ALOR STAR 3 Ogos – Kira-kira 200 wakil media dari seluruh negara termasuk negara Afrika akan berkampung hampir seminggu di Langkawi bagi membuat liputan Dialog Antarabangsa Langkawi (LID 2007) yang akan bermula Ahad ini.
Sekretariat penganjuran LID 2007 turut menyediakan sebuah pusat media untuk kegunaan para petugas media yang terlibat termasuk kemudahan internet dan komputer di tempat berlangsungnya dialog berkenaan iaitu di Berjaya Langkawi Beach & Spa Resort.
Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar dijadual merasmikan pembukaan Pusat Media Antarabangsa (IMC) LID 2007 esok sekali gus menandakan pembukaan dialog yang dianjurkan oleh Wisma Putra dan Kerajaan Malaysia itu.
Kira-kira 500 peserta termasuk sekurang-kurangnya 16 ketua-ketua kerajaan negara Afrika dan ASEAN telah mengesahkan penyertaan mereka pada LID 2007 dengan sebahagiannya dijangka tiba di pulau peranginan itu mulai esok.
Dialog kali ini merupakan penganjuran kali kelapan diadakan sejak kali pertama pada tahun 1995 dengan penganjuran sebelum ini pada tahun 2004
LID 2007 yang bertemakan ‘Pembasmian Kemiskinan, Pembinaan Keupayaan dan Pembangunan Modal Insan’ akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada satu majlis makan malam di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri, Padang Matsirat Ahad ini.
Antara lain, dialog antarabangsa itu bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan antara negara-negara Selatan khususnya menerusi kerjasama pintar bagi pembangunan ekonomi dan sosial selain berkongsi pengalaman dalam mencapai kemajuan.
Selain mesyuarat tidak rasmi dan perbincangan dalam aspek berkaitan, isteri ketua-ketua kerajaan juga mempunyai agenda mereka tersendiri khususnya membincangkan pelbagai aspek sosial, kekeluargaan dan juga pembangunan wanita di negara masing-masing.
Dialog tersebut juga menjadi platform untuk komuniti perniagaan mencari peluang dan melihat kerjasama yang boleh dijalinkan dalam meneroka manfaat bersama antara negara-negara terlibat.
LID 2007 akan berlangsung dari 5 hingga 8 Ogos ini dengan para peserta berpeluang untuk berinteraksi antara satu sama lain dalam pelbagai aktiviti dan dialog yang akan bermula Sabtu ini.
Saturday, August 4, 2007
Friday, August 3, 2007
ARF Setuju Pertikaian Diselesai Bersama
(Sumber : Utusan Online)
Daripada: WAN NORAZAH WAN CHIK
MANILA 2 Ogos – Forum Serantau ASEAN (ARF) yang dihadiri 27 negara hari ini mencapai persetujuan supaya semua isu pertikaian berkaitan hak kedaulatan di Laut China Selatan diselesaikan secara bersama dan bukannya menerusi rundingan antara dua negara.
Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid berkata, ARF bersetuju sebarang pertikaian, misalnya tuntutan ke atas kepulauan Spratly diselesaikan menerusi dialog bersama negara-negara yang menuntut kepulauan itu.
Hak ke atas kepulauan Spratly dituntut oleh enam negara iaitu China dan lima negara ASEAN yang terdiri daripada Malaysia, Vietnam, Brunei, Filipina dan Indonesia.
“Pertindihan tuntutan itu menyebabkan kita bersetuju supaya penyelesaian ke atas sebarang pertikaian atau konflik perlu diselesaikan melalui rundingan yang dihadiri oleh semua negara terlibat,” tegas beliau.
Menurut Syed Hamid, ARF turut membincangkan isu keselamatan dan kerjasama maritim di Selat Melaka yang sempadannya dikongsi oleh Indonesia, Malaysia dan Singapura dengan menekankan kepada kepentingan kerjasama di antara ketiga-tiga negara berkenaan.
“Kita juga menjemput negara-negara yang menggunakan Selat Melaka untuk memberi kerjasama tetapi pada masa yang sama perlu menghormati kedaulatan dan hak negara pesisiran,” jelasnya.
