1948 sebagai alat kerajaan untuk merencatkan tindakan dan pandangan yang tidak sealiran dengan kerajaan. Walaupun anggapan sedemikian adalah tidak berasas sama sekali, kita perlu menghapuskan persepsi tersebut. Lantaran itu, peruntukan-peruntukan baru ini tidak akan menghalang rakyat untuk mengkritik kerajaan dan pentadbiran keadilan. Sebarang perbuatan menghina mahkamah akan dikendalikan sendiri oleh pihak Kehakiman melalui peruntukan-peruntukan dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah yang sedia ada.
Namun, perlu juga saya tekankan di sini bahawa kebebasan bercakap dan bersuara hendaklah sentiasa diimbangi dengan keperluan untuk mengekalkan keharmonian, ketenteraman dan keselamatan awam. Sebagaimana negara-negara lain yang menjunjung prinsip Kedaulatan Undang-undang (Rule of Law), kebebasan bercakap dan bersuara bukanlah suatu hak yang diberikan secara mutlak sebaliknya dibatasi dengan sekatan-sekatan yang sewajarnya.
Begitu juga di Malaysia. Kebebasan bersuara adalah tertakluk kepada sekatan-sekatan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan yang dirasakan amat perlu apatah lagi dalam suasana kemajmukan masyarakat Malaysia yang unik dan rumit sifatnya.
Namun, yang paling utama, kerajaan akan tetap memastikan bahawa peruntukan-peruntukan baru ini tidak akan menjejaskan kuasa untuk menangani perbuatan dan perlakuan yang berikut:
(i) Mendatangkan kebencian dan penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia kepada Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja;
(ii) Mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia; dan
(iii) Mempersoalkan apa-apa hak, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif sebagaimana yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III atau Perkara 152, 153 dan 181 Perlembagaan Persekutuan.
Sebelum menggubal Rang Undang-undang Keharmonian Nasional ini kerajaan ingin menjemput pandangan dan pendapat rakyat Malaysia sama ada individu mahupun pertubuhan mengenai perkara yang perlu ditangani dalam merangka perundangan ini. Jabatan Peguam Negara telah ditugaskan sebagai agensi yang bertanggungjawab untuk mendapat sudut pandangan semua stakeholder.
Pada analisis akhirnya saya teringat kepada pendapat ahli falsafah tersohor Britain, John Locke: "The end of law is, not to abolish or restrain, but to preserve and enlarge freedom". Second Treatise Of Civil Government (1690).
PENUTUP
Melalui pemansuhan dan penggubalan undang-undang yang sedang berjalan, kerajaan mahu memastikan ruang demokratik yang mencukupi disediakan untuk perbezaan pendapat serta persaingan idea. Pucuk pangkalnya, kita mahu mencipta sebuah Malaysia di mana prinsip hak asasi manusia dijunjung, kebebasan individu untuk menyatakan pendapat secara terbuka diraikan, seraya kepentingan individu dan komuniti diimbangi.
Malaysia mahu menjadi sebuah negara maju yang sebenar-benarnya bukan sahaja maju daripada segi pendapatan per kapita, saiz GNI dan pembangunan fizikal semata-mata. Kemajuan yang kita inginkan adalah menyeluruh sifatnya merangkumi semua aspek termasuk secara psikologinya
Pembinaan negara dan bangsa Malaysia yang tercinta ini perlu dipasak dengan lima ikrar Rukun Negara yang dilaung setiap rakyatnya. 'Keluhuran Perlembagaan' atau 'Upholding the Constitution' dan 'Kedaulatan Undang-undang' atau 'Rule of Law' yang merupakan dua prinsip yang sentiasa dijunjung tinggi. Tanggungjawab ini bukan sahaja digalas oleh Jabatan Peguam Negara tetapi juga oleh semua pihak bagi memastikan bahawa Malaysia kekal berjaya.
Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada urus setia yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis makan malam ini. Kepada seluruh warga Jabatan Peguam Negara, segala usaha dan komitmen tuan-tuan dan puan-puan amat saya hargai. Teruskan khidmat bakti anda. Saya berharap agar Jabatan ini akan terus menjadi contoh kepada penjawat awam yang lainUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7983079653416040318.post-57644394766064546482012-06-19T21:27:00.003-07:002012-06-19T21:27:52.573-07:00Dr Ali Hamsa dilantik Ketua Setiausaha NegaraSumber: Sinar harian Online 20/6/12
19 Jun 2012
Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) Datuk Seri Dr Ali Hamsa dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) berkuatkuasa mulai 24 Jun 2012
KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah, Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ali Hamsa, 57, hari ini diumumkan sebagai Ketua Setiausaha Negara yang baru berkuat kuasa mulai 24 Jun 2012.
Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata beliau menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang akan tamat kontrak perkhidmatannya pada 23 Jun ini.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan Ali, kata kenyataan itu.
Ali yang dilahirkan di Kluang, Johor pada 29 Ogos 1955, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Ekonomi serta Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Environmental Science & Economics dari Oklahoma State University, Amerika Syarikat.
Beliau mula berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 5 Jan 1981 sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian.
Beliau mempunyai pengalaman kerja yang sangat luas di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dari 16 Dis 1997 hingga 21 April 2009.
Di jabatan itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Pengarah Seksyen Pembahagian dan Timbalan Ketua Pengarah, Program National Transformation & Advancement sebelum menjawat tugas sebagai Ketua Pengarah, UKAS, JPM pada 22 April 2009.
"Kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Tan Sri Mohd Sidek bin Hj. Hassan di atas segala khidmat bakti beliau di sepanjang tempoh memegang jawatan Ketua Setiausaha Negara khususnya dalam usaha-usaha mengukuhkan sistem penyampaian Perkhidmatan Awam dengan memperkenalkan pelbagai pembaharuan demi memastikan agenda pembangunan negara yang dirancang dilaksanakan dengan jayanya," kata kenyataan itu. -- BernamaUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7983079653416040318.post-46789600360183714262012-03-14T02:15:00.000-07:002012-03-14T02:15:08.401-07:00Semua 242,294 pengundi pos jadi pengundi awal: SPR2012/03/14
KOTA KINABALU: Semua 242,294 pengundi pos akan secara automatik menjadi 'pengundi awal' pada pilihan raya umum akan datang, sekali gus memantapkan lagi ketelusan proses pilihan raya di negara ini.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata daripada jumlah itu, 147,681 orang adalah anggota tentera manakala 94,613 anggota polis.
Katanya, ini berikutan pelaksanaan peraturan baru yang diperkenalkan buat pertama kali pada pilihan raya umum ke-13 kelak.
"Pengundian secara pos ini menimbulkan kontroversi seolah-olah undi pos tidak telus dan perkara ini sudah dibawa dalam perbincangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dan selepas dipersetujui supaya pengundian awal diperkenalkan, SPR sendiri bersetuju mengendalikan pilihan raya awal ini.
"Proses pengundian awal ini sama juga dengan proses biasa iaitu tidak menggunakan sampul surat dan 'karung', cuma masa dan hari mengundi sahaja yang berbeza. Pengundian awal ini mungkin diadakan lebih awal iaitu dua atau tiga hari sebelum hari pengundian sebenar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan taklimat khas untuk pegawai pengurus dan ketua polis daerah di sini hari ini.
Mohd Aziz berkata, tujuannya ialah membolehkan pihak tentera dan polis dengan pasangan mereka mengundi lebih awal dan tidak perlu mengundi pada hari pengundian kerana menjalankan tugas masing-masing.
"Dalam peraturan awal ini, semua yang dulu layak mengundi pos, kini boleh menjadi pengundi awal. Bagaimanapun, anggota polis dan tentera yang terpaksa bertugas pada hari pengundian atau penamaan calon terutama yang berkhidmat di perbatasan atau sempadan boleh dipertimbangkan untuk mengundi secara pos.
"Maknanya mereka ini tidak boleh dikumpulkan di dewan sama ada di ibu pejabat polis atau pejabat polis daerah atau kem tentera, maka kumpulan ini boleh memohon kepada SPR mengikut Borang 1 untuk dipertimbangkan oleh SPR sama ada mereka ini boleh diluluskan sebagai pengundi pos atau pun tidak.
