Wednesday, June 23, 2010

Kuasa Dewan Rakyat terhad

Oleh Mohd Anwar Patho Rohman
wananwar@bharian.com.my
2010/06/23
Kedudukan Tian Chua perlu diselesaikan mahkamah: Pakar

KUALA LUMPUR: Kontroversi berhubung kedudukan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua sama ada beliau kekal sebagai wakil rakyat atau sebaliknya tidak boleh ditentukan secara undian di Dewan Rakyat, kata pakar Perlembagaan, Prof Emeritus Datuk Shad Saleem Faruqi. Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu berkata, ini kerana Dewan Rakyat tidak boleh melampaui kuasa Perlembagaan bagi menentukan status quo Ahli Parlimen yang dijatuhi hukuman oleh mahkamah. Katanya, kontroversi yang menyentuh isu interpretasi perundangan dan Perlembagaan itu perlu diselesaikan melalui proses mahkamah.

“Dewan Rakyat memang mempunyai kuasa mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen, namun ia tidak boleh menggunakan kuasanya untuk melucutkan kelayakan Ahli Parlimen kerana kes ini membabitkan Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan.

“Ada dua pilihan menamatkan kontroversi ini. Pertama, Ahli Parlimen memohon Mahkamah Rayuan mengurangkan denda RM2,000 bagi membolehkan keahliannya kekal.

“Kedua, pendakwa memohon Mahkamah Rayuan supaya mengekalkan keputusan dibuat di Mahkamah Majistret sebelum ini untuk menolak keputusan dibuat Hakim Mahkamah Tinggi,” katanya.
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kelmarin berkata, Tian Chua kekal sebagai Ahli Parlimen Batu sehingga satu usul dibentangkan oleh kerajaan bagi menentukan secara undian berhubung kedudukannya.

Pandikar Amin berkata, usul kerajaan itu hanya boleh dikemukakan di Dewan Rakyat selepas semua perundangan kepada Tian Chua berakhir.

Pada Oktober tahun lalu, Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3,000 terhadap Tian Chua selepas didapati bersalah menggigit tangan seorang anggota polis ketika ditangkap dalam satu protes berhampiran Bangunan Parlimen pada 2007.

Khamis lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha menolak rayuan beliau terhadap sabitan itu, tetapi menjatuhkan hukuman denda RM2,000 atau penjara dua bulan dengan alasan mengelak pilihan raya kecil diadakan

Sunday, June 6, 2010

Latihan Masa Cuti Sekolah

Assalamualaikum,

Perhatian kepada semua pelajar tingkatan 6 Atas SMK Gerik... Sila download latihan-latihan pada pautan di sebelah ini, dan print. Terdapat 2 set latihan iaitu Latihan 2 dan Latihan 3 (ada 4 volume) dan mesti dijawab dalam masa dua minggu cuti persekolahan. Jawapan akan dibincangkan bila sekolah dibuka nanti.

Selamat Mengulangkaji dan Menjawab Soalan-soalan Latihan.
Semoga Kejayaan Berpihak Kepada Anda.

EO
awe