Sementara itu, ARF turut mengutuk sekeras-kerasnya penculikan ke atas rakyat Korea Selatan oleh pergerakan Taliban di Afghanistan dan menyifatkannya sebagai tidak berperikemanusiaan.
“Kita minta Taliban melepaskan orang yang masih dalam tahanan mereka tanpa apa-apa syarat dan turut menyampaikan rasa sedih dan simpati kepada keluarga mangsa.
“Negara-negara Islam juga tidak mahu ia dikaitkan dengan agama dan penganut agama ini kerana perbuatan seperti itu tidak pernah direstui oleh Islam,” katanya.
Terdahulu, Menteri Luar Australia, Alexander Downer pada sidang medianya meminta Korea tidak memenuhi sebarang tuntutan yang dibuat oleh kumpulan penculik berkenaan.
“Kita tidak mahu amalan membayar wang tebusan menjadi penggalak kepada perbuatan culik seperti itu,” kata Downer.
Beliau turut memuji usaha Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina untuk menangani isu keganasan di negara masing-masing.
“Sejak beberapa tahun lalu, negara-negara itu terutamanya Indonesia dan Filipina berjaya mencapai kejayaan besar dalam usaha menangani pengganas dan dalam sesetengah kes, mereka berjaya menahan dan menghukum para pengganas tersebut,” kata Downer.
Menteri Luar Australia itu merujuk kepada usaha menangani keganasan terutama yang membabitkan Jemaah Islamiah (JI) di Indonesia dan Abu Sayyaf di Filipina.
– Utusan

Rasuah : Dua Bekas Pegawai Kanan UTW Dipenjara 6 Bulan, Denda
(Sumber : Utusan online)
KUALA LUMPUR 2 Ogos – Bekas Pengurus Besar dan Timbalan Pengurus Besar Urusan Teknologi Wawasan Sdn. Bhd. (UTW) masing-masing dihukum penjara enam bulan dan denda RM100,000 dan RM97,500 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan bersetuju menerima rasuah, enam tahun lalu.
Bagaimanapun, selepas menimbangkan permohonan kedua-dua peguam yang meminta budi bicara mahkamah untuk membenarkan tertuduh membayar denda secara ansuran, Hakim Rosenani Ab. Rahman memerintahkan Nor Azmi Wahab, 45, dan Ab. Patah Omar, 57, membayar denda masing-masing dalam tempoh enam bulan.
Mereka diarahkan membuat pembayaran RM10,000 pertama bagi denda itu dalam tempoh dua bulan.
Tertuduh pertama, Nor Azmi, bekas Pengurus Besar syarikat tersebut berasal dari Negeri Sembilan didakwa bersetuju menerima wang tunai RM20,000 daripada Sofiyan Yahya iaitu Pengarah Urusan Syarikat Kijangmaju Sdn. Bhd., sebagai dorongan untuk mempercepatkan pelepasan cek bayaran terakhir RM142,200 berkaitan dengan satu subkontrak pembekalan pekerja mahir bagi kerja penyelengaraan di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).
Dia didakwa melakukan kesalahan itu lebih kurang pukul 9 malam, 30 Mac 2001 di Maria Coffee House, Mint Hotel, KM 8, Lebuh raya Kuala Lumpur Seremban di sini.
Tertuduh kedua, Ab. Patah, bekas Timbalan Pengurus Besar syarikat itu didakwa melakukan kesalahan serupa di tempat dan masa yang sama iaitu bersetuju menerima RM19,500 daripada Sofiyan bagi tujuan yang sama.
Nor Azmi dan Ab. Patah dibuktikan bersalah selepas perbicaraan yang melibatkan 36 saksi.
Bagi kesalahan itu, mereka didakwa di bawah Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi jika disabitkan kesalahan.
Nor Azmi yang diwakili peguam Datuk Sukri Mohamed membuat rayuan agar anak guamnya diringankan hukuman memandangkan dia mengalami tekanan mental dan fizikal sepanjang tempoh perbicaraan lima tahun dan kehilangan punca pendapatan.
Ab. Patah pula diwakili peguam K. Kulasekar, memohon agar anak guamnya dijatuhkan hukuman ringan atas alasan dia telah kehilangan pekerjaan dan terpaksa menanggung keluarganya seramai enam orang.