"Yang meluluskan mereka ini sebagai pengundi pos ialah pegawai pengurus pilihan raya di tempat mereka mengundi," katanya.
Abdul Aziz berkata, SPR akan menggunakan warna dakwat kekal berbeza untuk pengundi awal dan pengundi biasa, bertujuan mengelak berlakunya kes mengundi dua kali.
"Tentu sekali kita gunakan dakwat kekal yang agak tahan lama untuk pengundi awal. Orang ramai tidak akan tahu warna dan jenis botol dakwat kekal yang digunakan sehinggalah sehari sebelum hari pengundian," katanya.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang, berkata seramai 8,000 anggota polis akan ditugaskan bagi mengawal keselamatan dan perjalanan pilihan raya umum di Sabah.
Beliau berkata, pihaknya juga mengambil tindakan proaktif untuk memastikan semua anggotanya dapat menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi awal. - BERNAMAUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7983079653416040318.post-41726033692478038062012-02-16T04:08:00.000-08:002012-02-16T04:08:08.454-08:00Dua bekas pengurus besar kanan TH dibebaskan: Mahkamah Rayuan2012/02/16
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
<a href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhy0RyrAVU7pC42WNfZrozfF-Jfla9C1Z7vSNviM8f9i-_iHZvtQ1hE4suupvdhmUjOenD0Ifmkg0qRjGd85Spxy8l3VBe0ZoecpRULXmquacjO1hQJS4EoLPB22hSxw0YdS-Sx0Nv2Wk0y/s1600/pegawai+TH.jpg" imageanchor="1" style="margin-left:1em; margin-right:1em"><img border="0" height="275" width="360" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhy0RyrAVU7pC42WNfZrozfF-Jfla9C1Z7vSNviM8f9i-_iHZvtQ1hE4suupvdhmUjOenD0Ifmkg0qRjGd85Spxy8l3VBe0ZoecpRULXmquacjO1hQJS4EoLPB22hSxw0YdS-Sx0Nv2Wk0y/s400/pegawai+TH.jpg" /></a></div>
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan dua bekas pengurus besar kanan Tabung Haji (TH) yang dihukum penjara 10 tahun atas kesalahan pecah amanah dan menipu membabitkan wang RM200 juta institusi itu, 10 tahun lalu.
Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Ali, Datuk Clement Allan Skinner dan Datuk Azhar Ma'ah sebulat suara membenarkan rayuan terakhir Datuk Mohd Amin Sidek dan Datuk Mohammad Shafie bagi mengenepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen.
Sebaik saja penghakiman, Mohd Amin, 60 dan Mohammad, 62, tidak dapat menahan perasaan sebak dan berpelukan.
Selepas itu, mereka memeluk ahli keluarga, rakan-rakan dari TH dan jiran masing-masing yang berada di mahkamah sejak pagi tadi.
"Saya sangat bersyukur dan berterima kasih pada keluarga dan kawan-kawan dari Tabung Haji yang banyak memberikan sokongan kepada saya, juga terima kasih kepada peguam-peguam saya," kata Mohammad dalam nada yang sebak.
Beliau berkata, selama 10 tahun menunggu kes itu selesai, akhirnya keputusan yang dinanti itu amat menggembirakannya sambil menyifatkan badan kehakiman negara ini adil dan telus.
Mohd Amin pula berkata beliau amat bersyukur dengan keputusan itu dan percaya kebenaran akan tetap dibuktikan.
"Daripada awal lagi saya menjangkakan keputusan ini kerana saya tahu saya tidak bersalah," katanya.
Kedua-dua mereka diwakili oleh peguam, Hisyam Teh Poh Teik, Datuk Sulaiman Abdullah dan Zamani Ibrahim.
Hakim Ramly ketika membacakan keputusan itu berkata setelah meneliti hujahan dan semua fakta, mahkamah mendapati pelaburan asing membabitkan wang TH itu didedahkan dalam kertas cadangan yang dimajukan kepada menteri yang berkenaan.
Katanya, penemuan fakta berkaitan pelaburan asing yang bertentangan dengan keterangan saksi pendakwaan itu menyebabkan pertuduhan menipu tidak boleh dipertahankan.
Ramly berkata, Hakim Bicara (Hakim Mahkamah Sesyen) telah tersilap arah ketika membuat keputusan mensabitkan mereka terhadap pertuduhan pecah amanah kerana tiada elemen niat ketidakjujuran.
Beliau berkata, tiada isu penyembunyian fakta mengenai pelaburan asing perlu mendapat kelulusan menteri kerana keterangan daripada saksi pendakwaan dalam keterangan berkata, pelaburan jangka pendek itu tidak memerlukan kelulusan menteri.
Ramly berkata, keterangan itu menimbulkan keterangan yang munasabah pada perayu (Mohd Amin dan Mohammad) berhubung elemen ketidakjujuran.
"Oleh itu sabitan dan hukuman tidak selamat untuk dipertahankan. Dengan ini rayuan perayu dibenarkan, sabitan dan hukuman diketepikan dan perayu dilepaskan dan dibebaskan," katanya.
Mohd Amin, bekas pengurus besar kanan (kewangan) dan Mohammad, bekas pengurus besar kanan (pelaburan), masing-masing dikenakan hukuman penjara 10 tahun Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 23 Januari 2007, selepas mendapati mereka bersalah melakukan pecah amanah wang TH.
Bagi tuduhan melakukan pecah amanah, mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak di ibu negara di antara 14 Julai 2000 dan 11 Mei 2001.
Kedua-dua bekas pegawai kanan itu turut dihukum penjara enam tahun setiap seorang atas dua kesalahan menipu dua menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berhubung kelulusan pelaburan dana itu.
Mereka dituduh bersama-sama menipu Tan Sri Abdul Hamid Othman dan Brigedier Jeneral (B) Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin di JPM Putrajaya antara 29 Jun 2000 dan 27 Julai 2001.
Mahkamah Sesyen memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak. - BERNAMAUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7983079653416040318.post-12858618626212606412012-02-10T04:01:00.000-08:002012-02-10T04:01:59.267-08:00Kes Altantuya: Azilah belum fail petisyen rayuan2012/02/10
PUTRAJAYA: Tarikh pendengaran rayuan dua pegawai polis yang disabitkan kesalahan membunuh model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu masih belum ditetapkan berikutan seorang daripada mereka iaitu Cif Insp Azilah Hadri masih belum memfailkan petisyen rayuannya.
Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Kanageswari Nalliah menetapkan 9 Mac untuk tarikh pengurusan kes akan datang bagi membolehkan peguam yang mewakili Azilah mendapatkan semua rekod rayuan dan penghakiman bertulis Mahkamah Tinggi bagi membolehkannya memfailkan petisyen rayuan.
Peguam yang mewakili Azilah, J. Kuldeep Kumar berkata petisyen rayuan tidak dapat difailkan kerana beliau hanya menerima 40 jilid daripada 57 jilid dokumen itu.
Katanya ini kerana mahkamah telah menghantar dokumen itu kepada Azilah di penjara.
Kuldeep Kumar berkata dokumen itu kemudiannya dihantar kepadanya secara berperingkat dalam tempoh enam bulan lalu dan menurutnya beliau akan mendapatkan baki 17 jilid lagi dokumen itu daripada mahkamah.
Sementara itu, peguam Kitson Foong yang mewakili Koperal Sirul Azhar Umar berkata tarikh pendengaran itu akan hanya ditetapkan oleh mahkamah untuk mendengar rayuan itu apabila semua dokumen dikemukakan di mahkamah.
Katanya petisyen rayuan untuk Sirul Azhar telah difailkan dan beliau sedang menimbangkan untuk memfailkan alasan rayuan tambahan.
Kitson dan peguam Lim Kon Keen mewakili Sirul Azhar. Timbalan Pendakwa Raya Devinderjit Kaur mewakili pihak pendakwaan.
Azilah, 34, dan Sirul Azhar, 39, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 April, 2009, selepas mendapati mereka bersalah membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja antara 9.45 malam pada 18 Oktober, 2006, dan 9.45 malam hari berikutnya.
Perbicaraan kes mereka berlangsung selama 159 hari.