Tambah mereka, anak guaman mereka tidak pernah gagal untuk menghadirkan diri ke mahkamah sepanjang tempoh perbicaraan berlangsung.
Timbalan Pendakwa Raya dari Badan Pencegah Rasuah (BPR), Farah Azlina Latif, membantah rayuan kedua-dua tertuduh atas alasan kehadiran mereka ke mahkamah sebagai satu syarat untuk meringankan hukuman.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan kedua-dua menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara dengan jaminan RM20,000 tiap seorang sementara menunggu rayuan ke Mahkamah Tinggi.

Tuesday, January 30, 2007
Pengajian Am Kertas 1 (900/1)
BAHAGIAN KENEGARAAN
1 KONSEP KENEGARAAN
2 PERLEMBAGAAN
3 PERLEMBAGAAN MALAYSIA
4 SISTEM PENTADBIRAN MALAYSIA
5 SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA
6 SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA
7 DASAR DALAM NEGARA
8 DASAR LUAR NEGARA
9 ISU-ISU SEMASA
10 BAHAGIAN PENYELESAIAN MASALAH
SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA
Intro
- Pentadbiran negara terbahagi kepada 3 badan utama:
o Badan Pentadbiran
o Badan Perundangan
o Badan Kehakiman
- Perlembagaan Persekutuan menentukan pengasingan kuasa di antara ketiga-tiga badan tersebut.
- Badan Kehakiman – badan yang bebas daripada kawalan badan Perundangan dan badan Pentadbiran, dan bertindak mengimbangkan kuasa dalam kedua-dua badan itu.
- Ketua badan Kehakiman ialah Ketua Hakim Negara.
- Ketua Pentadbiran mahkamah-mahkamah – Ketua Pendaftar.
Fungsi-fungsi Kehakiman di Malaysia
- Fungsi utama:
o Mentadbir keadilan
o Mentafsirkan undang-undang
o Mentafsirkan Perlembagaan Persekutuan
o Mengesahkan undang-undang dan membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan.
o Mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan itu tidak sah sekiranya bercanggah dengan Perlembagaan
o Memelihara hak-hak warganegara daripada sebarang pencabulan oleh pihak kerajaan.
o Menyelesaikan pertikaian antara individu dengan individu, dan antara individu dengan pihak kerajaan.
- Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan telah dipinda pada 19 Mac 1988. Menurut pindaan, kuasa kehakiman (judiciary powers) tidak lagi terletak secara eksklusif di tangan mahkamah-mahkamah.
- Bagaimanapun, mahkamah masih mempunyai kuasa untuk mentafsirkan sesuatu undang-undang yang kurang jelas.
Sistem Kehakiman
- Yang di-Pertuan Agong – Ketua negara, juga mengetuai badan kehakiman.
- Ketua Kehakiman – Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan.
- Pejabat pendaftaran telah ditubuhkan untuk mengendalikan perkara keadilan dan pentadbiran di mahkamah – diketuai Ketua Pendaftar, juga merupakan ketua pentadbir dalam Mahkamah.
- Ketua Pendaftar dibantu:
o Pendaftar Mahkamah Rayuan
o Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya
o Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak
- Pegawai-pegawai lain:
o Timbalan-timbalan pendaftar
o Pegawai-pegawai pendaftar
o Pentadbir
o Pegawai-pegawai lain
Pejabat Pendaftaran / Ketua Pendaftar
- merupakan jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri
- Ketua pendaftar bertanggungjawab terhadap pentadbiran dalam kehakiman. Setiap jenis mahkamah mempunyai ketua pendaftarnya sendiri.
- Tugas ketua pendaftar:
o Bertanggungjawab langsung kepada Ketua Hakim Negara.
o Sebagai pentadbir dalam semua mahkamah di Malaysia, dibantu oleh timbalan-timbalan, pegawai-pegawai kanan, dan pegawai-pegawai pentadbir lain di mahkamah.
Pelantikan dan Pemecatan Kehakiman
- YdP Agong – sebagai Ketua Negara dan Ketua Badan Kehakiman.