Kedua-dua mereka yang juga anggota komando Unit Tindakan Khas polis, kemudiannya memfailkan rayuan mereka di Mahkamah Rayuan.
Penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, dituduh bersubahat dengan mereka dalam pembunuhan wanita Mongolia itu. Beliau dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober, 2008, tanpa dipanggil membela diri.
Azilah dan Sirul memberikan keterangan dalam pembelaan mereka, dengan Azilah memberikan keterangan dari kandang saksi manakala Sirul dari kandang tertuduh.
Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin mendapati pembelaan oleh kedua-dua mereka hanya berupa "penafian dan saling menyalahkan sesama sendiri". - BERNAMAUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7983079653416040318.post-488909998736135032012-02-02T06:15:00.000-08:002012-02-02T06:15:43.440-08:00Saman pemula 4 beranak pohon isytihar murtad dibicarakan02/02/2012 6:09pm
Oleh NORLIZAH ABAS
PUTRAJAYA 2 Feb. – Mahkamah Persekutuan hari ini memerintahkan saman pemula empat beranak keturunan India Muslim bagi mendapat perisytiharan bahawa mereka bukan lagi beragama Islam, dikembalikan ke Mahkamah Tinggi agar meritnya didengar dan diputuskan.
Zaina Abidin Hamid @ S. Maniam, 60, dan tiga anaknya iaitu Surindran a/l Zaina Abidin, Mohanasubash a/l Zaina Abidin dan Chandrika a/p Zaina Abidin memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi memohon perisytiharan bahawa mereka telah murtad selepas mendakwa tidak pernah mengamalkan ajaran Islam.
Panel lima hakim diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif sebulat suara mengembalikan saman pemula itu ke Mahkamah Tinggi tanpa mendengar lima persoalan undang-undang yang dikemukakan oleh empat beranak itu.
Antara persoalan itu - sama ada ibu bapa bagi anak-anak yang berusia di bawah 18 tahun berhak menentukan agama anak masing-masing menurut Perkara 11 dan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan.
Mahkamah berpuas hati bahawa permohonan mereka bagi merujuk isu undang-undang tidak sesuai dikemukakan pada peringkat itu kerana masih terdapat pertikaian berhubung fakta dalam saman pemula itu.
Turut bersidang, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin; Hakim Datuk Hashim Yusof; Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar; dan Hakim Datuk Hasan Lah.
Pada 21 November tahun lalu, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Zaina Abidin dan anak-anaknya merujuk lima persoalan undang-undang ke Mahkamah Persekutuan. - UTUSANUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7983079653416040318.post-14806228936291794472012-02-02T05:54:00.000-08:002012-02-02T05:54:15.608-08:00Inkues: Koroner lawat lokasi kematian BaharudinSumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Inkues_KoronerlawatlokasikematianBaharudin/Article
2012/02/02
KUALA LUMPUR: Koroner Zulkpli Abdullah yang mendengar inkues kematian Baharudin Ahmad hari ini melawat lokasi kejadian di bangunan Avenue K di Jalan Ampang di sini, tempat di mana pemandu teksi itu ditemui mati dalam keadaan duduk melunjur ketika menyertai perhimpunan haram 9 Julai tahun lalu.
Zulkpli tiba di lokasi pada jam 4.50 petang dengan diiringi Timbalan Pendakwa Raya, Kalmizah Saleh, Ahmad Ishrakh Saad dan Mohamed Shah Reza Nor Azman serta peguam, Ahmad Jufliz Faiza dan Chan Chew Weng yang mewakili keluarga allahyarham Baharudin dan beberapa anggota polis.
Terdahulu, Ahmad Ishraq memohon kepada Zulkpli supaya mahkamah membuat lawatan ke lokasi kejadian bagi mendapatkan pemahaman yang lebih serta gambaran jelas berkenaan keadaan sebenar ketika Baharudin ditemui di Avenue K.
Di lokasi kejadian, saksi ke-10 pendakwaan iaitu Penjaga Bangunan Silahuddin Salim, 45, menunjukkan kepada koroner kedudukan dan keadaan Baharudin yang ditemuinya terduduk dalam jarak 152 sentimeter dari pintu pagar besi yang tidak ditutup sepenuhnya ketika hari kejadian.
Sementara itu, ketika prosiding inkues di mahkamah Silahuddin turut memberitahu bahawa beliau nampak Baharudin terduduk melunjur (berbentuk L) di tengah-tengah bangunan ketika berdiri di tepi pintu pagar besi terbabit.
"Ketika itu ramai yang lari memasuki bangunan Avenue K, dalam ramai-ramai itu saya nampak seorang lelaki duduk melunjur, badannya berpeluh serta matanya memandang ke atas.... selepas itu seorang wanita menjerit meminta tolong," katanya ketika ditanya Kalmizah ketika pemeriksaan utama.
Silahuddin turut memaklumkan pada hari kejadian, beliau bekerja shif petang bermula dari 3 petang hingga 12 malam dan menurutnya, pada jam lebih kurang 4 petang, beliau melihat ramai orang cuba melarikan diri dengan memasuki bangunan tersebut dan tidak pasti mengapa mereka berbuat demikian.
Silahuddin berkata, sebelum itu beliau sempat mengarahkan pengawal keselamatan Avenue K untuk menyimpan penanda besi tempat meletak kereta di depan bangunan tersebut bagi mengelakkan alat terbabit digunakan oleh peserta perhimpunan haram.
Katanya, terdapat tiga pintu besi, hanya dua daripadanya ditutup sepenuhnya manakala terdapat satu pintu satu lagi yang tidak ditutup sepenuhnya.
Dalam pada itu, pegawai polis, Inspektor Mohd Alamshah Gulam, 30, memaklumkan bahawa tiada sebarang gas pemedih mata dilepaskan ketika bertugas di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) disebabkan peserta perhimpunan itu memberikan kerjasama dengan bersurai.
Pengawai dari Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa, Kelantan itu berkata, pada 9 Julai 2011, keadaan di sekitar Avenue K dipenuhi ramai orang dengan anggaran 4,000 hingga 5,000 peserta perhimpunan haram.
Namun, pengawai polis itu menjelaskan peserta perhimpunan di kawasan sekitar KLCC beredar menuju ke arah Jalan Ampang selepas beliau mengeluarkan arahan supaya mereka bersurai.
Inkues itu disambung esok. - BERNAMAUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7983079653416040318.post-80764731010392973642012-02-01T20:06:00.000-08:002012-02-01T20:06:42.577-08:00Beng Hock: Mahkamah Rayuan benarkan keputusan dicabarhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_06.htm
02/02/2012 11:44am
KUALA LUMPUR 2 Feb. - Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan keluarga mendiang Teoh Beng Hock untuk mencabar keputusan Mahkamah Koroner Shah Alam yang membuat keputusan terbuka mengenai kematian Setiausaha Politik Exco Selangor itu.
Keputusan sebulat suara itu diputuskan oleh panel tiga hakim mahkamah itu yang diketuai oleh Hakim Datuk Sulaiman Daud setelah berpuas hati mengenai terdapat persoalan undang-undang yang boleh diteruskan. - UTUSANUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7983079653416040318.post-65564434553832215672012-02-01T05:54:00.000-08:002012-02-01T05:54:54.900-08:00Blogger fail saman balas ADUN Pantai Remis RM11 jutaSumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BloggerfailsamambalasADUNPantaiRemisRM11juta/Article/index_html
2012/02/01
IPOH: Blogger, Ahmad Sofian Yahya, 47, yang mengendalikan blog sekupangduas.blogspot.com memfailkan saman balas bernilai RM11 juta terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis, Nga Kor Ming di Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi.
Ia difailkan menerusi firma guaman Ong, Hanim & Bbadrul jam 2.30 petang tadi. Pada 3 Januari lalu, Kor Ming menyaman Ahmad Ssofian RM10 juta kerana didakwa menyiarkan artikel yang memfitnahnya.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7983079653416040318.post-34971994803667791022012-01-15T03:12:00.001-08:002012-01-15T03:12:59.955-08:00Prosiding rayuan didengar lima hakimOleh NORLIZAH ABAS
utusanputrajaya@utusan.com.my
PUTRAJAYA 14 Jan. - Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria mengumumkan mulai bulan ini prosiding rayuan bagi kes-kes sivil dan jenayah di Mahkamah Persekutuan tidak lagi didengar oleh panel tiga hakim, sebaliknya akan didengar oleh panel lima hakim bersidang.
Dalam perkembangan baru itu, beliau turut memberitahu bahawa semua permohonan kebenaran merayu di mahkamah tertinggi negara bagi kes-kes sivil juga akan didengar oleh panel lima hakim bermula Mac ini.
"Langkah itu diambil bertujuan memperbaharui dan meningkatkan kualiti keputusan dan penghakiman kes-kes jenayah dan sivil," ujar Arifin ketika berucap merasmikan pembukaan Tahun Perundangan 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
Selain Arifin, terdapat 10 lagi Hakim Mahkamah Persekutuan yang bersidang mengikut giliran. Mereka termasuk Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Shariff; Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum.
Dalam ucapannya, Ketua Hakim Negara turut mengumumkan prestasi pencapaian badan kehakiman tahun lalu bagi pelupusan rayuan ekoran penambahan jumlah panel hakim bersidang secara harian dan bulanan.
Arifin berkata, walaupun pendaftaran bagi permohonan kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan meningkat sebanyak 21 peratus, 527 permohonan dilupuskan bagi tahun lalu berbanding 437 permohonan bagi tahun sebelumnya.
Menurut beliau, meskipun pendaftaran rayuan sivil turut meningkat melebihi 100 peratus, sebanyak 55 peratus daripada rayuan yang difailkan pada tahun lalu berjaya dilupuskan.
Ketua Hakim Negara berkata, sebanyak 235 rayuan jenayah di Mahkamah Persekutuan berjaya dilupuskan tahun lalu berbanding 186 kes pada 2010.
Katanya, Mahkamah Rayuan turut melaksanakan beberapa langkah bagi mempercepatkan kes-kes tertunggak termasuk mengkelaskan kes-kes kepada kategori tertentu.
Beliau menjelaskan, kategori itu ialah kes-kes interlokutori, rayuan jenayah melibatkan hukuman bunuh dan rayuan jenayah melibatkan penjawat awam yang mana jumlah panel bersidang akan ditambah.
Jelasnya, inisiatif yang diambil membuahkan hasil apabila sejumlah 8,064 rayuan dilupuskan di Mahkamah Rayuan berbanding 5,935 kes bagi tahun sebelumnya.Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7983079653416040318.post-35602089379145616352011-10-05T20:27:00.000-07:002011-10-05T20:27:48.954-07:00Salah tanggapan mengenai kedudukan Islam punca Malaysia dianggap negara sekular
2011/10/06
AHLI jawatankuasa Majlis Peguam, Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir mungkin perlu menjelaskan lebih lanjut dan menunjukkan di mana perkataan sekular yang terkandung dalam Perlembagaan negara bagi menguatkan hujah beliau bahawa struktur asas Perlembagaan Persekutuan berdasarkan sekularisme dan bukan teokrasi (sistem kerajaan yang menggunakan hukum agama sebagai dasar pemerintahan negara) yang tersiar dalam akhbar baru-baru ini.
Bersandarkan pendapat bahawa struktur asas Perlembagaan Persekutuan berdasarkan sekularisme, beliau berkata, Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dipinda untuk membolehkan pelaksanaan hukum hudud walaupun ada cadangan meminda Perlembagaan dan diluluskan dengan undi majoriti dua pertiga. Jika begitu, bagaimana pula kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan yang termaktub dalam Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan – Islam is the religion of Fede-ration – dan di mana perkataan demokrasi, sekular atau agama rasmi jika benar wujud dalam Perlembagaan, kata Timbalan Ketua Bahagian Penasihat (Seksyen Syariah) Jabatan Peguam Negara, Mahamad Naser Disa. Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja ‘10 Salah Tanggapan Mengenai Kedudukan Islam di Malaysia’ pada Muzakarah Pakar Pemacuan Transformasi Sistem Perundangan Islam di Malaysia anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia, baru-baru ini.
Beliau berkata, apa yang berlaku sejak dulu hingga kini ialah prinsip ajaran Islam tidak diberi perhatian sewajarnya dalam penggubalan dasar ekonomi, pendidikan, sosial, budaya serta dasar lain digubal kerana alasannya, kita masyarakat majmuk.
Oleh sebab itulah berlaku salah tanggapan terhadap kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan hingga sering dirujuk sebagai agama rasmi menyebabkan Malaysia disifatkan negara demokrasi sekular dengan Islam sebagai agama rasmi.
Salah tanggap Islam negara sekular berpunca daripada hakikat Perlembagaan negara dirintis suruhanjaya diketuai Lord Reid. Namun, tidak ramai menyedari fungsi dan peranan suruhanjaya ini hanya menyediakan laporan ke arah penggubalan Perlembagaan.
Daripada cadangan dikemukakan dalam memorandum Perikatan berkaitan agama negara, hanya dua perkara diterima dan dipersetujui untuk dimasukkan dalam Perlembagaan iaitu Islam sebagai agama Persekutuan tanpa menafikan hak penganut agama lain mengamalkan agama mereka.
Bagaimanapun, prinsip tidak menafikan ciri sekular negara ini tidak dimasukkan dalam mana-mana bahagian dalam Perlembagaan. Justeru, rakyat Malaysia wajib menerima hakikat tiada sepatah pun perkataan sekular wujud dalam Perlembagaan. Jadi, kenapa Malaysia masih dianggap negara sekular?
Ada pihak cuba memberikan hujah mengelirukan dengan mengemukakan hujah kes Che Omar Che Soh yang sering digunakan pengamal dan pelajar undang-undang kononnya Tun Salleh Abas pernah memutuskan Malaysia ialah negara sekular.
Cerita ini amat mengelirukan kerana Salleh hanya mengatakan undang-undang yang sedang berkuat kuasa adalah undang-undang sekular, bukannya negara ini negara sekular.
Mahkamah Persekutuan iaitu mahkamah tertinggi negara dalam kes Lina Joy lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sudah memberikan tafsiran lebih meluas kepada Islam iaitu satu cara hidup yang lengkap merangkumi semua bidang aktiviti manusia, persendirian atau awam.
Jelaslah mahkamah tertinggi negara telah menggubal tafsiran Islam yang diberikan Tun Salleh dalam kes Che Omar kepada tafsiran yang luas. Hairannya, kenapa umat Islam masih mahu berpegang kepada tafsiran sempit itu.
Dalam isu ini, Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari berpendapat, apa pun tanggapan kita terhadap kedudukan Islam dalam Perlembagaan hari ini, satu yang jelas ialah Malaysia bukan negara sekular.
Katanya, dari segi konsepnya adalah ganjil mengatakan negara ini sekular sedangkan pada masa sama, ada peruntukan mengenai agama dalam Perlembagaan.
“Negara sekular yang sebenar tidak mengizinkan negara turut serta dalam membantu menegakkan agama atau mengizinkan wang pembayar cukai digunakan untuk tujuan agama,” katanya.
Titah Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah, supaya tafsiran Perlembagaan dengan perspektif yang menghormati sejarah penubuhan Malaysia amat penting diingatkan semula, manakala semua persetujuan yang sudah dicapai harus dihormati, perlu diberi perhatian.
Begitu juga penegasan baginda ketika bertitah pada Kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri seluruh Malaysia bahawa prinsip asas, terutama yang menyentuh Islam dan Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan negara tidak boleh dikompromikan sama sekali.
Menurut baginda, Islam akan terhakis apabila tanggungjawab terhadap urusan Islam gagal dipantau secara tegas kerana Islam kini mula dijadikan instrumen bertujuan meraih pengaruh dan mendapatkan kuasa sehingga ke peringkat sedia berkompromi kepada perkara prinsip yang menyentuh aqidah.
Melihat kepada senario yang berlaku, usaha memperbetulkan salah tanggapan terhadap kedudukan Islam perlu dilakukan dan menjadi kewajipan pemerintah memelihara Islam sebagai agama negara dan menjadikan negara ini negara Islam yang sebenarnya.