- YdP Agong atas nasihat Perdana Menteri melantik Majlis Raja-raja hakim-hakim:
o Ketua Hakim Negara
o Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan
o Hakim-hakim Mahkamah Tinggi Malaya
o Hakim-hakim Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak
o Presiden Mahkamah Rayuan
- Pelantikan seseorang hakim (selain KHN), Perdana Menteri hendaklah berunding dengan KHN.
- Pelantikan seseorang Hakim Besar, Perdana Menteri berunding dengan Hakim-hakim Besar sedia ada.
- Pelantikan Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, Perdana Menteri berunding dengan ketua-ketua Menteri Sabah dan Sarawak.
- Majistret-majistret di Mahkamah negeri dilantik oleh raja atau Yang di-Pertua Negeri dengan nasihat Hakim Besar negeri masing-masing.
- Jumlah hakim satu-satu peringkat mahkamah ditentukan oleh YdP Agong.
- Terdapat 47 hakim Mahkamah Tinggi Malaya dan 10 hakim Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.
- Mahkamah Sesyen Malaya – 52 hakim, manakala Mahkamah Sesyen Sabah dan Sarawak – 4 hakim.
- Mahkamah Majistret – 150 majistret
o Mahkamah Majistret Malaya – 122 majistret
o Mahkamah Majistret Sabah – 10 majistret
o Makamah Majistret Sarawak dan Labuan – 18 majistret
Jawatan Hakim Tetap
- Pelantikan hakim tetap sebagaimana Perkara 123 Perlembagaan Persekutuan:
o Warganegara Malaysia
o Dalam 10 tahun mesti menjadi:
Peguam Mahkamah Persekutuan, atau
Peguam Mahkamah Tinggi, atau
Anggota perkhidmatan kehakiman dan undang-undang.
o Memegang jawatan semasa sehingga usia 66 tahun jika diperkenankan oleh YdP Agong dan sehingga sesuatu tempoh, tidak melebihi 6 bulan.
o Saraan Hakim-hakim dipertanggungjawabkan kepada Kumpulan Wang Yang Disatukan.
Jawatan Hakim Sementara
- dilantik mengikut prosedur:
o Hakim Persekutuan tambahan dilantik YdP Agong atas nasihat Ketua Hakim Negara.
o Sebagai seorang hakim yang pernah bersidang di Mahkamah Tinggi.
o Sebagai seorang Pesuruhjaya Kehakiman untuk menyegerakan urusan Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak semasa ketiadaan hakim pada masa itu.
o Sebagai Pesuruhjaya Kehakiman bagi menyegerakan urusan Mahkamah Tinggi Malaya.
- Syarat-syarat pelantikan:
o Boleh berumur lebih 66 tahun tanpa berunding dengan Majlis Raja-raja (untuk Hakim Persekutuan Tambahan)
o Layak dilantik dan dinamakan oleh YdP Agong dengan nasihat Perdana Menteri dan Majlis Raja-raja (untuk kes hakim bersidang di Mahkamah Tinggi).
o Sekurang-kurangnya seorang peguambela jika belum layak menjadi hakim (untuk kes Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak).
o Mesti layak menjadi Hakim Mahkamah Tinggi yang dilantik oleh YdP Agong dengan nasihat Ketua Hakim Negara (untuk kes Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya).
- Hakim-hakim dilantik YdP Agong akan mengangkat sumpah:
o Ketua Hakim Negara – di hadapan Yang di-Pertuan Agong.
o Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan – di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan (Ketua Hakim Negara).
o Hakim-hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim-hakim Mahkamah Timggi – di hadapan Ketua Hakim di mahkamah masing-masing.
Pelantikan Jawatan Pegawai Kehakiman
- Hakim-hakim Mahkamah Rendah (majistret dan hakim mahkamah sesyen) dilantik dengan persetujuan YdP Agong.
- Jawatan hakim-hakim adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang.
- Ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang:
o Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
o Seorang atau beberapa ahli, terdiri hakim, bekas hakim atau orang yang layak menjadi hakim dilantik oleh YdP Agong selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara.
o Peguam Negara sekiranya pegawai kerajaan dan Peguam Cara Negara jika bukan pegawai kerajaan.