Caranya ialah melalui transformasi sistem pengurusan Islam dalam semua aspek iaitu pentadbiran, pendidikan, ekonomi dan sosial yang dibentuk peraturannya berasaskan syariat Islam seperti Piagam Madinah yang digubal Rasulullah SAW untuk membentuk sebuah negara menempatkan penduduk berbilang bangsa serta kaum.
Prinsip Piagam Madinah yang bersumberkan al-Quran dan Sunnah memelihara kesatuan ummah dan kedaulatan negara, dasar hubungan baik dan saling bantu-membantu antara semua warga negara, menegakkan keadilan sosial, kebebasan beragama dan tanggungjawab terhadap bukan Islam.
Hanya apabila sistem pentadbiran negara diuruskan berasaskan kepada ajaran Islam, barulah perkara lain bersangkutan keperluan serta tuntutan semasa dapat dilaksanakan termasuk pelaksanaan hukum hudud atau undang-undang Islam.
Hukum hudud bukan tidak boleh dilaksanakan kerana salah tanggapan bahawa Malaysia bukan negara Islam tetapi hukum itu tidak mampu dilaksanakan selagi sistem pentadbiran serta pengurusan negara tidak benar-benar mengikut syariat Islam.
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7983079653416040318.post-31409455414120168332011-10-03T06:50:00.000-07:002011-10-03T06:50:25.125-07:00Dewan Rakyat lulus usul tubuh Jawatankuasa Pilihan Khas berhubung pilihan raya
2011/10/03
KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul bagi menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas berhubung penambahbaikan proses pilihan raya tanpa sebarang bantahan.
Usul yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, pagi tadi dipersetujui sebulat suara meskipun ahli Parlimen pembangkang mendesak supaya kerajaan memberi jaminan tidak mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 dalam tempoh pelantikan jawatankuasa itu selama enam bulan. Beberapa ahli Parlimen pembangkang, termasuk Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian), Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) dan Khalid Samad (PAS-Shah Alam) yang membangkitkan perkara itu menyifatkan penubuhan jawatankuasa itu sebagai gimik kerajaan semata-mata. "Bila beri tempoh enam bulan untuk Jawatankuasa Pilihan Khas ini berbincang dan melaksanakan tanggungjawab, kita minta jaminan bahawa tidak ada pilihan raya dipanggil dalam tempoh itu kerana ini kehendak Perdana Menteri sendiri untuk mengadakan transformasi.
"Memang kita tidak nafikan hak Perdana Menteri untuk memanggil pilihan raya tetapi adakah hak itu sesuatu yang tidak boleh berubah?" soal Salahuddin ketika membahaskan usul itu.
Menjawab persoalan itu, Mohamed Nazri ketika menggulung usul itu menegaskan Jawatankuasa Pilihan Khas itu bukan jaminan pilihan raya tidak diadakan kerana kuasa untuk memanggil pilihan raya terletak di bawah bidang kuasa Perdana Menteri.
"PRU-13 bukan pilihan raya yang terakhir bagi Malaysia (dan) selepas itu dunia kiamat. Kalau pilihan raya cepat, kita akan laksanakan (cadangan Jawatankuasa) dalam PRU-14, 15, 16...," kata Mohamed Nazri.
Menjawab soalan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) mengenai penggunaan dakwat kekal, Mohamed Nazri berkata perkara itu diserahkan kepada jawatankuasa berkenaan untuk menilainya.
Mohamed Nazri berkata, pada pilihan raya lalu kita tak dapat laksanakan penggunaan dakwat kekal itu pada saat akhir atas kekangan membabitkan Perlembagaan.
"Antaranya soal kedudukan pengundi. Kalau mengikut Perlembagaan jika seseorang pengundi sudah mendaftar sebagai pengundi, dia ada hak untuk mengundi. Tetapi jika tiba hari pengundian, ada pengundi yang membuat bantahan kerana tidak mahu dicalit (dakwat), jadi bagaimana kedudukan dia sebagai pengundi?
"Itu antara masalah yang kita jangka boleh berlaku. Pada masa itu kita sememangnya tak ada jawapan yang boleh diberikan, sebab itu pada saat akhir kita tarik balik. Tapi sekarang kita sudah ada penemuan dan kita serahkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas untuk dinilai bagi dilaksanakan pada PRU akan datang," katanya.
Berhubung tempoh pelantikan jawatankuasa selama enam bulan, Mohamed Nazri berkata, ia satu tempoh munasabah dan membuktikan kesungguhan kerajaan untuk menyegerakan transformasi dalam pelaksanaan sistem pilihan raya di negara ini.
Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya bertanggungjawab untuk mengkaji perkara yang akan memperkukuhkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mengkaji proses pilihan raya yang bebas dan adil serta mencari kata sepakat mengenai bentuk penambahbaikan yang perlu dilaksanakan pada pilihan raya akan datang.
Jawatankuasa itu terdiri daripada sembilan ahli Dewan Rakyat, iaitu lima ahli daripada Barisan Nasional (BN) (termasuk seorang menteri sebagai Pengerusi), tiga ahli daripada pembangkang dan seorang wakil rakyat Bebas.
Menerusi penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas itu, pihak yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya di negara ini melalui wakil mereka di Parlimen turut berpeluang memberi pendapat dan mengkaji secara mendalam sistem pilihan raya yang difikirkan lebih baik bagi mendukung dan mengukuhkan lagi demokrasi di negara ini. - BERNAMA
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7983079653416040318.post-4153557339864049232011-09-26T03:33:00.000-07:002011-09-26T03:33:40.550-07:00Mahkamah Rayuan ketepikan keputusan membebaskan lima lelaki
Berita harian online 26 sept 2011
2011/09/26
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini memerintahkan lima lelaki membela diri atas tuduhan membunuh selepas mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Baharu yang melepas dan membebaskan mereka.
Panel tiga hakim terdiri daripada Datin Paduka Zaleha Zahari, Datuk Abdul Wahab Patail dan Datuk Zaharah Ibrahim membenarkan rayuan pihak pendakwa supaya mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi itu yang membebaskan lima orang itu tanpa diminta membela diri. Hakim Zaleha berkata, mahkamah Rayuan berpendapat wujud kes prima facie terhadap Rasdi Ngasiman, 29; Samsudin Muhammad Yusuf, 29; Zaini Sabtu, 26; Zainal Sabtu, 28; dan Mohd Yazid Tukimin, 28. Beliau kemudian mengembalikan kes itu ke Mahkamah Tinggi untuk mereka membela diri.
Lima lelaki itu adalah antara sembilan orang yang dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 19 November 2007 kerana kematian Md Ridzuan Jumaat, 19, di padang permainan di Jalan Tembikai 17, Taman Kota Masai, Johor Baharu.
Bagaimanapun, pihak pendakwa meneruskan rayuan hari ini terhadap lima orang itu selepas ia tidak dapat menyerahkan notis pendengaran rayuan pada empat yang lain.
Hakim Zaleha kemudian menetapkan 8 Nov bagi sebutan kes Rosman Jiman, 30; Mohd Eddy Mohamed, 28; Mohd Nazri Dempok dan Mohd Syawal Shamsuddin, 25; selepas timbalan pendakwa raya Najib Zakaria memberitahu mahkamah bahawa beliau akan cuba menyerahkan notis ke atas empat orang itu.
Terdahulu, Najib berhujah bahawa hakim Mahkamah Tinggi Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad (kini hakim Mahkmah Rayuan) silap bila beliau membebaskan lima orang itu tanpa memerintahkan mereka membela diri.
Beliau berkata, pakar patologi mendapati sebab kematian Ridzuan ialah kecederaan berganda, besar kemungkinan disebabkan pukulan benda tumpul.
Mayat Ridzuan ditemui terapung dekat tebing sungai oleh seorang pemandu lori Ng Chiew Piae ketika sedang memancing.
Najib berkata, hakim perbicaraan membebaskan mereka atas alasan terdapat keraguan tentang sebab kematian sebagaimana dinyatakan oleh ahli patologi yang menyatakan terdapat kemungkinan mati lemas.
Beliau berkata, bukti pendakwaan menunjukkan si mati dipukul oleh responden, termasuk dengan helmet dan batang kayu, dan juga ditendang akibat cemburu, yang cukup untuk dibuat kesimpulan bahawa responden memang mahu membunuh Md Ridzuan.