- Tugas utama Suruhanjaya:
o Melantik
o Mengesahkan
o Menaikkan pangkat
o Menukar
o Mengenakan tindakan tatatertib (termasuk memecat)
- Hakim-hakim Mahkamah Sesyen dilantik YdP Agong atas cadangan Hakim Besar.
- Majistret kelas I di Wilayah Persekutuan dilantik YdP Agong atas cadangan Hakim Besar. Negeri lain dilantik oleh Raja/Sultan/YdP Negeri, juga atas cadangan Hakim Besar.
- Majistret kelas II dilantik oleh Raja/Sultan/YdP Negeri tetapi tanpa cadangan Hakim Besar.
- Majistret-majistret yang terdiri daripada pegawai perkhidmatan awam
Pelantikan Jawatan Hakim
- Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan, pelantikan hakim dilakukan YdP Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding Majlis Raja-raja.
- Jawatan hakim terlibat:
o Ketua Hakim Negara
o Presiden Mahkamah Rayuan
o Hakim-hakim Besar Mahkamah Tinggi
- Perdana Menteri perlu berunding dengan pihak tertentu:
o Ketua Hakim Negara - bagi pelantikan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan Presiden Mahkamah Rayuan.
o Hakim Besar atau Bekas Hakim Besar - pelantikan Hakim Besar Mahkamah Tinggi.
o Ketua Menteri Sabah dan Sarawak – bagi pelantikan Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.
Penamatan atau Pemecatan Jawatan Hakim
- boleh ditamatkan perkhidmatan melalui cara-cara:
o meletakkan jawatan
o dilucutkan jawatan
- Untuk melucutkan jawatan hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, dan Mahkamah Tinggi – YdP Agong perlu mendapat syor-syor sebuah tribunal.
- Ahli tribunal dipilih Perdana Menteri atas pandangan Ketua Hakim Negara, dan dilantik oleh YdP Agong.
- Tribunal dipengerusikan Ketua Hakim Negara dan terdiri sekurang-kurang 5 hakim atau bekas hakim Malaysia atau negara Komanwel.
- Semasa tribunal, YdP Agong boleh menggantung tugas-tugas hakim berikut:
o Hakim Mahkamah Persekutuan – syor Perdana Menteri
o Hakim Besar selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara
o Hakim Mahkamah Tinggi selepas berunding dengan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi.
- Sebab hakim dipecat:
o Lemah anggota badan
o Tidak berkelakuan baik
o Tidak sempurna akalnya
o Melanggar Kod Etika Hakim 1994
Kebebasan Badan Kehakiman
- tidak terpengaruh dengan mana-mana pihak atau fahaman politik.
- dapat melaksanakan tugas dan fungsi dengan adil, tanpa rasa takut dan tidak berat sebelah.
- Perlembagaan Persekutuan – kebebasan Badan Kehakiman tidak dikenakan kawalan oleh Badan Perundangan dan Eksekutif.
- Hakim Mahkamah Persekutuan, Mah. Rayuan, Mah. Tinggi – tidak boleh dilucut jawatan oleh YdP Agong tanpa syor tribunal (Perkara 125(3) Perlembagaan Persekutuan)
- Kelakuan Hakim Mahkamah Persekutuan/Rayuan/Tinggi tidak boleh dibincang dalam Majlis Parlimen (Dewan Rakyat dan Dewan Negara), kecuali ada usul disokong lebih ¼ ahli Dewan Parlimen). Dan tidak sama sekali di Dewan Negeri.
Kod Etika Hakim 1994
- mesti mematuhi Kod Etika:
o isytihar harta kepada Ketua Hakim Negara
o tidak boleh berkelakuan dan menggunakan kedudukan kehakimannya bagi faedah sendiri.
o Membelakangkan tugas kehakiman
o Enggan mematuhi arahan statutori
o Tidak boleh berkelakuan tidak jujur, kurang cekap, kurang berusaha, melengahkan kes tanpa alasan munasabah, enggan mematuhi arahan pentadbiran yang patut, dan aktif dalam politik.
o Tidak hadir di mahkamah pada waktu pejabat tanpa alasan/kebenaran Ketua Hakim Negara / Presiden Mahkamah Rayuan / Hakim Besar.

Subscribe to:
Posts (Atom)