Najib berkata, keterangan teman wanita si mati yang menemaninya (si mati) ke padang permainan itu dan mengenalpasti responden sebagai orang yang memukul si mati yang tidak mempunyai peluang untuk mempertahan diri.
Peguam K Sandrasegaran berkata, tidak terdapat kaitan antara rantaian peristiwa kerana tidak terdapat bukti yang mengaitkan serangan itu di padang permainan dengan kejadian lemas. - BERNAMA Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7983079653416040318.post-6904729284397537812011-09-24T23:21:00.000-07:002011-09-24T23:21:11.552-07:00Keanggotaan PBB: Malaysia sokong pengumuman Palestin
25/09/2011 1:57pm
KUALA LUMPUR 25 Sept. – Kerajaan Malaysia mengalu-ngalukan sokongan kuat pengumuman Presiden Mahmoud Abbas pada Jumaat untuk keanggotaan penuh Palestin di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Sungguhpun Israel dan negara-negara lain mempertikaikan bahawa keamanan hanya boleh dicapai menerusi rundingan dan bukan melalui resolusi PBB, Malaysia berpendapat bahawa ini adalah keputusan dan penyelesaian realistik yang paling penting untuk mencari kedamaian selamanya di Timur Tengah.
"Malaysia menolak sepenuhnya pertikaian yang dikemukakan Israel mengenai proses keamanan yang buntu khasnya berkaitan isu penempatan haram di Tebing Barat. Dalam pandangan Malaysia, penempatan haram merupakan punca utama masalah dan hendaklah dipindahkan,” menurut Kementerian Luar dalam kenyataan di sini.
Kerajaan Malaysia berpandangan bahawa keanggotaan dalam PBB tidak akan menjejaskan proses keamanan, sehubungan itu, pertikaian membantah keanggotaan Palestin di PBB adalah lemah, tidak berasas dan tidak munasabah.
"Sudah tiba masanya mereka yang membantah keanggotaan Palestin di PBB mendengar suara majoriti yang jelas dilihat apabila mereka berdiri hormat kepada Presiden Mahmoud Abbas,” kata kenyataan itu.
Tawaran Israel untuk mengadakan rundingan serta merta dan usaha Kuarted itu menjadualkan semula rundingan dalam masa sebulan nampaknya usaha terdesak untuk tidak membolehkan Palestin daripada mendapatkan keanggotaan.
Malaysia akan membantu Palestin dalam mendapatkan jumlah undi yang diperlukan untuk Majlis Keselamatan PBB di Perhimpunan Agung itu, menurut kenyataan itu. - Bernama
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7983079653416040318.post-71917632637774387002011-09-15T19:58:00.000-07:002011-09-15T19:58:37.530-07:00Dua akta baru ganti ISA
Oleh Mior Hisham Zulkifli, Nazura Ngah, Ahmad Johari Mohd Ali, A Anand Kumar, Haspaizi Mohd Zain, Badrul Kamal Zakaria, Nasaruddin Parzi dan Aizuddin Sapian
bhnews@bharian.com.my
2011/09/16
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dimansuhkan terus dan memberi jaminan dua undang-undang baru yang akan digubal untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang serta perbuatan jenayah tidak akan digunakan untuk menahan mana-mana individu semata-mata kerana ideologi politik. Malah, Perdana Menteri menegaskan undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan lebih pendek dan sebarang tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah, kecuali undang-undang berkaitan keganasan masih dikekalkan di bawah kuasa menteri. Majlis Peguam menyambut baik janji diumumkan Perdana Menteri memansuhkan ISA dan menamatkan kuat kuasa perisytiharan darurat, keputusan berkenaan selaras peruntukan Perlembagaan negara. - Lim Chee Wee, Presiden Majlis Peguam “Umumnya kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman, kecuali undang-undang berkaitan keganasan,” katanya dalam perutusan khas yang disiarkan secara langsung sempena sambutan Hari Malaysia di Auditorium Perdana, Angkasapuri, malam tadi.
Najib menjelaskan undang-undang baru itu bermatlamat memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara, tetapi kerajaan akan tetap memastikan hak dan kebebasan asasi mereka yang terbabit terpelihara berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.
Dalam ucapannya, Najib turut mengumumkan pemansuhan Akta Buang Negeri 1956, selain mengkaji semula secara komprehensif Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967 bagi memenuhi kehendak semasa.
“Kita tidak teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan,” katanya sambil menjelaskan secara prinsipnya kajian semula Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 membabitkan penghapusan pembaharuan tahunan, sebaliknya digantikan dengan pengeluaran lesen tahunan sehingga dibatalkan.
Kajian semula terhadap Seksyen 27 Akta Polis 1967 pula akan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.
Bagaimanapun, katanya, kebenaran berhimpun diberi selaras kaedah yang akan ditetapkan kelak, di samping mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.
Najib yang juga Menteri Kewangan menjelaskan langkah-langkah yang diumumkan itu adalah inisiatif awal transformasi politik secara tertib dan berhemah sebagai pelengkap penting kepada inisiatif transformasi ekonomi serta penyampaian awam dalam usaha menuju sebuah negara moden dan progresif.
Beliau juga menegaskan kerajaan akan terus komited menjunjung sistem demokrasi berparlimen, raja berperlembagaan, kedaulatan undang-undang, falsafah persekutuan serta prinsip imbang dan periksa di antara ketiga-tiga cabang kerajaan kerana pemerintahan hari ini terzahir dan dikudratkan oleh kehendak rakyat.
Perdana Menteri turut mengumumkan kerajaan akan membentangkan usul kepada Parlimen bagi mengisytiharkan tiga proklamasi darurat yang diisytiharkan dulu ditamatkan kuatkuasanya mengikut Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
“Kecuali darurat akibat konfrontasi 1964 yang dibatalkan secara tersirat, kesemua proklamasi darurat lain yang diisytiharkan sebelum ini masih dianggap berkuat kuasa sehingga hari ini.
“Pada hemahnya, sudah tiba waktu rakyat Malaysia menuju masa depan dengan paradigma seterusnya yang berasaskan harapan baru dan bukannya terbelenggu oleh nostalgia kekangan sejarah lampau,” katanya.
Sejarah negara Malaysia pasca-merdeka memperlihatkan empat proklamasi darurat diisytiharkan, iaitu pada 3 September 1964 ketika konfrontasi dengan Indonesia, diikuti proklamasi darurat 15 Mei 1969 selepas apabila tercetusnya tragedi 13 Mei.
Sebelum itu, berlakunya proklamasi darurat 14 September 1966 membabitkan pertikaian politik di Sarawak dan akhirnya proklamasi darurat 8 November 1977 membabitkan Kelantan juga atas alasan sama.
Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan Proklamasi dan Ordinan Darurat atau terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan Dewan Rakyat atau Dewan Negara yang mengungkai proklamasi atau ordinan itu.
INFO: 3 perisytiharan darurat masih berkuat kuasa sejak merdeka
•Perisytiharan Darurat 1969 di Persekutuan (diisytiharkan pada 15 Mei 1969 akibat rusuhan kaum pada 13 Mei 1969)
•Perisytiharan Darurat 1966 di Sarawak (diisytiharkan pada 14 September 1966 membolehkan kerajaan menyelesaikan pertikaian politik di Sarawak yang berbangkit daripada kes Stephen Kalong Ningkan.)
•Perisytiharan Darurat 1977 di Kelantan (diisytihar pada 8 November 1977 menyelesaikan pertikaian politik yang timbul di negeri itu yang ketika itu di bawah pemerintahan PAS.)Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7983079653416040318.post-10920698274309510362011-09-14T04:41:00.001-07:002011-09-14T04:41:57.508-07:00Penentuan tarikh pilihan raya "hak istimewa" kerajaan: Dr M
2011/09/14
PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, penentuan tarikh pilihan raya umum di negara ini adalah "hak keistimewaan" kerajaan dan tiada pihak boleh mempertikaikannya.
Beliau berkata, sebagai kerajaan yang memerintah, mereka juga mempunyai "keistimewaan" untuk membubarkan parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya berkenaan. "Dalam dunia ini tidak ada perbincangan berkenaan dengan tarikh pilihan raya. Itu adalah hak mutlak kerajaan...di mana negara-negara pun macam itu. "Kalau dia (pembangkang) nak tentukan (tarikh pilihan raya), biar dia jadi kerajaan dulu...tetapi lepas dia jadi kerajaan dia tidak akan bagi kita pun...," katanya.
Dr Mahathir yang juga penasihat Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON) ditemui pemberita selepas majlis penyerahan tiga unit model Saga "Electric Vehicle" (EV) dan lima unit "Range Extender Electric Vehicle" (REEV) oleh syarikat itu kepada kerajaan untuk dipandu uji di pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.
Dr Mahathir diminta mengulas mengenai desakan pembangkang yang didakwa mahu berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai tarikh pilihan raya umum akan datang.
Mengenai tindakan pembangkang yang meletakkan beberapa syarat berhubung penubuhan Jawatankuasa Pemilih Parlimen, Dr Mahathir percaya kerajaan akan menerima cadangan mereka jika ia "waras" dan sesuai.
"Tetapi kerajaan mungkin ada pendapat yang berbeza," katanya.
Sebelum ini, Kabinet bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa Pemilih Parlimen untuk membincangkan reformasi pilihan raya yang perlu dilakukan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan dianggotai sembilan anggota Parlimen.
Jawatankuasa berkenaan akan dianggotai lima anggota Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) manakala wakil pembangkang terdiri tiga orang manakala seorang wakil rakyat Bebas.
Mengenai desas-desus bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan pada Februari tahun depan, Dr Mahathir secara berseloroh berkata: "saya kenal (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Tun Razak) tetapi saya tak boleh baca hati dia." - BERNAMA
Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7983079653416040318.post-56455377149184202402011-09-14T04:34:00.000-07:002011-09-14T04:35:36.878-07:00Arifin Zakaria angkat sumpah Ketua Hakim Negara2011/09/14<br />KUALA LUMPUR: Tan Sri Arifin Zakaria hari ini mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara menggantikan Tun Zaki Tun Azmi yang bersara wajib pada 9 September lalu. <br /><br />Arifin menerima surat cara pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam satu upacara di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara di sini. Upacara pengurniaan watikah pelantikan dan angkat sumpah jawatan turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Selain Arifin, Tan Sri Md Raus Sharif turut mengangkat sumpah dan menerima surat cara pelantikan sebagai Presiden Mahkamah Rayuan manakala Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin pula dikurniakan surat cara pelantikan dan mengangkat sumpah sebagai Hakim Besar Malaya. - BERNAMAUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7983079653416040318.post-74891013910707232342011-09-05T03:25:00.001-07:002011-09-05T03:25:53.891-07:00Tan Sri Arifin Zakaria dilantik Ketua Hakim Negara2011/09/05<br />KUALA LUMPUR: Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria dilantik sebagai Ketua Hakim Negara berkuat kuasa 12 September ini, menggantikan Tun Zaki Tun Azmi yang mencapai umur persaraan wajib 66 tahun pada tarikh berkenaan. <br /><br />Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata pelantikan itu diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berdasarkan Fasal (1) Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, Najib berkata Tuanku Mizan juga memperkenankan pelantikan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin sebagai Hakim Besar Malaya menggantikan Arifin, manakala Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Md Raus Sharif dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan menggantikan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff yang bersara awal. Perdana Menteri berkata semua pelantikan berkuat kuasa 12 September ini. <br /><br />"Bagi pihak kerajaan, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tun Zaki Tun Azmi di atas segala khidmat bakti beliau di sepanjang tempoh memegang jawatan Ketua Hakim Negara, khususnya dalam mentransformasikan badan kehakiman sehingga berjaya mengurangkan kes-kes tertunggak di semua peringkat mahkamah, demi memberi keadilan yang pantas kepada semua pihak. <br /><br />"Saya juga memaklumkan persaraan awal Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, Presiden Mahkamah Rayuan, pada umur 65 tahun yang telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. <br /><br />"Kerajaan amat berterima kasih atas segala jasa beliau kepada badan kehakiman, khususnya dalam memimpin Mahkamah Rayuan," katanya. <br />Najib juga berkata Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan kini berurusan dengan Istana Negara bagi menetapkan majlis penyampaian watikah pelantikan serta majlis mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan setia untuk hakim berkenaan. - BERNAMAUnknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7983079653416040318.post-91243744430708254602011-08-27T23:28:00.000-07:002011-08-27T23:29:42.802-07:00Dr Tony Tan Presiden baru Singapura
<br />
<br />
<br />2011/08/28
<br />SINGAPURA: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dr Tony Tan Keng Yam menjadi presiden ketujuh republik ini, memenangi pertandingan empat penjuru itu dengan 7,269 undi atau perbezaan 0.34 peratus selepas kiraan semula undi.
<br />
<br />Pegawai Pengurus Pilihan Raya Yam Ah Mee mengumumkan keputusan itu pada awal pagi ini selepas beliau membenarkan kiraan semula undi berikutan perbezaan jumlah undi antara dua calon utama adalah kurang dua peratus daripada jumlah undi yang sah. Keng Yam memperoleh 744,397 atau 35.19 peratus daripada jumlah undi yang sah manakala Dr Tan Cheng Bock mendapat 737,128 undi atau 34.85 peratus. Tan Jee Say meraih 529,732 undi atau 25.04 peratus dan Tan Kin Lian mendapat 103,931 undi atau 4.91 peratus.
<br />
<br />Ini adalah kali pertama Singapura menyaksikan pertandingan empat penjuru bagi jawatan presiden.
<br />
<br />Ia juga julung kalinya menyaksikan pertandingan dalam Pilihan Raya Presiden sejak 1993.
<br />
<br />Presiden ialah ketua negara dan memegang jawatan itu bagi tempoh penggal enam tahun. - BERNAMA Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7983079653416040318.post-83188038583499490212011-08-20T04:13:00.000-07:002011-08-20T04:15:56.986-07:00‘Kerusi panas’ Peguam Negara
<br />
<br />
<br />Oleh NURUL ANUAR KARI
<br />anuar.kari@utusan.com.my
<br />
<br /><a onblur="try {parent.deselectBloggerImageGracefully();} catch(e) {}" href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgwkCQXIVB_kI0C2acsna6n0P6GED4YEC-jSRZ3u13dOg-HdrgjRdMujTaLJ70S0J4EfXckxIDMAvuWSi8m85H0WMcRPygYTQ-vtzfH9lWctIFN7owvn4H0b06Usy_yluRLGu1S3vvGWl11/s1600/gani+patail.jpg"><img style="cursor:pointer; cursor:hand;width: 297px; height: 400px;" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgwkCQXIVB_kI0C2acsna6n0P6GED4YEC-jSRZ3u13dOg-HdrgjRdMujTaLJ70S0J4EfXckxIDMAvuWSi8m85H0WMcRPygYTQ-vtzfH9lWctIFN7owvn4H0b06Usy_yluRLGu1S3vvGWl11/s400/gani+patail.jpg" border="0" alt=""id="BLOGGER_PHOTO_ID_5642895095942862642" /></a>
<br />
<br />TAN SRI ABDUL GANI PATAIL
<br />
<br />--------------------------------------------------------------------------------
<br />
<br />
<br />
<br />BEBERAPA jawatan pegawai perkhidmatan awam memang merupakan ‘jawatan panas’ sejak negara mencapai kemerdekaan hampir 54 tahun lalu.
<br />
<br />Selain ketua-ketua di jabatan keselamatan, kesihatan dan kebajikan yang sentiasa ‘panas punggung’, individu yang berani memegang jawatan Peguam Negara juga sentiasa tidak senang duduk terutama dalam menghadapi kes-kes kontroversi yang menjadi tumpuan ramai.
<br />
<br />Sejak sebelum merdeka lagi Malaysia telah mempunyai Peguam Negara sendiri tetapi jawatan itu diisi oleh wakil British di Tanah Melayu.
<br />
<br />Antara 1955 hingga 1959, jawatan itu disandang oleh Thomas Vernor Alexander Brodi yang kemudian digantikan Tan Sri Cecil M. Sheridan sehingga 1963.
<br />
<br />Tahun gabungan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak yang membentuk Malaysia pada 1963 akhirnya menyaksikan pelantikan Peguam Negara Melayu yang pertama, Tan Sri Abdul Kadir Yusuf yang memegang jawatan itu selama 14 tahun sehingga 1977.
<br />
<br />Jawatan itu kemudian diserahkan kepada Tan Sri Hamzah Abu Samah (1977-1980), Tan Sri Abu Talib Othman (1980-1993) dan Tan Sri Mohtar Abdullah dari 1994 hingga 2000.
<br />
<br />Kedatangan abad ke-21 turut menyaksikan rekod baharu apabila jawatan panas Peguam Negara buat kali pertamanya disandang seorang wanita, Datuk Seri Ainum Mohd. Saaid pada 1 Januari 2001.
<br />
<br />Malangnya, beliau terpaksa meletak jawatan selepas hanya satu tahun berkhidmat atas faktor kesihatan sebelum digantikan Tan Sri Abdul Gani Patail yang memulakan tugas pada 1 Januari 2002 sehingga kini.
<br />
<br />Merupakan antara sebilangan kecil penjawat awam yang dilantik terus oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, Peguam Negara bertindak selaku penasihat undang-undang utama kepada kerajaan yang memerintah.
<br />
<br />Ini termasuk menggunakan kuasa dan budi bicaranya untuk menerus, menjalankan atau menghentikan sebarang pendakwaan di mahkamah kecuali di Mahkamah Syariah, Mahkamah Anak Negeri atau Mahkamah Tentera.
<br />
<br />Sudah pasti keputusan sama ada untuk mendakwa atau tidak, dan juga bila untuk mendakwa akan mengundang tentangan dan sokongan daripada pelbagai pihak.
<br />
<br />Ini jelas apabila Abdul Gani yang kini duduk di kerusi panas itu menerima tekanan umum dan juga orang kenamaan untuk mengambil tindakan undang-undang dengan segera ke atas peserta dan penganjur perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu terutama sekali Pengerusinya, Datuk S. Ambiga.
<br />
<br />Kerusi itu juga terus membakar berikutan tekanan orang ramai yang kecewa pendakwaan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan kerap tertangguh atau sengaja ditangguhkan.
<br />
<br />Kes berprofil tinggi seperti kes Anwar itu juga didakwa bermotifkan politik selepas pendakwaan serupa dibuat terhadapnya pada 1998 dan kini merupakan antara kes paling banyak penangguhan direkodkan atas pelbagai faktor dan alasan.
<br />
<br />Itupun belum lagi bara kepanasan kes kematian mengejut Teoh Beng Hock, Setiausaha Politik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah serta Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang cuba dipolitikkan pihak tertentu dapat diredakan.
<br />
<br />Abdul Gani juga mungkin pernah ‘terbakar’ akibat bahang kontroversi kes rakaman mangsa ketuk ketampi dalam keadaan bogel di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada 2005.
<br />
<br />Kes itu bukan sahaja dimainkan ahli politik pembangkang sebagai wanita Cina tetapi kemudian terbukti sebagai wanita Melayu, malahan mangsa rakaman itu bertindak menyaman kembali polis dan kerajaan.
<br />
<br />Mengetuai pasukan pendakwaan dalam beberapa kes berprofil tinggi sebelum menyandang jawatan Peguam Negara, Abdul Gani tentu memahami bebanan yang perlu dihadapi mana-mana individu yang berani duduk di kerusi panas itu.
<br />
<br />Mohtar yang memegang jawatan itu dari 1994 hingga 2000 juga terpaksa berhadapan cabaran besar dengan kes Anwar di pertengahan tempoh pelantikannya yang heboh diperkatakan seluruh dunia sepanjang 1998.
<br />
<br />Sebelum itu, beliau terpaksa berhadapan dengan kes rasuah bola sepak Liga Perdana sekitar Januari 1995, di samping usaha mewartakan fatwa pengharaman Al-Arqam sebagai satu undang-undang sekitar Ogos 1994.
<br />
<br />Mohtar mengakhiri tempoh pelantikannya dalam menguruskan kes pendakwaan 29 anggota kumpulan Al-Ma‘unah pada penghujung tahun 2000 selepas anggota kumpulan itu ditahan di Bukit Jenalek, Sauk, Kuala Kangsar, Perak sekitar bulan Julai tahun yang sama.
<br />
<br />Tuduhan menderhaka terhadap Yang di-Pertuan Agong dan cuba menggulingkan kerajaan terhadap anggota kumpulan itu berlarutan sehingga selepas persaraan beliau.
<br />
<br />Sebelum zaman Mohtar, jawatan Peguam Negara disandang Abu Talib selama 13 tahun antara 1980 hingga 1993.
<br />
<br />Beliau turut merasa bahangnya melalui beberapa kes besar termasuk skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF) berjumlah RM2.5 bilion sekitar Mac 1986 yang turut melibatkan pihak berkuasa di Hong Kong.
<br />
<br />Beliau kemudian berhadapan kes permohonan habeas corpus 16 penduduk Kampung Memali pada Mei 1986 yang menyaksikan beliau memohon Hakim Mustapha Hussein dilucutkan kelayakan mendengar permohonan tersebut, seterusnya menyebabkan Abu Talib didakwa menghina mahkamah oleh Majlis Peguam.
<br />
<br />Abu Talib turut menyelar Perdana Menteri Australia ketika itu, Bob Hawke pada Julai 1986 berikutan pemimpin itu mengatakan hukuman gantung sampai mati terhadap dua warganegaranya di Malaysia selepas didapati bersalah memiliki dadah sebagai suatu perbuatan ganas (barbaric).
<br />
<br />Pada Mac 1987, beliau mengendalikan antara kes paling besar yang pernah diletakkan di bawah tanggungjawabnya melibatkan pendakwaan beberapa individu dalam kes peras ugut Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.
<br />
<br />Individu yang didakwa dalam kes tersebut turut direkod mendakwa aktiviti mereka didalangi sebuah pergerakan beribu pejabat di Kuala Lumpur yang mempunyai bilik merakam perbualan telefon para pemimpin negara.
<br />
<br />Bagi Hamzah yang dilantik sebagai Menteri Undang-Undang dan Peguam Negara antara 1977 hingga 1980 pula, bahang kerusinya dirasai ketika pembentangan Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1979 pada Januari 1979.
<br />
<br />Tindakan itu diambil berikutan keputusan Majlis Privy mengenepikan hukuman mati ke atas penjenayah, Botak Chin yang dituduh di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana memiliki senjata api dan bom tangan dalam kawasan keselamatan.
<br />
<br />Pada Jun 1980, beliau turut menolak saranan hukuman mati atas kesalahan-kesalahan khusus di bawah ISA diubah kepada penjara seumur hidup sebelum mengambil keputusan bersara pada September tahun sama atas faktor kesihatan.
<br />
<br />Secara umumnya, penyandang jawatan Peguam Negara pasti tidak akan terlepas merasa tekanan menguruskan satu atau lebih kes kontroversi yang boleh mengundang kemarahan rakyat dan individu kenamaan.
<br />
<br />Maka, hanya mereka yang benar-benar mampu dan berani sahaja boleh duduk di kerusi ‘berapi’ yang mampu membakar tuannya sendiri itu.
<br />Unknownnoreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-7983079653416040318.post-50913245448555186042011-07-29T02:59:00.000-07:002011-07-29T03:00:32.042-07:00Mahkamah ketepikan penjara 2 bulan terhadap Ameng2011/07/29<br />KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini mengetepikan hukuman penjara dua bulan terhadap penyanyi kumpulan Spring Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ameng tetapi mengekalkan denda RM4,000 yang dijatuhi oleh Mahkamah Majistret tahun lalu. <br /><br />Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakimannya berkata majistret yang menjatuhi hukuman tersebut terhadap Wan Aminuddin, 42, pada 1 Nov tahun lalu telah terkhilaf mentafsir Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang memperuntukkan penjara maksimum dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000. Ini bermakna mengikut seksyen itu, majistret hanya boleh menjatuhi hukuman penjara sahaja atau denda sahaja dan bukannya kedua-dua sekali.Unknownnoreply@blogger.com0